Sukan Bola Jaring yang begitu SENGIT!

netball_3Nisa Zafira dan Ida Lydia adalah pelajar-pelajar Darjah 6 yang giat dalam bidang sukan bola jaring. Mereka berdua akan menduduki peperiksaan UPSR untuk tahun ini tetapi mereka begitu aktif dalam bidang kokurikulum. Mereka dari sekolah yang berbeza iaitu Nisa dari Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) Putrajaya manakala Lydia dari Sekolah Kebangsaan Presint 8(2) Putrajaya. Kedua-dua mereka ini akan bertemu dan berentap untuk mengharungi nama sekolah masing-masing. Juara MSSM pada tahun lepas di rangkul oleh Wilayah Persekutuan dengan mendapat 2 emas pada perlawanan akhir di Kangar pada 7 Jun 2013 yang lepas.

 

Apakah pertandingan yang mereka ceburi ?

Mereka terpilih sebagai pemain bola jaring sekolah untuk perlawanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) peringkat Putrajaya pada 24, 25 dan 26 April 2014

Apakah persediaan sebelum menghadapi perlawanan ini?

Mereka kerap mengadakan perlawanan persahabatan antara sekolah-sekolah di kawasan Putrajaya dan Lembah Kelang. Kebiasaannya mereka akan mula berlatih selepas tamat sesi persekolahan. Latihan akan di adakan setiap hari dari hari Isnin hingga Ahad dan mengambil masa sekurang-kurangnya 4 jam sehari.

Apakah jenis-jenis latihan yang di adakan?

Mereka di beri penerangan yang mendalam tentang disiplin dan cara permainan. Satu kumpulan di peruntukkan sebanyak 7 pemain dan 5 simpanan. Mereka akan membuat latihan untuk menyambut bola secara mendada dan juga menyambut bola dalam keadaan jarak jauh. Cara untuk memasukkan bola dalam jaring juga di titikberatkan dimana ianya menentukan kejuaraan. Persiapan mereka bukan sahaja dalam bidang latihan tetapi juga pemakanan yang baik untuk atlit.

Nisa dan Lydia sempat bergurau-senda semasa berlatih

Nisa dan Lydia sempat bergurau-senda semasa berlatih

Pemain GA, Nisa (baju oren) dan GD, Lydia (baju pink) sedang beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing

Pemain GA, Nisa (baju oren) dan GD, Lydia (baju pink) sedang beraksi menunjukkan kehebatan masing-masing

Apa inisiatif lain dari guru-guru pelatih dan ibu bapa?

Guru-guru pelatih mengajar pemain–pemain untuk menjaga keterampilan walaupun ketika bersukan dengan memakai baju seragam dengan warna yang sama satu kumpulan untuk memberikan semangat kepada mereka bergerak berkumpulan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain. Para ibu bapa juga banyak memberi kerjasama dengan membenarkan anak-anak mereka membuat latihan. Pemakanan yang seimbang dan yang memberi tenaga juga dititikberatkan melalui kerjasama guru-guru dan ibu bapa.

Bagaimana cara komunikasi?

Para guru, ibu-bapa dan anak-anak kini banyak menggunakan teknologi yang terkini dengan wujudnya pelbagai medium dan aplikasi yang boleh dimuat turun di internet. Sebarang masalah yang timbul atau maklumat baru dapat di sampaikan secara pantas dan berkesan. Semuanya hanya di hujung jari sahaja.

Harapan-harapan pemain-pemain dan guru:

Harapan kami agar mendapat sokongan dari ibu bapa dan sekolah untuk menang di peringkat Putrajaya. Kami juga berharap dapat menghantar seberapa ramai murid kita ke peringkat kebangsaan. Untuk peringkat kebangsaan pada tahun lepas 2013, kita menghantar 2 pelajar ke MSSM dan berjaya mendapat tempat ke-dua. Seramai 3 orang pelajar untuk bola jaring wakil dari Sekolah Kebangsaan Presint 11 (1) mendapat tempat ke-3, cukup mebanggakan!, jelas Cikgu Huda Hamit, guru latih Sekolah Kebangsaan Presint 11(1).
“Selalunya saya tengok di kaca televisyen sahaja untuk melihat para atlit negara beraksi untuk sukan yang tertentu, tetapi saya tertanya dalam diri, kenapa saya tidak boleh menjadi seperti mereka satu hari nanti? Atlit yang berjaya bertaraf dunia semuanya gigih berlatih tiap-tiap hari. Saya ingin menjadi kebanggaan untuk keluarga saya,” kata Ida Lydia yang jelas sekali seorang atlit yang mempunyai lompatan yang tinggi dan bertenaga. Adik Lydia bercita-cita untuk menjadi seorang saintis.

 “Apabila saya bersukan, keseluruhan badan saya lebih aktif berfungsi. Ianya meningkatkan daya pemikiran saya. Selain mengadap buku 24 jam tidak henti-henti, saya juga perlu membahagikan masa dengan aktiviti yang membuatkan saya seronok terutama bersama dengan rakan sekolah yang lain. Saya amat bersyukur kerana dapat guru-guru dan ibu bapa yang menyokong keinginan saya untuk aktif bersukan”, kata Nisa Zafira yang bermain sebagai GA untuk pasukannya.

 Sukan berkumpulan ini sangat mencabar dan memerlukan semangat berpasukan yang kuat. InsyaAllah, dengan bimbingan guru pelatih dan sokongan ibu bapa, anak-anak muda ini dapat berjaya dalam aktiviti kokurikulum dan juga akademik.