Istimewanya siri produk ULTRA-Nashata

Produk kami terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu ULTRA dan RIADA. Untuk produk ULTRA, ianya terbahagi kepada 5 jenis pakaian sukan yang sesuai dipakai untuk pertandingan dan aktiviti larian yang berjarak 20km, separuh larian marathon. Produk RIADA ianya sesuai dipakai untuk riadah dan larian sehingga ke 10km sahaja. Perbezaan yang ketara adalah dari segi fabrik dan juga reka bentuknya.

1) Baju lengan panjang A-Cut (RM 99)

Ia di beri nama A-Cut kerana bentuknya yang menyerupai huruf “A” di reka khas untuk kelihatan ramping atau tidak ketat di bahagian perut. Hanya terdapat 2 warna iaitu hitam dan kelabu.

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

 

 

 

 

 

 

Saiz A-Cut*Nota : Untuk baju A-Cut Kelabu saiz yang paling besar hanya sehingga XL sahaja.
 

Lehernya membentuk huruf ‘V’

Kolar baju A-Cut

Kainnya diperbuat dari spandex yang boleh diregang dan boleh juga dibawa mandi kerana jenis kainnya sangat ringan dan mudah kering.

reganganTerdapat lubang di hujung kedua-dua belah lengan untuk menyangkut ibu jari kedalamnya bagi lengan tidak terangkat dan sekali gus dapat menutup aurat dengan sebaiknya. Boleh juga digunakan dengan 2 cara mengikut keselesaan anda.

2 cara pakai _22 cara pakai _1

Corak logo pantulan bunga Nashata  di bahagian kiri bawah baju memberikan keserian dan membawa jenama produk kami ke merata tempat. Jahitannya sangat kemas dan sesuai dipakai oleh semua lapisan umur.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA  OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Untuk kualiti dan jumlah fabrik yang digunakan, baju ini harganya amatlah murah dan sangat berpatutan. Panjangnya menutupi bahagian pinggul dan anda pastinya dapat berlari dengan penuh berkeyakinan!

2) Bra sukan sokongan yang menyeluruh (RM 99)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA              OLYMPUS DIGITAL CAMERA

3) Baju T-Shirt Keep Calm (RM 59)

OLYMPUS DIGITAL CAMERA  OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Antara 4 pilihan warna yang boleh di pilih ialah Fuchsia, Ungu, Oren,  Hijau dan setiap text pada baju adalah berlainan. Baju ini berlengan pendek dan boleh juga dipakai bersama sarung tangan mampatan Nashata yang berwarna pink atau hitam. Kainnya diperbuat daripada 100% mikrofiber, cepat kering peluh, terlindung dari sinar UV, ringan dan juga kainnya diperbuat dari jenis anti-statik.

            Kain Keep Calm   1969303_279156845576210_73964112_n

4) Sarung Tangan Mampatan (RM 89)Lihat video ini  HITAM & PINK

Ketahui info lanjut berkenaan Sarung Tangan Mampatan ini di SINI!

5) Seluar Skirt Mampatan (RM 189) – Lihat VIDEO ini

Ketahui info lanjut berkenaan Sarung Tangan Mampatan ini di SINI!

1959634_285510244940870_638603378_n  Skirt Pants

Seluar Skirt Mampatan ini boleh dipakai tanpa mengira umur. Warnanya yang terang dapat menjamin keselamatan anda ketika bersukan pada waktu malam. Gambar di sebelah kanan menunjukkan seorang nenek mengenakan Seluar Skirt Mampatan kami semasa larian Malaysia Women Marathon yang berlangsung pada 16 Mac 2014 yang lepas.

Selamat membeli belah secara online di nashata.com!

NASHATA 5km Fun Run!

NASHATA FUN RUN adalah acara larian yang berbeza dengan acara pertandingan larian yang lain. Lariani ini hanya untuk WANITA sahaja yang berumur 16 tahun ke atas, di mana larian ini adalah antara kategori larian di bawah MALAYSIA WOMEN MARATHON 2014 (MWM). Objektif larian ini adalah untuk memberi kesedaran tentang larian di kalangan wanita untuk bergiat cergas dalam aktiviti sukan bersama rakan-rakan dan juga keluarga. Maklumat lanjut tentang acara larian ada di sini :

Tarikh                    :  16 Mac 2014 (Ahad)

Tempat Berlepas   :  Dataran Kemerdekaan, Shah Alam (GPS Koordinat : 3.07266,101.515861)

Masa                      :  7 pagi

Bayaran                 :  RM 35/seorang.  Anda boleh berdaftar DI SINI !

Pada 14 & 15 Mac 2014, terdapat pelbagai acara Pra-Program yang menarik yang berlangsung semasa Pengambilan Racekit di Royal Selangor Theater, Shah Alam. Ini juga termasuklah acara Pertunjukan Fesyen Nashata pada 15 Mac, jam 3 petang di tempat yang sama.

 

Apa yang anda akan dapat?

Beg perlumbaan, baju vest, bib, sijil penyertaan, dan kemasukan percuma ke Race Entry Pack Collection (REPC) bersama 2 orang rakan.

Apa yang menarik di MWM 2014?

Larian ini adalah di bawah anjuran  Malaysia Women Marathon yang diadakan selama 3 hari berturut-turut dimana setiap hari tersebut mempunyai pelbagai aktiviti yang menarik, antaranya :

HARI PERTAMA / 14 MAC : Ucapan dari tokoh-tokoh korporat wanita seperti  Airin Zainul,  Group General Manager untuk NTV7, YB Rodziah Ismail,  Exco Selangor Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita dan Aireen Omar dari Air Asia. Objektif aktiviti ini adalah untuk memberi lebih kesedaran kepada kaum wanita isu – isu dan hak hak yang dapat memperbangunkan dan memajukan tahap tahap wanita dari segi kerjaya ataupun dari kejayaan peribadi. Dialogues

HARI KEDUA / 15 MAC : Pertunjukan fesyen pakaian sukan dari Nashata pada jam 3:30 petang. Workshop yang dikendalikan oleh Catherine Ndereba, Johan dunia Marathon 4 kali di Boston Marathon dan 2 kali pemenang Kejohanan Marathon Sedunia.

MWM Workshop

HARI KETIGA / 16 MAC : Hari pertandingan larian di adakan.

Ketiga-tiga hari ini menjadi pakej yang lengkap di mana seseorang dapat membina kesedaran, menggunakan kemahiran dan mempraktikkan segala ilmu dalam acara larian pada hari yang terakhir. Dapatkan agenda terperinci!

Siapa yang menaja acara MWM ini?

Nashata adalah salah satu sponsor/penaja untuk acara larian 5km Fun Run di MWM yang kedua ini. Terdapat banyak lagi penaja-penaja lain untuk MWM seperti Tourism Selangor, Air Asia, Air Asia X, General Electric, Prudential Assurance, Avon Malaysia, KT Tape, Habib Jewels, Capital FM, NTV7, Milo Maggi and Nescafe, Dove, Celebrity Fitness dan banyak lagi.

Marilah bersama-sama berlari dengan wanita lain dari Malaysia dan serantau ini untuk mengecapi dan menyambut larian wanita bersama.

Harga Istimewa di Hotel Concorde, Shah Alam 

Jika anda ingin  bermalam di Shah Alam sebelum hari larian, anda boleh buat tempahan di Hotel Concorde, Shah Alam dengan harga promosi khas untuk  perserta MWM. Sila email  sabrina@concorde.net untuk dapatkan tempahan dan maklumat lanjut.

EXCITING running events in this JANUARY!

School holiday and New Year holiday was past, and its time to boost back your energy to the limit and keep healthy in 2014. Below are some Exciting running events list to be join!

 

05: MPIB Run | Padang Merbuk, Kuala Lumpur | 5km, 8km, 12km |

12: Penang Run Series 4 | Teluk Bahang, Pulau Pinang | HM |

12: SkyHawk Nature Run | Jalan Tasik, Ayer Keroh, Melaka | HM |

19: Fun-D Bazaar Charity Run | SS2 Mall, Petaling Jaya, Selangor | 5km, 10km |

26: The Burden Run | Sport Science Stadium, University Malaya, Kuala Lumpur | 10.2km |

jan

 

Tips Elakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Kebiasaannya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kekejangan iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon. Seseorang mungkin mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bersukan. Bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan ketika bersukan, di bawah ini terdapat beberapa tips untuk dipraktiskan bersama sebelum melakukan sebarang jenis aktiviti sukan:

Tips kurangkan kecederaan_1

1) Pakai pakaian sesuai

Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.

2) Patuhi peraturan

Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

3) Panaskan badan sebelum bersukan

Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan

Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar

5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

Apa yang perlu anda lakukan jika tercedera ketika bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

R Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

 

Rujukan dari : http://www.pusatsukan.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=177&Itemid=128

 

Pakaian Sukan Yang Sesuai Untuk Wanita

Kebanyakan wanita tidak peka tentang pemakaian untuk aktiviti sukan mereka. Disini kami mahu kongsikan bersama pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan atau beriadah dan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian sukan anda antaranya :

1) Keadaan Cuaca

Mengikut kajian sains, warna hitam banyak menyerap cahaya matahari berbanding dengan warna terang. Maka digalakkan memakai baju yang terang ketika bersenam diwaktu siang. Alat-alat tambahan juga boleh digunakan bagi mengelakkan cahaya matahari semasa bersukan antaranya memakai cermin mata khas untuk larian, memakai losyen perlindung matahari yang memberi kesan perlindungan UV dan memakai jam tangan getah berbanding memakai jam tangan yang talinya diperbuat daripada besi.

2) Outdoor / Indoor

Bagi sukan outdoor pula, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang warna supaya tidak panas. Sebagai contohnya, jika anda boleh memakai pakaian sukan yang gelap untuk senaman aerobik indoor atau berlari atas ‘treadmiill’ di gimnasium, tetapi pakaian tersebut tidak sesuai dipakai untuk aktiviti yang sama di luar.

Apabila menyertai pertandingan larian, anda disarankan mengikut pakaian sukan yang dinasihatkan oleh tenaga pengajar sendiri atau mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pakaian sukan mampatan yang sesuai dan selesa sedikit sebanyak akan mempengaruhi anda untuk menamatkan larian sehingga ke garisan penamat.

3) Kesesuaian Tempat

Ada sesetengah wanita minat memakai pakaian sukan yang bewarna terang tetapi bimbang terlalu menjolok mata. Untuk aktviti sukan yang biasa, anda boleh memakai sebarang baju sukan mengikut keselesaan anda sendiri tetapi jangan terlalu berlebihan yang mungkin membawa sebarang kemalangan. Anda boleh memakai baju terang ketika bersukan bersama rakan-rakan wanita anda yang lain.

4) Rekabentuk Baju Sukan

Setiap jenama pakaian sukan menghasilkan rekabentuk baju sukan yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah seluar sukan ada menyediakan poket dimana kebiasaannya si pemakai boleh meletakkan kunci atau telefon di bahagian poket tersebut semasa larian. Pamakaian skirt juga tidak terlalu labuh dan pemilihan tudung sukan haruslah menutupi bahagian dada yang mungkin membuatkan sesetengah orang lebih selesa.

5) Keselesaan

Apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Anda juga perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan. Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda.  Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan anda.

6) Terang

Aktiviti sukan bukan sahaja boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. Ramai juga yang suka bersukan pada sebelah malam atau subuh mungkin kerana masa yang terlalu sibuk atau pon lebih selesa bersukan pada waktu malam dan subuh. Bagi mereka yang suka bersukan pada waktu malam ataupun subuh, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang atau ada sebarang ‘reflective’ atau cahaya pemancaran pada pakaian anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak di ingini berlaku.

7) Kain yang sesuai

Kain yang digunakan juga perlulah di ambil kira. Kita bersukan mengeluarkan banyak peluh. Kain yang digunakan perlulah dari kain kapas yang menyerap peluh atau pun kain yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk dengan baik. Ini juga penting bagi penjagaan kulit anda dan mengelakkan sebarang infeksi pada permukaan kulit akibat peluh. Kain tersebut juga perlulah ringan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menambahkan beban tambahan pada badan anda ketika bersukan. Bergantung juga pada jenis aktiviti sukan yang dilakukan sebagai contoh, renang memerlukan pakaian yang diperbuat daripada spandex yang ringan apabila bertindak balas dengan air dan kebanyakan tempat kolam renang mensyaratkan pemakaian khas baju renang.

8) Tudung

Bagi mereka yang beragama islam, tudung sukan juga penting dalam melakukan aktiviti sukan. Kini terdapat pelbagai fesyen tudung yang dipakai oleh wanita. Selendang tidak sesuai digunakan sama sekali kerana terlalu panjang dan mungkin akan mengganggu aktiviti sukan anda. Tudung yang anda pilih untuk bersukan mestilah mudah dipakai dah tidak memberi kesan panas di bahagian kepala. Kain tudung yang sesuai digunakan ialah kain licra dan microfiber dimana kain tersebut akan mengikut ukuran bentuk kepala anda dan mengelakkan ia dari bergerak atau terjatuh. Penggunaan pin di tudung tidak digalakkan semasa bersukan kerana boleh mengakibatkan kecederaan di bahagian badan.

9) Kasut

Penggunaan jenis kasut berbeza mengikut aktiviti sukan yang dilakukan seperti contoh permainan badminton mempunyai rekabentuk kasutnya yang tersendiri dimana fungsi tapaknya dapat memberi kesan yang kuat dan mengelakkan dari tergelincir di atas gelanggang badminton. Kasut juga penting bagi mengelakkan pergelangan kaki dari terkehel. Jangan sesekali bersukan hanya menggunakan selipar atau kasut bertumit kerana ia tidak sesuai dan boleh mengakibatkan kecederaan dibahagian kaki. Sesetangah orang juga berasa malas atau tidak menghiraukan penggunaan stokin. Stokin penting bagi mengelakkan kaki dari melecet. Pastikan juga tali kasut anda sentiasa terikat rapi dan tapak kasut tidak haus untuk mengelakkan dari tergelincir terutama ketika berada di kawasan licin.

10) Sports Bra 

Anda digalakkan memakai sports bra semasa menjalankan aktiviti sukan. Selain daripada memberi keselesaan semasa bersukan, ianya penting untuk memberi sokongan yang baik di bahagian dada.

Ini hanya info secara am mengenai aspek pemakaian sukan untuk muslimah atau wanita yang ingin penampilan yang sederhana. Info terperinci coming soon!

 

Mengapa perlu bazirkan duit anda? Kami ada SKIRT dan SELUAR MAMPATAN yang digabungkan sekali bersama!

1) HARGA YANG BERPATUTAN

Jika anda survey harga satu set seluar mampatan dan satu set skirt, anda perlu membayar ratusan ringgit untuk membeli kedua-duanya. Kami memperkenalkan produk terbaru kami iaitu Seluar Skirt Mampatan yang digabungkan bersama dengan hanya satu harga yang sangat berpatutan yang mampu dibeli oleh semua wanita yang gemar bersukan.

Skirt Pants Comparison

2) WARNA YANG CERIA DENGAN CORAK YANG MENARIK

clean Skirt

Kami menggunakan gabungan warna HITAM dan MERAH JAMBU untuk menyerlahkan lagi ciri-ciri feminin seorang wanita. Warna merah jambu ini juga merupakan warna yang terang dan boleh juga digunakan untuk bersukan pada sebelah malam. Golongan muda gemar dengan warna yang ceria, terang, dan lembut. Skirt ini lebih kelihatan menarik kerana terdapat 6 corak bunga yang diselang selikan dengan warna hitam dan putih dibahagian depan skirt pada sebelah kanan. Skirt ini juga tidak ketat dan dapat menutup bahagian poket dibahagian belakang seluar.

 

3) SIZE YANG BERBEZA

ukuran-Seluar

 

 

size seluar

 

 

 

 

 

Seluar Skirt Mampatan ini terbahagi kepada 3 size yang berlainan iaitu Medium, Large, Extra Large. Bagi mereka yang berbadan besar, anda tidak perlu risau kerana size Extra Large sesuai dengan badan anda. Kainnya juga bersifat anjal dimana pemakaiannya akan membentuk mengikut size kaki anda dan sekaligus dapat memberi kesan regangan yang efektif pada bahagian keseluruhan kaki anda.

 

4) TERDAPAT 2 POKET DI BELAKANG SELUAR

pocket

Terdapat 2 poket di sebelah kiri dan kanan yang berlainan fungsi pada bahagian belakang seluar mampatan ini. Poket disebelah kiri anda dijahit sekali dengan zip dimana fungsinya untuk menyimpan kunci atau duit. Zipnya dapat menjaga barang berharga anda dari terjatuh atau hilang semasa larian. Manakala poket disebelah kanan pula berfungsi untuk meletakkan telefon bimbit anda. Kini anda boleh mendengar lagu sambil berlari dengan membawa telefon bimbit anda ke mana-mana!

Tempahlah SEKARANG!http://shop.nashata.com/en/skirt-pants/51-skirt-compression-pants.html


Rahsia Kelihatan Awek Muda Menerusi Acara Sukan Larian

Intan Suraya adalah seorang ibu kepada dua orang anak. Beliau seorang Muslimah yang aktif dalam acara marathon dan kami berpeluang menemuramah beliau untuk berkongsi pengalaman beliau bersama dalam menjalani aktiviti sukan secara berterusan dan mengorek rahsia apa yang membuatkan beliau mempunyai minat yang mendalam dalam acara larian ini. Mari kita menyingkap rahsia Intan yang dapat mengekal paras rupanya yang muda, cantik dan cergas untuk kita amalkan bersama.
gambar both

Apakah aktiviti sukan yang anda sertai?

Saya menyertai sukan larian.

Berapa kerap anda bersukan?

Saya bersukan (berlari) sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Anda selalu bersukan bersama siapa dan mengapa?

Saya suka berlari bersama kawan-kawan kerana ia lebih seronok. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga berkongsi pendapat. Selain itu, saya dapat mempertingkatkan keupayaan dalam larian saya. Biasanya saya berlari bersama kawan-kawan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang saya terpaksa berlari sendirian kerana faktor masa dan kelapangan.

Apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan aktiviti sukan?

Saya memilih larian sebagai aktiviti bersukan saya. Bagi saya larian adalah sukan yang paling mudah. Saya cuma perlukan pakaian dan kasut sukan. Berlari boleh dimana-mana sahaja. Di taman, kawasan rumah, padang dan sebagainya. Saya bersemangat untuk bersukan kerana saya sangat menjaga kesihatan diri saya. Faktor utamanya adalah sejarah kesihatan keluarga saya yang tidak baik. Ibu saya mengidap sakit jantung, darah tinggi dan diabetis, begitu juga arwah bapa saya yang mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Dikalangan saudara mara ada yang mengidap cancer. Dimana kesemua penyakit berkenaan mudah diwarisi. Secara umumnya saya melihat, keluarga saya tidak mengamalkan aktiviti sukan pada awalnya. Justeru itu, saya bertindak untuk bersukan bagi mencegah dari mewarisi penyakit seperti mereka selain mengamalkan permakanan yang sihat. Selain itu saya merasa puas sekiranya pada setiap acara larian yang saya sertai saya dapat habiskan larian saya, dan bonus bagi saya sekiranya saya dapat pecahkan rekod larian saya sendiri pada satu-satu acara.

Bila anda mula menyertai aktiviti larian ini?

Saya menyertai acara larian ini semenjak dibangku sekolah lagi iaitu pada tahun 1990-an saya suka berlari, saya menyertai acara merentas desa. Semasa saya di IPT saya banyak menyertai acara larian sebagai aktiviti bersukan. Saya menyertai acara larian (perlumbaan) pada tahun 2009, apabila salah seorang rakan sepejabat mengajak berlari bersama pada acara larian tersebut.

Berapa acara larian yang anda cadang untuk sertai sepanjang tahun ini?

Pada setiap tahun saya bercadang akan berlari sekurang-kurangnya 12 acara larian (satu acara dalam satu bulan). Saya bercadang untuk menyertai 2 acara marathon (42km) dan yang selebihnya saya akan memilih acara yang bersesuaian dengan tempat dan masa.

Bagaimana persiapan diri anda untuk acara larian ini?

Saya akan pastikan saya sihat, dan tidak mengalami kecederaan semasa larian saya. Saya akan berlatih 3-4 kali seminggu. Setiap latihan saya akan catitkan masa dan jarak larian saya.

Apa matlamat anda dalam bersukan?

Matlamat saya adalah ingin sentiasa sihat dan cergas untuk saya menjalani tugas harian saya. Selain itu juga, dalam acara larian saya suka mencuba keupayaan diri saya sehingga saya dapat tamatkan larian.

Apa pakaian yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan latihan?

Saya memakai pakaian yang selesa, dan mengikut kesesuaian sewaktu acara larian saya. Sekiranya acara larian yang melebihi 10km saya akan memakai baju dan seluar compression. Saya juga suka pakaian sukan yang berwarna dan corak yang menarik.

Apa yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda perlukan untuk bersemangat dalam acara marathon?

Semasa marathon, saya akan pakai 2 pasang baju. Bahagian dalam saya akan memakai baju compression berlengan panjang. Bahagian luar saya memakai tshirt dari fit yang ringan dan menarik. Saya akan memakai seluar compression dan running skirt. Selain itu saya juga memakai tudung. Bagi saya untuk bersemangat saya perlukan pakaian yang selesa, saya perlukan tudung yang ringkas, selesa dan menarik.

Ada sebarang nasihat kepada rakan-rakan wanita di luar sana yang inginkan kehidupan yang aktif?

Kepada semua muslimah, bagi saya kesihatan yang baik adalah anugerah yang tidak terhingga.  Kita boleh mengubah dan mencegah penyakit dengan melakukan aktiviti bersukan. Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya seminggu 3 kali selama 30 minit.

Semoga ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan bersama kita semua dapat sedikit sebanyak memberikan semangat dan kesan yang mendalam untuk kita sama-sama lakukan aktiviti sukan bagi mengekalkan kesihatan yang baik sentiasa. Mari kita contohi Intan Suraya sebagai mentor terbaik bagi diri kita semua!

 

3rd Day @ SCORE, Amazing Customers!

Another exciting day at SCORE 2013! We are happy to see our customers were enthusiastic and supportive about our initiatives. We received numerous invaluable suggestions and inputs. We hope with their feedback, we can produce better products and good sporting experiences for our sisters. On that note, we are geared up to refine our future designs which we have shared with customers who came to our booth.

Indeed our hijab selections are savvy enough – good for casual as well as activewear. Our model marathoner, Intan Suraya, came in her casual wear with pink hijab on. We also had customers who bought and wore the hijabs straight away.

photo-3

 

There are many fun activities happening at SCORE 2013, one of which is archery. Here is a teenager in Nashata taking a shot!. Sunday 30 June is our the last day at SCORE, so come by PWTC, and look for us at Booth #57. We have special offerings for all our products.

photo-4

 

We are thankful for having such a great day meeting our customers and potential partners! Alhamdulillah.

 

 

 

Gedung ‘online’ Nashata.com

Alhamdullilah, gedung pakaian aktif muslimah Nashata telah dibuka pada 16 May 2013. Bertemakan Merevolusasikan Gaya Hidup Muslimah yang Aktif, kami menawarkan potongan sebanyak RM50 untuk sepasang baju Riada dan tudung Iman. Kedua-duanya dapat dibeli dengan harga RM168 sahaja. Jangan lupa gunakan kod yang diberi untuk mendapat potongan harga. Untuk tudung Iman, guna kod IMAN2013 dan baju Riada, gunakan kod RIADA2013. Kod diskaun ini boleh diguna sehingga 31 Mei 2013.

Online store

Pertandingan ‘SNAP, STATE dan SHARE’ sempena Hari Ibu

Sempena menghormati ibu-ibu, kami mengadakan pertandingan Hari Ibu ‘SNAP, STATE dan SHARE’.

Untuk mengambil bahagian, ‘SNAP‘ atau ambil gambar seorang ibu yang mempunyai gaya hidup aktif dan ‘STATE‘ atau nyatakan kenapa dia adalah seorang ibu yang aktif. Ibu yang dimaksudkan boleh jadi isteri anda, ibu, mertua, rakan atau diri anda sendiri. Tambah Nashata atau sebut nashata di dalam penyata atau ‘status’ tersebut. Kemudian, SHARE atau kongsi kenyataan anda bersama keluarga dan rakan-rakan di laman facebook.

Gambar-gambar yang mendapat ‘LIKE’ yang terbanyak akan mendapat baucar bernilai RM100 yang boleh ditebus di kedai online Nashata.

Pertandingan ini akan tamat Ahad 12 Mei, 12 tengah malam. Tiga nama-nama pemenang akan diumumkan dan dihubungi pada hari berikutnya.


In honoring mothers and motherhood, we are running a Mother’s Day competition to SNAP, STATE and SHARE an active mother in action!

To participate, simply SNAP a picture of a mother having an active lifestyle and STATE why do you think she is an awesome active mother. This could be you, your mother, mother-in-law or a friend who is a mother. Add Nashata or mention nashata in your statement. Then, promote and SHARE it with your family and friends on facebook.

The pictures with most likes will get a voucher worth RM100 that can be redeemed at Nashata’s online store.

The competition ends Sunday 12 May, at 12 midnight. The top 3 winners will be announced and contacted the following day.