Tips Elakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Kebiasaannya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kekejangan iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon. Seseorang mungkin mengalami kecederaan pada wajah, kaki, lengan dan kepala kerana pergerakan yang tidak dapat dikawal semasa bersukan. Bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan ketika bersukan, di bawah ini terdapat beberapa tips untuk dipraktiskan bersama sebelum melakukan sebarang jenis aktiviti sukan:

Tips kurangkan kecederaan_1

1) Pakai pakaian sesuai

Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Pin pada tudung mungkin boleh tercucuk. Pakaian yang besar mungkin akan tersangkut pada dahan ranting atau tersungkur. Pemakaian selipar boleh melibatkan kaki terkehel dan sebagainya.

2) Patuhi peraturan

Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Jika anda tidak pasti, jangan mengambil risiko untuk cuba melakukan mengikut tanggapan dan kreativiti anda sendiri. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pon bertanya kepada orang yang lebih mengetahui tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

3) Panaskan badan sebelum bersukan

Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan

Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini. Jika anda terasa terbeban dengan penggunaan alatan sukan tersebut, jangan memaksa diri anda untuk terus melakukannya. Pastikan anda memakai alat pelindung yang sesuai ketika bersukan sebagai contoh topi keledar

5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam pemyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.

Apa yang perlu anda lakukan jika tercedera ketika bersukan?

Terdapat beberapa garis panduan yang boleh diikuti dan selamat dipraktikkan, walau
bagaimanapun, jangan mengambil mudah sesuatu perkara kerana ini boleh mendatangkan
bahaya. Jika terdapat sebarang keraguan dapatkan khidmat pakar perubatan yang profesional!

Prinsip asas ialah RICE.

R Untuk ‘Rest‘ bermaksud rehat. Rehat dari bersukan dan rehatkan
bahagian yang tercedera, kekal berada di tempat yang terlibat dalam
kedudukan yang selesa dan tidak mengerakkan bahagian tersebut bagi
mengelak rasa sakit dan kecederaan yang lebih teruk.
I Untuk ‘Ice‘. bermaksud ais. Anda perlu letakkan ais di bahagian yang tercedera.
Ais akan menyebabkan pengecutan salur darah, ini boleh mengehadkan pendarahan
dan proses bengkak. Ais juga boleh mengurangkan rasa sakit.
C Untuk ‘Compression‘. bermaksud memberikan tekanan. Balut bahagian yang
tercedera dengan pembalut atau bandage, bagi mengelakkan bengkak. Semakin
kurangnya bengkak semakin kurangnya rasa sakit dan ini mempercepatkan proses
penyembuhan. Jangan balut terlalu ketat.
E Untuk ‘Elevation‘ bermaksud ampu sedikit tinggi. Ampu bahagian yang
tercedera tinggi sedikit dari paras jantung, ini mampu mengurangkan
bengkak/edema. Anda dinasihatkan untuk membuat ampuan sekerap mungkin.

 

Rujukan dari : http://www.pusatsukan.unisza.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=177&Itemid=128

 

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply