5 Jenis Senaman Loncatan

Berapa banyak lemak anda terbakar bergantung kepada aktiviti sukan yang anda lakukan, berat badan anda dan berapa lama anda melakukan sukan tersebut. Anda boleh kira berapa lemak anda yang terbakar semasa melakukan sukan lompatan di bawah ini di SINI. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang lain. Boleh melompat juga mengikut rentak lagu yang bersesuaian. Sukan lompatan ini dapat membakar lemak, memberi ketahanan pada kaki, dan membetulkan kedudukan tulang badan.

1) LOMPAT BINTANG

lompat bintangBerdiri tegak dengan tangan kedua belah di sisi peha. Loncat dengan kaki terbuka sedikit dan tangan mendepa secara selari seperti gambar di atas. Kemudian loncat dengan kaki tertutup dan tangan melurus ke atas. Ulang langkah tersebut sebanyak 8 kali secara teratur.

 2) LOMPAT TEPI

lompat sideLompatan ini hanya melibatkan sisi kiri dan kanan. Kaki meloncat ke kiri dan ke kanan selari dengan tangan. Hanya sebelah kaki menjejaki tanah dan sebelah lagi terangkat. Ulang secara selang seli sebanyak 8 kali

3) LOMPATAN TENDANG

lompat kedepan

Lompatan ini amat mudah. Ia di lakukan seperti menendang ke hadapan. Tekniknya ala-ala membuat latihan taekwando. Pastikan kaki anda berada pada tahap 90 darjah dan lurus di hadapan untuk memberikan kesan regangan yang berkesan pada bahagian peha. Ulang selang seli pada kaki kiri dan kanan.

4) LOMPAT LUTUT “L”

lompat lutut

 

Langkah ini lebih kurang seperti lompatan tendang cuma yang membezakannya adalah posisi kaki anda. Kaki anda akan membentuk ‘L’ kehadapan. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

 5) LOMPAT SETEMPAT

Lompat setempat bermaksud anda melompat pada tempat yang sama. Anda boleh melompat pada kadar yang rendah dahulu dan jika anda mampu, anda boleh melompat dengan lebih tinggi bergantung pada daya kekuatan anda sendiri.

Mari kita sama-sama MELOMPAT dengan riang! Tambahkan kekuatan pada kaki anda dan kurangkan lemak di badan! Lihat VIDEO ini. SELAMAT MENCUBA!

 

4 Perkara Yang Boleh DILAKUKAN Untuk Menguatkan Tahap Fizikal dan Mental

Eh? Apa bezanya kekuatan fizikal dan kekuatan mental?

Terdapat banyak aspek tertentu yang boleh dikaji mengenai kekuatan mental dan fizikal yang merupakan faktor penentu sama ada anda akan mempunyai kehidupan yang baik, sihat dan bahagia. Kekuatan mental sangat berkait rapat dengan kekuatan emosi.

intan_2Intan copy

 

Tanpa emosi, kita tiada sebab untuk bertindak atau melakukan apa-apa perkara. Emosi juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin semangat untuk bersukan. Apa yang buruknya, dengan emosi juga jika kita boleh terjurus kepada perkara negatif. Terdapat banyak situasi yang dapat dilakukan untuk mengawal dan menguatkan tahap fizikal dan mental antaranya :

 

1) Sentiasa melakukan apa yang disukai

Lakukanlah sukan yang anda suka. Elakkan melakukan aktiviti atau sukan dalam keadaan terpaksa atau kerana orang lain. Cubalah melakukan aktiviti yang anda suka kerana jika anda tidak ikhlas, ia tidak dapat member kesan positif kepada diri anda. Jadi lakukanlah sukan atau aktiviti yang anda gemari supaya anda gembira dan konsisten untuk melakukan senaman tersebut.

Mereka  yang mempunyai fizikal dan mental yang stabil kebiasaannya lebih fokus dengan apa yang paling suka dilakukan. Aktiviti sukan yang susah akan menjadi senang jika kita suka lakukannya. Kekuatan mental mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kekuatan fizikal. Jika minda kita kata sesuatu itu menyeronokkan, ia akan mendorong prestasi fizikal.

2) Sentiasa mempercayai diri sendiri

Pahamilah diri anda sepanjang masa dan sayangi diri anda melebihi dari orang lain. Anda perlulah percaya pada kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri. Anda juga perlu dapat memberi dorongan kepada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu langkah untuk memguatkan kepercayaan diri, anda boleh tetapkan matlamat anda sendiri dan disiplinkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Jika anda tiada pelan untuk menetapkan matlamat dan pelan sukan anda, anda boleh gunakan calendar gaya hidup aktif ini.

3)  Mengambil Masa untuk Menghayati Sesuatu

Orang yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat tidak ghairah untuk mencari keseronokan atau mengikuti trend semata. Mereka menghargai setiap saat yang berlalu dengan menikmati kehidupan yang sihat, tenang dan aman damai. Mereka lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati udara segar dari duduk bersahaja tanpa sebarang aktiviti riadah.

 

4) Sentiasa Berkata YA, SAYA BOLEH!

Jika anda ingin sihat dan kekal kelihatan muda, anda tidak perlu memberikan sebarang alasan dan mengatakan TIDAK untuk bersukan. Perkataan TIDAK melambangkan perkataan negatif yang akan membawa banyak perkara tertangguh dan mendatangkan kesan buruk pada diri anda. Oleh itu, selalukan katakan ‘YA, Saya Boleh!’ kepada diri sendiri, kerana ianya pasti akan memberi kesan positif kepada fizikal dan mental anda.

Menguatkan tahap mental dan fizikal adalah penting untuk wanita yang perlu mengharungi kehidupan harian yang mencabar.

Takut tercedera semasa berlari atau bersukan?

Bersukan memerlukan banyak ilmu, bukan sahaja ilmu untuk menguasai sesuatu sukan, tetapi juga ilmu untuk memelihara tubuh badan anda supaya tidak cedera.  Aktiviti yang popular seperti berlari dan berbasikal tidak kurangnya juga dengan tahap kecederaannya.

Oleh itu,fahamilah cara-cara untuk mengelakkan kecederaan kerana  mengikut kajian “American Academy of Physical Medicine and Rehabilitation“, sebanyak 70% jumlah pelari yang mengalami kecederaan selepas berlari. Mengikut runnersworld.com pula, kira-kira 40% kecederaan berlaku adalah dibahagian LUTUT. Untuk kaum wanita pula, kecederaan tulang belakang dan pergelangan kaki sering laki berlaku semasa berlari. Kesakitan di bahagian kepala juga boleh juga dialami terutama semasa cuaca panas.

Memahami kecederaan larian adalah kunci utama untuk rawatan yang berkesan. Disini anda akan hayati info tentang faktor-faktor kecederaan yang sering terjadi, dan cara untuk mengelakkannya.

BAHAGIAN MANA DI KAKI YANG SERING MENGALAMI KECEDERAAN?

IT Band Syndrome                             Plantar Fasciitis                            Patellofemoral Pain

kakiShin Splints                                         Achilles Tendinitis                               Ankle Sprain

APA YANG MENYEBABKAN KECEDERAAN DARI  LARIAN? Secara Lazimnya,

Untuk pelari marathon atau separuh marathon, jarak berlari agak jauh. Apatah lagi pelari Ultra-Marathon yang jarak larian yang ditempuhi lebih panjang iaitu 50 km, 80 km, 100 km, dan 160 km berbanding dengan pelari yang lain. Jarak yang terlampau panjang boleh mengakibatkan kaki menjadi bengkak dan sakit kerana kaki anda berlari melebihi tahap kemampuan badan. Jika anda memilih untuk membuat larian yang panjang, anda di nasihatkan untuk berhenti pada seketika waktu untuk memberi ruang kaki anda mengumpul balik kekuatan untuk meneruskan larian.

Cara membuat latihan yang tidak betul menjadi punca kecederaan yang serius seperti membuat stretching yang tidak cukup di mana tidak memberi sebarang kesan regangan pada bahagian otot, jarak latihan larian yang tidak masuk akal, latihan larian bukit yang sangat tinggi, latihan interval (dari kelajuan yang perlahan pada jarak yang sangat panjang dan kelajuan yang tinggi pada jarak yang pendek), dan rehat yang tidak mencukupi diantara sesi latihan yang di adakan. Stretching perlu dilakukan, melengkapi seluruh tubuh badan. Jika tidak pasti, lihat cara stretching yang betul untuk pelari DISINI

Penggunaan kasut sukan yang tidak betul.  Pelari perlu memastikan reka bentuk kasut sukan yang memberikan keselesaan, ruang dan memahami anatomi kaki anda sendiri seperti contoh mengenalpasti bentuk kaki sendiri dan jenis lengkungan di tapak kaki. Jikalau ketat, kaki anda akan mudah melecet. Apabila penggunaan kasut tersebut telah melebihi 500 ke 600km, anda di nasihatkan untuk menukar kasut yang baru seperti mana anda menjaga maintanance kereta anda. Ini dikhuatiri tapak kasut manjadi haus dan keadaan kasut yang usang akibat kerap digunakan. Anda juga boleh menggunakan ‘insole shoes’ untuk mengelakkan kesakitan yang melibatkan tulang belakang. Terdapak banyak kasut sukan yang mempunya ‘insole’ yang boleh dikeluarkan. Dengan ini, sekiranya anda memerlukan ‘insole’ yang khusus, anda boleh menukar insole kasut sukan dengan mudah. Ini dapat mengurangan tekanan di bahagian tapak kaki dan tulang belakang.

insoul shoe

Permukaan tempat larian perlulah rata, berdaya tahan, tidak banjir dan dipenuhi air. Elakkan dari berlari di tempat yang dipenuhi konkrit, batu-batu kecil, pasir dan jalan yang kasar. Lebih baik menggunakan jalan komuniti yang telah disediakan khas untuk aktiviti joging dan juga berlari. Elakkan dari berlari mendaki gunung kerana ia akan memberikan tekanan yang kuat pada lutut dan buku lali

 Kecederaan lama yang tidak dijaga. Jika anda pernah mengalami kecederaan sebelum ini, pastikan anda memberi sokongan yang betul di bahagian yang tercedera itu. Sebagai contohnya, jika ada kecederaan di lutut sebelum ini, anda disyorkan memakai ‘knee guard’ supaya tekanan di bahagian lutut dapat dikurangkan. Begitu juga dengan bahagian yang lain seperti pergelangan tangan dan pergelangan kaki di mana anda boleh memakai ‘wrist guard’ dan ‘ankle guard’. Anda juga boleh memakai guard sokongan ini untuk mencegah kecederaan pada bahagian-bahagian tertentu. Jika anda menaiki atau menuruni bukit, lutut, pergelangan kaki dan betis anda akan mengalami tekanan yang hebat. 

Ketika keadaan cuaca panas, banyakkan minum air masak sebelum larian. Semasa waktu sejuk pula, pakailah pakaian yang bersesuaian seperti baju sejuk. Elakkan berlari dalam cuaca panas dan sejuk yang melampau atau ketika mana tahap pencemaran udara berada dalam tahap yang tinggi. Jangan lupa untuk menggunakan krim sinaran cahaya matahari SPF 30+ atau mungkin anda akan berubah dan kelihatan seperti orang lain. OH NO!!!!

Sebelum berlari, pastikan air dalam badan sentiasa mencukupi untuk mengelakkan pening kepala dan migrain yang sering berlaku semasa cuaca panas. Ketika berlari, banyak air terbuang dari badan melalui peluh dan mengakibatkan badan kekurangan air. Air sangat penting untuk membekalkan oksigen ke otak semasa dan selepas berlari. Ketidakcukupan oksigen ke otak boleh mengakibatkan anda pengsan dan tidak sedar diri.

Untuk penjagaan tulang yang baik, pastikan anda mendapatkan khasiat kalsium yang cukup. Ini amatlah penting bagi kaum wanita yang ingin bergiat aktif dalam sukan,

Jika anda mengalami kecederaan, walaupun sedikit semasa bersukan atau berlari, cepatlah berhenti dan dapatkan bantuan. Dapatkan rawatan dan perundingan dari pakar sukan atau doktor.

Pastikan anda melindungi tubuh dengan baik supaya anda sentiasa dapat mengecapi hidup aktif yang menyeronokkan.

 

EXCITING running events in this JANUARY!

School holiday and New Year holiday was past, and its time to boost back your energy to the limit and keep healthy in 2014. Below are some Exciting running events list to be join!

 

05: MPIB Run | Padang Merbuk, Kuala Lumpur | 5km, 8km, 12km |

12: Penang Run Series 4 | Teluk Bahang, Pulau Pinang | HM |

12: SkyHawk Nature Run | Jalan Tasik, Ayer Keroh, Melaka | HM |

19: Fun-D Bazaar Charity Run | SS2 Mall, Petaling Jaya, Selangor | 5km, 10km |

26: The Burden Run | Sport Science Stadium, University Malaya, Kuala Lumpur | 10.2km |

jan

 

Ikuti Aktiviti Regangan (Stretching) ini !!!

Regangan (Stretching) sangat penting sebelum memulakan sebarang aktiviti sukan bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan terasa sakit selepas melakukan sukan. Ia juga dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang kecederaan pada otot. Di bawah ini ada tersedia cara-cara regangan yang biasa dilakukan yang merangkumi semua bahagian otot yang terdapat pada badan.

Mari kita lakukan bersama-sama STEP by STEP!

 

1) HEAD and NECK head

  • Tolak kepala kekiri  dan ke kanan.
  • Regangan berlaku pada bahagian leher.
  • Dongak ke atas dan tunduk ke bawah.
  • Lakukan secara berkala dalam kiraan 8.

 

shoder2) SHOULDERS

  • Tujukan tangan kanan ke arah kiri secara lurus.
  • Tangan kiri tolak siku tangan kanan tadi ke belakang.
  • Regangan berlaku pada bahagian bahu.
  • Lakukan langkah yang sama pada tangan sebaliknya

 

 

3) CHESTc

  • Depakan kedua belah tangan pada dinding atau pintu
  • Biarkan kedua belah tangan berada selari di bahagian dada ke depan
  • Tolak badan ke depan secara perlahan-lahan
  • Regangan berlaku pada bahagian dada anda

 

b4) BICEPS

  • Ke belakangkan tangan kanan anda secara lurus selari dengan paras dada.
  • Ulang langkah yang sama pada bahagian tangan yang sebaliknya.
  • Regangan berlaku pada bahagian otot biceps.
  • Lakukan secara berkala dalam kiraan 8.

 

5) TRICEPSt

  • Angkat tangan kanan ke atas dan arahkan pergelangan tangan ke belakang bahu
  • Tangan kiri anda tolak siku tangan kanan ke arah ke bawah
  • Ulang langkah ini pada tangan di sebaliknya dalam kiraan berkala 8
  • Regangan berlaku pada bahagian otot triceps

 

g6) GLUTES

  • Baringkan badan mendatar di atas lantai.
  • Angkat kaki kiri silangkan di atas lutot kaki kanan
  • Pastikan pergelangan kaki kiri barada di depan lutot kaki kanan
  • Angkat badan sedikit untuk memegang kaki kiri tersebut
  • Regangan berlaku pada bahagian otot punggung

 

7) OUTER THIGHo

  • Duduk  90 dajah dengan kaki lunjur kedepan dengan lurus badan menghadap ke depan
  • Kaki kanan dibiarrkann lurus, kaki kiri dibiarkan bersilang
  • Pastikan tangan kanan menyentuh lantai dengan bersilang dengan kaki yang bersilang tadi
  • Regangan berlaku pada bahagian otot peha luar

 

Hamstring8) HAMSTRING

  • Baring melentang di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
  • Angkat kaki kanan ke arah atas dengan lurus
  • Angkat badan anda sedikit untuk memeggang kaki kanan anda tadi
  • Ulang langkah yang sama pada bahagian kaki yang sebaliknya.
  • Regangan belaku pada bahagian otot peha belakang

 

9) QUADRICEPSq

  • Berdiri dalam keadaan lurus
  • Bengkok kan kaki kiri anda ke belakang
  • Pastikan tangan kiri anda memegang kaki kiri yang dibengkokkan tadi
  • Imbangi badan anda dengan baik dari terjatuh

 

f10) CALF

  • Lonjakkan badan anda ke depan dengan kaki kanan kedepan kaki kiri ke belakang
  • Pastikan kaki kiri anda lurus untuk mendapatkan regangan pada bahagian otot betis
  • Bengkok kan sedikit kaki kanan anda untuk menjadikan kaki kiri lurus
  • Ulang langkah pada bahagian kaki yang sebaliknya

 

11) UPPER BACKu

  • Pegang pada mana-mana tiang atau bongkokkan badan anda kedepan
  • Pastikan badan anda dalam keadaan 90 darjah dan kaki dalam keadaan lurus
  • Regangan berlaku pada bahagian belakang badan

 

l12) LOWER BACK

  • Baring di atas lantai dengan badan menghadap ke atas
  • Angkat kedua belah kaki mendekati bahagian dada
  • Pegang kaki tersebut dari terjatuh
  • Pastikan bahagian badan belekang anda mendatar secara lurus di atas lantai

 

Tips Elakkan MIGRAIN

Peratusan golongan WANITA lebih cenderung mendapat penyakit migrain (84.3%) berbanding LELAKI (15.7%). Kaum MELAYU juga sering mendapat penyakit migrain (78.6%) berbanding kaum CINA (10%) dan INDIA (11.4%) ; Sumber dari Neurology Asia 2006

Sakit MIGRAIN itu bukanlah satu perkara yang boleh di jangka tapi ia boleh di cegah sebelum terjadi. Di bawah ini ada beberapa tips yang perlu di titik beratkan untuk mengelakkan dari sakit migrain :

1) Jauhi dari tempat yang bising (Phonophobia) dan cahaya yang terang (Photophobia)

  • Kurangkan melihat televisyen atau menghadap komputer terlalu lama
  • Jangan memandu ketika malam terutama bagi mereka yang ada masalah mata (silau yang tinggi)

2) Beri perhatian pada pengambilan makanan

  • Elak makan makanan yang mengandungi Thyramine dan Monosodium Glutamate (MSG) seperti contoh Keju, Meggi, coklat, alkohol dan sebagainya.
  • Elak dari minum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi seperti Kopi, Nescafe atau minuman ringan seperti coca-cola, Kickapoo dan sebagainya.

3) Jauhi dari sebarang tekanan atau tansion

  • Hadapi segala masalah dengan tenang dan hati terbuka
  • Jangan terlalu memikirkan masalah yang tidak henti-henti muncul

4) Kerap melakukan aktiviti sukan

  • Lakukan senaman yoga yang dapat memberi ketenangan dalaman
  • Perjalanan darah dalam badan akan lebih aktif dan di salurkan sempurna ke otak

5) Makan dan tidur mengikut jadual yang betul

  • Perut yang kosong akan mengeluarkan rembesan asid pada perut dan menyebabkan gastrik
  • Tidur yang tidak cukup pula akan membuatkan otak letih berfikir dan sakit kepala

6) Buat diary untuk catat sakit kepala

  • Catat apa yang anda makan, dan berapa kali anda sakit untuk mengesan punca migrain

7) Berhati-hati dengan penukaran hormon ketika period

  • Perubahan estrogen pada badan ketika period, hamil atau menopause boleh menyebabkan migrain
  • Jangan ambil sebarang ubatan hormon seperti pil perancang yang akan memberi kesan buruk pada badan

8) Ambil Suppliments/makanan tambahan

9) Ketahui perubahan cuaca

  • Ketika panas terik, anda tidak disarankan membuat aktiviti luar
  • Jangan biarkan kepala terdedah secara langsung dengan cuaca panas yang terlalu lama

10) Elak dari bau busuk dan jauhi asap rokok

  • Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah kepala akan terasa sakit kerana asapnya yang kotor di  sedut dan di bawa ke otak

 

Jika anda manghadapi migrain yang teruk, anda di sarankan berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti punca sakit migrain anda. Otak memainkan peranan yang sangat penting. Jika tidak, segala aktiviti anda tidak dapat dilaksanakan dengan baik!

Ingin dapatkan PINGGANG yang ideal??

Pinggang yang ramping menjadi idaman setiap wanita. Ikuti beberapa tips senaman untuk Pinggang di bawah ini :

1) Melompat Serong Berselang-Seli

  • Sambil anda melompat, pusingkan pinggang anda ke kiri dan ke kanan
  • Pastikan tubuh anda tidak berpusing sekali, hanya bahagian pinggang ke bawah yang bergerak
  • Kedua belah tangan anda biarkan ianya berada selari dengan dada

2) Duduk Pusing Berselang-Seli

  • Duduk dalam keadaan kedua belah kaki di bengkokkan sedikit dan kedua lutut dalam keadaan rapat
  • Pastikan kaki anda tidak bergerak
  • Hanya gerakkan tubuh badan anda dari pinggang hingga atas ke kiri dan ke kanan

3) Baring Mengiring

  • Mengiringkan badan dan biarkan tangan berada dalam bentuk ‘L’ untuk menampung badan anda
  • Pastikan pinggang dan punggung tidak rapat pada permukaan lantai
  • Angkat kaki ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan sambil tangan mencekak pinggang
  • Ulang semula langkah yang sama untuk bahagian yang sebaliknya

4) Kayuh Basikal Berselang-Seli

  • Gerakan ini dilakukan dalam keadaan punggung sahaja yang berada di lantai
  • Tolak kaki kiri anda ke depan sementara kaki kanan ke belakang dan lakukan selang-seli
  • Pusing badan anda ke kanan ketika kaki kanan anda juga berasa dekat dengan tubuh
  • Biar kedua tangan di lepa kan di belakangg kepala

5) Gerakan Kaki Secara Wiper

  • Gerakan ini dilakukan dalam keadaan baring mendatar di atas lantai dengan muka dan tubuh menghadap ke atas
  • Pastikan badan anda melintang tanpa bergerak
  • Angkat kedua belah kaki membentuk huruf ‘L’ dan hayunkan ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan.

PRAKTISKAN UNTUK MENDAPAT PINGGANG YANG LANGSING!

TIPS PEMAKANAN UNTUK PELARI MARATHON

4 Amalan pengambilan makanan yang bijak untuk menghadapi acara larian

 

Pastikan tubuh badan anda mendapat NUTRISI yang cukup untuk acara larian. Ikutilah senarai amalan-amalan di bawah:

1. Pemakanan beberapa minggu sebelum

Sebelum berlari, pastikan perut anda sentiasa dalam keadaan sihat. Jika tidak perut anda mungkin akan sakit ketika berlari. Pada peringkat ini:

  • Makanlah karbohidrat rendah seperti beras bijirin penuh, bubur dan pasta. Ianya juga penting kerana dapat  melepaskan tenaga secara perlahan-lahan dan akan memenuhi tangki karbohidrat anda.
  • Elakkan makanan yang mengandungi karbohidrat yang mengeluarkan gas seperti brokoli, kubis, kacang atau buah-buahan.

2. Pemakanan beberapa jam sebelum bermula

Beberapa jam sebelum membuat larian yang panjang, makan hidangan yang :

  • Tinggi karbohidrat GI yang rendah, sederhana protein dan rendah lemak untuk memberi badan anda semua nutrien yang diperlukan.  Ambillah makanan seperti bubur dengan campuran buah, sandwich ayam dan buah-buahan atau donut dan mentega kacang.
  • Elakkan makan makanan yang berat seperti nasi dan pasta yang berlebihan kerana perut anda akan berkeroncong semasa berlari dan mengganggu proses pencernaan anda.

3. Pemakanan semasa membuat larian panjang

Pastikan anda menyimpan tenaga yang cukup kerana badan kita hanya boleh menyimpan kira-kira 2,000 kcals glikogen. Oleh itu, makanlah :

  • Makanan karbohidrat tinggi GI adalah yang terbaik dalam jangka masa larian kerana ia membebaskan tenaga dengan cepat.
  • Minumlah minuman isotonik, atau buah pisang, oren, madu, buah-buahan kering atau gula-gula kenyal seperti jeli.
  • Setiap 45 ke 60 minit berlari, tambahkan 30 ke 60 gram karbohidrat (120-140 kalori) setiap jam. Sebagai contoh pisang besar, roti putih sandwich madu atau tenaga gel), dan jangan lupa untuk minum air yang banyak.

4. Pemakanan selepas membuat larian

Selepas berlari kebiasaannya otot-otot anda akan berasa sakit selepas bekerja keras semasa larian dalam tempoh masa yang lama. Makanlah

  • Makanan yang  mengandungi protein dan  karbohidrat seperti coklat susu dan air buah-buahan smoothie untuk membaiki dan memulihkan semula otot-otot tersebut.
  • Minumlah air masak yang banyak bagi mengelakkan anda pengsan atau terhidrasi kerana kekurangan air dalam badan.

Disiplinkan diri anda dengan mengambil makanan yang betul supaya tubuh badan anda mendapat NUTRISI yang cukup dan BERSEDIA untuk beraksi dengan HEBAT dalam acara larian.

Bekalkan TENAGA yang mencukupi dengan BIJAK dan sayangi diri anda!

 

Bagaimana untuk mengecilkan LENGAN?

Setiap wanita inginkan bentuk badan yang langsing dan menarik. Tetapi sesetengah mereka kurang memberi perhatian untuk melangsingkan lengan tangan yang besar, penuh dengan lemak dan bergelambir. Salah satu alat terbaru yang wujud pada masa kini untuk melangsingkan lengan adalah dengan menggunakan alatan seperti dalam gambar rajah di bawah di mana alatan ini memberi tekanan untuk mengempiskan pada bahagian lengan anda secara perlahan-lahan.

Lengan

Tetapi ada juga cara senaman untuk menguruskan lengan secara semula jadi tanpa mengambil sebarang pil atau suplimen mahupun membelanjakan duit dengan barang-barang yang belum pasti berkesan. Di bawah ini ada beberapa langkah yang boleh di amalkan bagi mendapatkan lengan yang langsing dan menarik. Ikuti langkah-langkah berikut :

11) Dips

Gerakan ini fokus untuk meregangkan otot triceps yang terletak di bahagian belakang lengan dimana kebiasaannya lemak banyak tertumpu di bahagian tersebut dan mengakibatkan lengan bergelambir. Gunakan kerusi, anak tangga atau benda lain yang sesuai digunakan. Pastikan kedua belah tangan anda berpaut pada kerusi tersebut dan menahan beban badan anda. Turunkan tubuh anda secara perlahan-lahan sehingga siku anda berada lebih kurang tahap 90° sudut. Kemudian naikkan semula badan anda ke atas seperti keadaan asal. Pastikan punggung anda tetap lurus dan berat badan anda seimbang antara tangan dan kaki. Ulang langkah tersebut lebih kurang 8 kali.

42) Weighted Punch

Anda boleh lakukan langkah ini dalam keadaan berdiri atau pun duduk mengikut keselesaan anda sendiri. Gunakan dump bell sebagai bebanan pada tangan anda dan gerakkan tangan ke atas setinggi yang mungkin. Kemudian turunkan semula tangan anda seperti membentuk huruf ‘V’. Lakukan langkah yang sama pada kedua-dua belah tangan anda. Jika anda mempunyai satu set dump bell, anda boleh lakukan secara serentak di kedua-dua belah tangan anda. Percepatkan kadar kelajuan tetapi berhenti jika tangan anda sudah terasa lenguh.

53) Wall Push Up

Sandar tubuh anda ke dinding dengan menggunakan kedua belah tangan anda. Pastikan posisi anda berada dalam keadaan lurus terutama pinggang tidak membengkok. Secara perlahan-lahan, gerakkan tubuh anda yang lurus tersebut ke hadapan sehingga muka anda berada dekat menghadap dinding. Jangan lakukan langkah ini secara main-main kerana mungkin kepala anda akan terhantuk kedinding secara tidak sengaja. Pastikan juga kawasan anda berdiri tersebut tidak basah bagi mengelakkan dari tergelincir dan terjatuh ke bawah.

24) Trisep Push Up

Langkah ini akan meregangkan otot Trisep anda iaitu otot lengan di bahagian depan. Biarkan tubuh anda dalam keadaan meniarap ke lantai atau pun padang. Pastikan kedua belah tapak tangan anda menyentuh ke lantai secara rata dan kaki anda berada dalam keadaan lurus. Angkat bebanan badan anda sendiri secara perlahan-lahan keatas dan kebawah. Pastikan pinggang anda tidak membengkok. Jika tidak pinggang anda akan terasa sakit selepas melakukan langkah ini.

35) Alternating Curls Biceps

Pegang Dump Bell anda secara rapi dan gerakkan tangan anda ke arah bahagian dada anda. Tetapi anda pastikan juga agar dump bell tersebut tidak terlalu dekat dengan dada sehingga mengakibatkan sebarang kecederaan. Biar kan siku anda berada dalam keadaan tetap dan tidak bergerak. Lakukan langkah ini sebanyak 8 kali pada sebelah tangan kanan dan 8 kali juga pada sebelah tangan kiri. Anda juga boleh tambahkan kelajuan mengikut kekuatan tangan anda. Tetapi jangan terlalu memaksa tangan anda kerana otot mungkin akan terasa sakit selepas melakukan langkah ini.

SELAMAT MENCUBA!!

 

 

Siapa kata tak boleh pakai MAKE-UP masa bersukan?

Boleh ke memakai MAKE-UP ketika bersukan?

Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai wanita normal, sudah menjadi lumrah kehidupan untuk mereka tampak cantik dan menarik dalam apa jua keadaan walaupun ketika bersukan. Solekan memberikan ‘kuasa’ tertentu terpulang kepada persepsi masing-masing untuk mentafsirkannya. Sesetengah wanita tidak suka mengenakan sebarang make-up diwajah ketika bersukan tetapi tidak juga menjadi masalah untuk mengenakan make-up ketika bersukan. Solekan di wajah dapat memberi keyakinan diri setiap individu. Disini kita akan bincangkan topik berkenaan penggunaan make-up yang betul ketika bersukan sebagai ilmu tambahan kita bersama:

Moisturiser dan sunblock

Ini adalah sangat penting untuk melembabkan kulit muka anda dari kering dan mengelupas. Negara kita yang panas dan beriklim khatulistiwa akan memberi kesan UV yang tinggi yang terdapat pada cahaya matahari. Kini banyak terjual produk kecantikan yang melindungi kulit dari sinaran UV. Jika anda bersukan pada waktu malam tidak perlu lagi menggunakan sunblock.

Foundation

Penggunaan foundation juga tidak digalakkan ketika bersukan. Hal ini kerana penggunaan foundation akan menutup dan menyumbatkan ruang rongga di kulit. Tetapi ada sesetengah foundation yang masih boleh digunakan jika sesetengah kaum wanita ingin memberi warna dan tone sekata diwajah seperti contoh penggunaan Non-Comedogenic Foundation jenama dari Lancolm, Revlon Colorstay,  dan sebagainya.

Bedak

Tidak perlu mengenakan bedak dengan tebal di wajah kerana obses untuk kelihatan putih. Hakikatnya kulit anda akan tetap juga berwarna kulit yang asal. Memadai hanya memakai bedak secara sederhana. Pemakaian bedak yang tebal akan nampak tompok di wajah apabila anda berpeluh ketika bersukan. Antara bedak yang sesuai di pakai ketika bersukan ialah bedak yang mengandungi kandungan antiseptik bagi menyerap minyak di wajah seperti contoh bedak Dettol.

Eye-Shadow/Pembayang mata

Tidak perlu memakai warna yang terlampau gelap atau kombinasi warna yang terlalu cerah sehingga menjolok mata. Cukup sekadar memakai warna semula jadi yang bersesuaian dengan kulit asli anda. Sebolehnya tidak perlu mengenakan sebarang pembayang mata kerana dikhuatiri ianya menjadi cair dan merosakkan wajah anda. Cuaca di Negara kita tidak sesuai untuk menggunakan pembayang mata.

Maskara Kalis Air

Penggunaan Mascara jenis kalis air boleh digunakan ketika bersukan kerana ianya tidak akan memberi kesan walaupon dalam keadaan berpeluh mahupon ketika melakukan aktiviti renang. Yang pastinya mata anda akan kelihatan cantik dan make-up tersebut tidak cair dan membuatkan mata anda menjadi seperti mata hantu sebagai contoh produk dari Make Up For Ever (MUFE), L’oreal’s Infallible, Covergirl’s Hydrofuge, Maybelline mascara dan sebagainya.

Gincu Lips Gloss

Selain memakai gincu dengan warna yang kemerah-merahan di bibir, anda boleh menggantikannya dengan memakai lips Gloss yang hanya untuk melembapkan bibir anda yang kadang kala kekeringan. Adalah lebih baik menggunakan lips gloss yang mengandungi kandungan mentholatum yang memberi kesan sejuk di bibir dan yang pastinya bibir anda akan kelihatan lebih lembab dan sihat.

 

Kecantikan semulajadi semasa bersukan adalah yang terbaik. Tetapi, jika solekan ringan dapat menambah keyakinan semasa bersukan, apa salahnya kan? Yang penting anda mengguna barang kosmetik yang tidak menutup dan menyumbat ruang rongga di kulit dan kalis air. Oh ya, jangan lupa pula mencuci dan menanggalkan make-up anda sejerus selepas bersukan ya!