Apple Watch : Adakah ianya hebat seperti yang diperkatakan?

 

Kecergasan bukan sahaja tentang berjalan, berbasikal atau bekerja keras di gym. Ia juga tentang menjadi aktif sepanjang hari. Apple Watch telah melancarkan gajet untuk menjejaki pergerakan pemakai. Ia juga mengesan apabila pemakai itu berdiri, dan menggalakkannya untuk selalu bergerak.

Aplikasi Aktiviti menyediakan gambar visual bagi memudahkan aktiviti harian pemakai. Gelung Move menunjukkan berapa banyak kalori yang aktif telah dibakar. Gelung Exercise menunjukkan berapa banyak minit aktiviti cergas telah diselesaikan. Dan gelung Stand menunjukkan berapa kerap si pemakai telah berdiri dari duduk. Matlamatnya adalah melengkapkan setiap gelung setiap hari.

Apple Watch

Fungsi-fungsi unik yang terdapat pada Apple Watch:

  • Kadar Jantung Sensor: Sensor kadar jantung dibina dalam Apple Watch bagi mengesan kadar denyutan jantung semasa latihan, yang membantu menentukan tahap intensiti pemakai, dan meningkatkan ketepatan mengukur kalori yang terbakar.
  • Pecutan: Apple Watch juga mengukur jumlah pergerakan badan pemakai setiap hari. Ia mengukur semua jenis pergerakan fizikal, daripada pergerakan yang paling mudah hingga pergerakan yang berat dan banyak.
  • Menjadualkan: Pemakai juga boleh menjadualkan masa-masa dan matlamat tertentu untuk setiap minggu seperti kalendar. Dengan cara ini, aktiviti si pemakai akan menjadi lebih teratur dan sentiasa diperingatkan oleh Apple Watch.
  • Meraikan: Apabila pemakai mencapai sasarannya dalam sesuatu aktiviti, Apple Watch akan meraikan dengan memberi lencana khas bagi setiap pencapaian, yang kemudian disimpan di aplikasi aktiviti pada iPhone pemakai. Ini menggalakkan si pemakai untuk mencapai matlamat seterusnya.
  • Ketahanan bateri: Bateri Apple Watch boleh brtahan selama 18 jam penggunaan dan boleh dicas tanpa wayar.

Harga Jualan

Harga jualan bergantung kepada model jam tangan dan tali jam tangan. Harga bermula pada USD299 untuk 38mm Apple Watch Sports dan USD339 untuk model yang lebih besar, 42mm.

Kekurangan Apple Watch

  • Wi-Fi dan GPS: Apple Watch perlu menggunakan Wi-Fi dan GPS dari iPhone si pemakai untuk mengukur dengan lebih tepat jarak dan kelajuan semasa latihan yang anda lakukan di luar – seperti berjalan, berlari dan berbasikal.
  • Tidak kalis air: Ia merupakan gajet yang hanya boleh terkena percikan air seperti peluh. Malangnya ia tidak sesuai digunakan untuk aktiviti dalam air seperti berenang.

Warna yang Terdapat di Pasaran

Colors of Apple Watch

Warna – Warna Apple Watch Sports

Putih | Hitam | Hijau | Biru | Oren

Berat Apple Watch Sports (Aluminium)

  • 38mm : 25g
  • 42mm : 30g

Berdasarkan fakta-fakta Apple Watch ini, ternyata tiada gajet yang sempurna. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Di dalam blog akan datang akan saya kupas tajuk perbezaan antara Apple Watch dan Garmin Watch yang menjadi trend di masa kini bagi orang-orang yang bersukan.

Kalau berminat, tunggulah tarikh pelancaran pada 24 April 2015

Leave a Reply