#SayaPilihCergasRamadan , Anda Pula Bagaimana?

P1020671Kekal aktif di bulan Ramadan agar cergas sepanjang tahun. Pilihannya di tangan anda!

 

Hampir tiba di garisan penamat!

Tanpa disedari, sudah lebih 2 minggu kita melaksanakan ibadah puasa. Masa berlalu begitu pantas apabila diisi dengan aktiviti berfaedah dan bermanfaat. Sudahkah anda mencapai semua target dan matlamat di bulan yang mulia ini? Gunakanlah hari-hari terakhir ini untuk berlumba-lumba mengaut ganjaran beribadah, umpama pecutan rohani dan spiritual yang terakhir sebelum tiba di garisan penamat. Namun, jangan mensia-siakan rutin sihat yang telah berjaya dibentuk semenjak awal bulan lagi dengan mengambil sedikit masa untuk bersukan. Kekalkan momentum dan tabiat yang telah diasah. Seimbangkan matlamat di akhirat dengan pencapaian di dunia. Saya yakin, jika niat kita betul, beriadah juga merupakan satu bentuk ibadah.

P1020678Sesi bersukan yang santai dan sekejap, asalkan dapat mengeluarkan peluh!

 

Tampil lebih berseri di Aidilfitri

Dengan hari raya yang bakal menjelma, saya tumpang gembira melihat rakan-rakan dan kaum keluarga membeli-belah busana raya yang pelbagai fesyen dan warna. Kita semua mahu kelihatan cantik dan kacak di hari raya, bukan? Namun, jangan lah kita hanya mementingkan paras rupa luaran. Pernahkah anda mendengar pepatah “You are what you eat”? Maksudnya begitu senang: Makanan berkhasiat akan menjadikan tubuh kita lebih sihat. Jika kita menjaga kesihatan tubuh badan dengan diet yang seimbang sepanjang bulan Ramadan serta mempunyai hati yang bersih, saya yakin wajah kita akan bertambah berseri-seri di hari Raya. Sesungguhnya, Aidilfitri tahun ini akan lebih bermakna!

 

Eratkan silaturahim bersama AIA Vitality dan Hotfm

Marilah beramai-ramai bersukan sambil bersosial!Marilah beramai-ramai bersukan sambil bersosial!

Sambutan hari raya juga merupakan peluang untuk kita saling bermaaf-maafan, menziarahi kerabat dan rakan tauladan, serta menjalinkan persahabatan. Namun, kita tidak perlu menunggu sehingga bulan Syawal tiba untuk mengeratkan silaturahim. Di bulan Ramadan, kita juga boleh beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan sebagai langkah mengeratkan hubungan silaturahim tanpa mengira bangsa mahupun agama. Pelbagai senaman ringan boleh dilakukan ketika berpuasa, seperti berjogging atau membuat yoga. Selain itu, ringankan tulang untuk membantu menyediakan persiapan Hari Raya dengan mengemas rumah, pergi ke pasar untuk membeli barangan basah, dan memasak ataupun merewang. Walaupun kecil dan dianggap remeh, ia boleh membantu membakar kalori juga.

Di kala anda sedang beriadah dan bersukan, apa kata ambil beberapa gambar sempena Hotfm Cergas Ramadan bersama AIA Vitality. Anda berpeluang untuk memenangi baucer barangan sukan bernilai RM300 agar terus bersemangat untuk bersukan dan beriadah dengan baju dan kasut baru! Hanya upload gambar anda di Facebook atau Instagram dan jangan lupa untuk tag #SayaPilihCergasRamadan #AIAVitalityMY @hotfm976.

 

Until next week,

The Weekend Runner.

One thought on “#SayaPilihCergasRamadan , Anda Pula Bagaimana?

  1. Head for the bars first (open till 3am usually) as
    clubs never get started at weekends until well after 2 am, (and several “after hours” carry on till after midday the very next day).
    Beginning with the Plaza de Cascorro, vendors line the
    streets on Sunday mornings, selling anything from antiques, leather wares, imported items, and
    textiles to clothing, souvenirs, and paintings.
    Regarding the national scene, important stars such as
    Chano Dominguez, Juan Perro, Tequila, Diego “El Cigala” or Tomatito might be seen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *