Which “her” are you in Summer colors?

What color would you like to put on, in the coming summer? Which “her” are you?

my-perfect-macaron-3949

 

Baby blue

She’s going to run into the sky; she wants to have a blueberry cake; she has got a lot of love… Her mind is clear like the water and her attitude is simple but strong. When she feels hot, she would just drink a glass of ice drink and throw herself into the swimming pool. Is she wild? No, she is just cool.

12

Our pick: Baby Blue Top RM89

Orange

Where is the icon? She is here. We can feel the power is nearby when she is coming. Always energetic, always smiling, always gives an outstanding impression. That’s her, the friendly orange queen.

Heather Orange Top

Our pick: Orange Print Top RM99

Silvery grey

Do you enjoy your time of having deep thoughts? Still confused? She definitely does. Because she is an independent lady. Her mind is well developed, her thinking is sensible and her behavior is natural and generous. She was born in the modern and always looking into the future. Her wisdom makes her more and more beautiful.

 1

Our pick: Grey Riada Pants RM109

Apple Green

She is like a light. She brings happiness to people. The life is hard for everyone, we should try our best to fill energy for ourselves. However, she is like an apple, you can’t smell it by distances, you would just love the feeling when you bite it. Sweet, healthy and fresh, unable to forget.

green

Heather Purple

Ms Mystery is in front of the flowers, she looks noble, smart and attractive. When the wind comes, she closes her eyes and takes a deep breath. Maybe it’s difficult for people to understand her by the first sight, but she is real. She uses her sincere heart to do everything and share everything kindly. No doubt that her gentle experiences let her go further and further.

4

Our pick: Heather print top RM99

Apakah warna pilihan anda untuk pakaian sukan?

 

Warna apa nak pakai ni

1. Tidak pasti apakah warna yang sesuai untuk pakaian sukan?

Inilah jenis warna yang menjadi pilihan orang ramai :

1) COLOR BLOCK

2) WARNA PASTEL

3) WARNA NEON

4) WARNA GELAP

5) WARNA KRAYON

6) Entah laaaa….

2. Apakah warna pilihan anda?

Sebenarnya kesemuanya CANTIK untuk dipakai tetapi adakah anda tahu jika pakai pakaian yang CERAH, ianya boleh membuatkan anda kelihatan sangat berbeza. Lihat gambar-gambar di bawah :

Effect Warna1

Penggunaan warna yang cerah dan ceria dapat menambahkan keyakinan diri semasa bersukan. Warna yang terang dapat menyerlahkan keceriaan dan semangat anda ketika bersukan.

Warna yang terang amatlah penting untuk sukan jenis berpasukan. Jika anda dan rakan kumpulan anda bertanding dengan pakaian yang menonjolkan tenaga kumpulan anda, ianya secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada pihak lawan. Pihak lawan akan rasa gentar akan warna pasukan anda yang terang dan bersemangat.

Bagaimana pula warna neon yang sangat terang? Ianya sangat sesuai untuk sukan individu dan aktiviti dalam gelap. Warna yang sangat terang dapat membantu anda untuk dilihat pada waktu malam atau di dalam keadaan yang gelap.

3. Penampilan ketika bersukan

Cuba anda lihat perbezaan yang ketara oleh model marathon kami di bawah ini, Intan Suraya setelah mencuba dan menggunakan pakaian NASHATA berbanding cara fesyen pakaian sukannya sebelum ini.  TAK! Ini bukanlah sebab solekan, kerana Intan sememangnya semulajadi cantik tanpa solekan. Tetapi, pilihan warna dan fesyen sukan yang sesuai dapat memberi penampilan yang berbeza untuk menampakkan imej anda.

Intan kelihatan lebih muda, ceria, bertenaga dan lebih berkeyakinan kini berbanding dahulu.

Intan transformation3

Warna kegemaran pelanggan NASHATA ialah warna-warni dan cerah kerana para atlet Muslimah amatnya ceria. Antara warna-warna yang menjadi pilihan ialah color block iaitu :

BIRU TURQUOISE, HIJAU, UNGU, OREN, FUSCHIA, KELABU, PINK, MERAH dan HITAM

Warna yang tidak terang seperti Kelabu dan Hitam juga cantik dan digemari ramai. Ianya dapat menampilkan sifat kesederhanaan pemakai dan ianya juga dapat dipadankan dengan warna-warna yang lain.

4. Apakah Warna trend kini untuk pakaian sukan?

Trend terkini termasuklah warna ‘heather’, atau berbelang-belang. Ianya sangatlah menarik dan menyeronokkan

red-heather-knit-t-shirt-fabric-texture-600x400

Pilihlah warna pakaian sukan yang dapat memberi keyakinan yang tinggi dan penampilan yang baik ketika bersukan. Ianya dapat membantu meningkatkan prestasi anda dan pasukan anda.

 

Larian yang penuh MENCABAR @ Putrajaya Deuter Trail Run 2014!

Acara Deuter Trail Run yang diadakan pada 11 May 2014 semalam di Putrajaya Challenge Park Presint 5 berjalan dengan sangat lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Peserta larian di anggarkan sebanyak 1000 peserta. Larian ini adalah sepanjang 10km di mana 80% larian menempuhi pelbagai jenis cabaran dan 20% larian di atas jalan raya. Program ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

1) Lelaki terbuka

2) Perempuan Terbuka

3) Kanak-Kanak Lelaki (13-17 tahun)

4) Kanak-Kanak Perempuan (13-17 tahun)

Apa yang menarik tentang acara larian ini?

Mereka yang pertama kali menyertai acara larian sebegini mungkin akan berasa benci dan mungkin tidak akan menyertainya lagi. Para peserta dikehendaki mengharungi halangan-halangan yang di reka oleh penganjur sepanjang larian termasuklah menggelongsor, mendaki bukit curam, melompat, mengengsot di atas tanah dan sebagainya. Apa yang pasti mereka yang sampai ke garisan penamat kesemuanya pasti dalam keadaan kotor dan sangat meletihkan. Mereka yang kelihatan bersih akan di keluarkan dari penyertaan serta merta kerana tidak mengikuti garis panduan yang telah di tetapkan. Program ini juga mendapat tajaan dari Nestle, Red Bull, Mountain Dew, Revive, Suunto, Coleman, Sport Tape, Nathan, 2XU and Running Malaysia. Jika enjoy, pasti seronok! Antara halangan-halangan yang mereka tempuhi adalah seperti dalam gambar yang di tunjukkan di bawah ini :

Cabaran2

Sebelum memulakan acara larian, kesemua peserta manjalankan senaman aerobik terlebih dahulu sebagai streching-up

senamerobik_1 senamerobik_2

 

Peserta-peserta lelaki terbuka berlepas di garisan permulaan pada pukul 7.30 pagi

Lelaki terbuka

Peserta-peserta perempuan pula berlepas 15minit selepas pelepasan lelaki

peserta perempuan

 

Sementara menunggu para peserta menamatkan larian ke garisan penamat, pengunjung yang datang di sana boleh berkunjung ke booth-booth yang terlibat antaranya booth Deuter, Suunto, ProGround dan Nashata, Power Bar dan sebagainya.

DSC_8480 DSC_8481

Tidak disangka salah seorang dari pelanggan kami iaitu Nina Aziz menyertai acara larian bagi kategori perempuan terbuka dan berjaya mendapat tempat ke-34. TAHNIAH diucapkan pada beliau kerana berjaya ke garisan penamat. Dan tidak juga lupa tahniah kepada kesemua peserta-peserta yang lain

Nina Aziz

 

Siapa kata lelaki sahaja boleh lakukan Trail Run ini? Perempuan juga boleh lakukan! Cabaran ini menjadi mudah jika anda betul-betul seronok lakukannya bersama teman-teman dan bukan kerana terpaksa. Bagi mereka yang belum pernah mencuba, mari sertai untuk acara trail run seperti ini akan datang!

 

BLACK Compression Skirt Pants

seluar

 

 

 

Seluar Skirt Mampatan yang bewarna hitam ini tampak cantik dan ‘sporty’ apabila di gayakan pada si pemakai.

Hanya RM 189/sehelai

 

 

 

 

Ciri- Ciri Seluar Skirt Mampatan ini :

Kain

 

 

1) JENIS KAIN

Kainnya di perbuat daripada kain yang berkualiti tinggi polyster dan spandex. Boleh di regang membentuk kaki si pemakai. Tidak panas dan sesuai di pakai untuk bersukan kerana kainnya sejuk. Ia juga tidak tebal dan ringan.

 

 

2) LOGO NASHATA

Logo bunga Nashata ini adalah pantulan cahaya yang di reka khas bagi tujuan keselamatan pada si pemakai yang aktif melakukan aktiviti sukan pada sebelah malam. Logo ini terdapat pada kedua-dua belah di hadapan dan belakang seperti yang di tunjuk pada gambar di bawah :

Pandangan front n back   REFLEKTIVE LOGO

 

3) 2 poket di belakang

Terdapat 2 poket dibahagian belakang. Poket dibahagian kiri adalah berzip manakala poket dibahagian kanan tidak berzip dan kain poket tersebut di perbuat daripada kain yang berlubang-lubang dan boleh di regang. Poket di bahagian kanan ini sesuai untuk meletak telefon bimbit anda yang di kira sangat penting untuk di hubungi ketika anda sedang bersukan!

poket

  IMAG0279

4) Band getah di pinggang

Band getah di pinggang ini di reka bentuk dangan saiz yang lebar bagi memberi keselesaan pada si pemakai dan rasa tidak terlalu menjerut perut. Ia juga mengurangkan kesan atau bekas pada perut dan getahnya di perbuat dari band yang berkualiti tinggi.

IMAG0268

 

5) Lubang kecil

Ada lubang kecil dibahagian belah kiri tepi skirt dimana lubang tersebut berfungsi untuk masukkan wayar earphone bagi tujuan entertainment ketika bersukan. Lubang tersebut hanya sebesar 1cm sahaja dan tidak begitu kelihatan. Hanya muat untuk laluan wayar sahaja.

Lubang kecil

 

6) Pelbagai Saiz

Seluar Skirt Mampatan ini boleh di dapati dari saiz yang kecil (S) sehingga saiz yang paling besar (XXL). Mereka yang memiliki badan besar juga boleh muat untuk memakai Seluar Skirt Mampatan ini. Anda boleh memilih saiz seluar anda mengikut jadual di bawah ini:

Sizes

Length (L)

Waist (W)

S

65 cm

23 cm

M

67 cm

25 cm

L

68 cm

27 cm

XL

70 cm

29 cm

XXL

73 cm

31 cm

 

Anda boleh menempah melalui WhatsApp 012-3112489 atau terus membeli di online store kami di nashata.com

 

5 Jenis Senaman Loncatan

Berapa banyak lemak anda terbakar bergantung kepada aktiviti sukan yang anda lakukan, berat badan anda dan berapa lama anda melakukan sukan tersebut. Anda boleh kira berapa lemak anda yang terbakar semasa melakukan sukan lompatan di bawah ini di SINI. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang lain. Boleh melompat juga mengikut rentak lagu yang bersesuaian. Sukan lompatan ini dapat membakar lemak, memberi ketahanan pada kaki, dan membetulkan kedudukan tulang badan.

1) LOMPAT BINTANG

lompat bintangBerdiri tegak dengan tangan kedua belah di sisi peha. Loncat dengan kaki terbuka sedikit dan tangan mendepa secara selari seperti gambar di atas. Kemudian loncat dengan kaki tertutup dan tangan melurus ke atas. Ulang langkah tersebut sebanyak 8 kali secara teratur.

 2) LOMPAT TEPI

lompat sideLompatan ini hanya melibatkan sisi kiri dan kanan. Kaki meloncat ke kiri dan ke kanan selari dengan tangan. Hanya sebelah kaki menjejaki tanah dan sebelah lagi terangkat. Ulang secara selang seli sebanyak 8 kali

3) LOMPATAN TENDANG

lompat kedepan

Lompatan ini amat mudah. Ia di lakukan seperti menendang ke hadapan. Tekniknya ala-ala membuat latihan taekwando. Pastikan kaki anda berada pada tahap 90 darjah dan lurus di hadapan untuk memberikan kesan regangan yang berkesan pada bahagian peha. Ulang selang seli pada kaki kiri dan kanan.

4) LOMPAT LUTUT “L”

lompat lutut

 

Langkah ini lebih kurang seperti lompatan tendang cuma yang membezakannya adalah posisi kaki anda. Kaki anda akan membentuk ‘L’ kehadapan. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

 5) LOMPAT SETEMPAT

Lompat setempat bermaksud anda melompat pada tempat yang sama. Anda boleh melompat pada kadar yang rendah dahulu dan jika anda mampu, anda boleh melompat dengan lebih tinggi bergantung pada daya kekuatan anda sendiri.

Mari kita sama-sama MELOMPAT dengan riang! Tambahkan kekuatan pada kaki anda dan kurangkan lemak di badan! Lihat VIDEO ini. SELAMAT MENCUBA!

 

4 Perkara Yang Boleh DILAKUKAN Untuk Menguatkan Tahap Fizikal dan Mental

Eh? Apa bezanya kekuatan fizikal dan kekuatan mental?

Terdapat banyak aspek tertentu yang boleh dikaji mengenai kekuatan mental dan fizikal yang merupakan faktor penentu sama ada anda akan mempunyai kehidupan yang baik, sihat dan bahagia. Kekuatan mental sangat berkait rapat dengan kekuatan emosi.

intan_2Intan copy

 

Tanpa emosi, kita tiada sebab untuk bertindak atau melakukan apa-apa perkara. Emosi juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin semangat untuk bersukan. Apa yang buruknya, dengan emosi juga jika kita boleh terjurus kepada perkara negatif. Terdapat banyak situasi yang dapat dilakukan untuk mengawal dan menguatkan tahap fizikal dan mental antaranya :

 

1) Sentiasa melakukan apa yang disukai

Lakukanlah sukan yang anda suka. Elakkan melakukan aktiviti atau sukan dalam keadaan terpaksa atau kerana orang lain. Cubalah melakukan aktiviti yang anda suka kerana jika anda tidak ikhlas, ia tidak dapat member kesan positif kepada diri anda. Jadi lakukanlah sukan atau aktiviti yang anda gemari supaya anda gembira dan konsisten untuk melakukan senaman tersebut.

Mereka  yang mempunyai fizikal dan mental yang stabil kebiasaannya lebih fokus dengan apa yang paling suka dilakukan. Aktiviti sukan yang susah akan menjadi senang jika kita suka lakukannya. Kekuatan mental mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kekuatan fizikal. Jika minda kita kata sesuatu itu menyeronokkan, ia akan mendorong prestasi fizikal.

2) Sentiasa mempercayai diri sendiri

Pahamilah diri anda sepanjang masa dan sayangi diri anda melebihi dari orang lain. Anda perlulah percaya pada kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri. Anda juga perlu dapat memberi dorongan kepada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu langkah untuk memguatkan kepercayaan diri, anda boleh tetapkan matlamat anda sendiri dan disiplinkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Jika anda tiada pelan untuk menetapkan matlamat dan pelan sukan anda, anda boleh gunakan calendar gaya hidup aktif ini.

3)  Mengambil Masa untuk Menghayati Sesuatu

Orang yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat tidak ghairah untuk mencari keseronokan atau mengikuti trend semata. Mereka menghargai setiap saat yang berlalu dengan menikmati kehidupan yang sihat, tenang dan aman damai. Mereka lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati udara segar dari duduk bersahaja tanpa sebarang aktiviti riadah.

 

4) Sentiasa Berkata YA, SAYA BOLEH!

Jika anda ingin sihat dan kekal kelihatan muda, anda tidak perlu memberikan sebarang alasan dan mengatakan TIDAK untuk bersukan. Perkataan TIDAK melambangkan perkataan negatif yang akan membawa banyak perkara tertangguh dan mendatangkan kesan buruk pada diri anda. Oleh itu, selalukan katakan ‘YA, Saya Boleh!’ kepada diri sendiri, kerana ianya pasti akan memberi kesan positif kepada fizikal dan mental anda.

Menguatkan tahap mental dan fizikal adalah penting untuk wanita yang perlu mengharungi kehidupan harian yang mencabar.

EXCITING running events in this JANUARY!

School holiday and New Year holiday was past, and its time to boost back your energy to the limit and keep healthy in 2014. Below are some Exciting running events list to be join!

 

05: MPIB Run | Padang Merbuk, Kuala Lumpur | 5km, 8km, 12km |

12: Penang Run Series 4 | Teluk Bahang, Pulau Pinang | HM |

12: SkyHawk Nature Run | Jalan Tasik, Ayer Keroh, Melaka | HM |

19: Fun-D Bazaar Charity Run | SS2 Mall, Petaling Jaya, Selangor | 5km, 10km |

26: The Burden Run | Sport Science Stadium, University Malaya, Kuala Lumpur | 10.2km |

jan

 

Mengapa perlu TIDUR yang cukup?

Tidur adalah sangat penting untuk badan mendapat rehat yang secukupnya setelah penat melakukan aktiviti harian. Jika anda aktif melakukan segala aktiviti sukan atau menyertai pertandingan seperti larian marathon, tidur merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk di titik beratkan untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang. Dibawah ini ada beberapa panduan dan tips untuk anda mendapatkan tidur yang cukup:

Tempoh tidur mengikut usia :

table

 

1) DISIPLIN – Setkan setiap hari berapa jam yang wajib anda tidur & hindarkan tidur siang.

2) SENAMAN TERATUR – Pastikan lakukan senaman secara konsisten setiap minggu

3) SUASANA TENANG – Boleh juga mendengar musik lembut. Suasana sunyi & senyap

4) JAGA PERUT – Jangan biarkan perut lapar atau terlalu kenyang

5) TENANGKAN PERASAAN – Lakukan teknik meditasi atau senaman pernafasan

6) ALAT BANTU TIDUR – Gunakan penutup mata (eye mask) atau penyumbat telinga

7) WANGIAN – Gunakan teknik bau-bauan yang menenangkan (aromaterapi)

8) JENIS BANTAL – Pilih yang bersesuaian tanpa menyakitkan bahagian leher

9) GAYA TIDUR – Pastikan posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari

10) KUALITI – tidak kisah tidur singkat tapi pastikan terasa segar selepas bangun!

 

Aturkan masa anda dengan sebaiknya. Mulakan pola hidup yang sihat!

 

Apa kata Nana tentang PINK ARMSLEEVE kami!

nana

Farhana Nabilah Binti Zakaria atau lebih di kenali sebagai Nana. Beliau kini berada pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (kepujian) (kewartawanan) di UiTM Shah Alam dan juga part-time model. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan memegang jawatan committee tertinggi dalam Tae-kwan-do dan juga Bola Tampar.

Nana memakai sarung tangan mampatan Nashata

armsleeve

 

 

Nana telah mencuba salah satu produk dari kami iaitu Sarung Tangan Mampatan yang berwarna pink dan sangat teruja memakainya,

“Nana rasa lebih selesa dan bersemangat untuk buat aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal contohnya berjogging, bermain bola jaring dan berkayak. Sangat sesuai Armsleeves comel ni di pakai oleh gadis-gadis Muslimah yang sentiasa aktif”

 

 

 

Anda teringin untuk memakainya juga, dapatkannya di NASHATA.COM atau WhatsApp sahaja untuk menempah 012-311 2489. Kami masih lagi membuat promosi untuk jualan akhir tahun dengan harga HANYA RM 44.50/sepasang. Penghantaran adalah percuma. Promosi akan berakhir 5 Januari 2014. BELILAH SEKARANG!