Cara Pemulihan Badan Selepas Maraton

Beriadah amatlah digalakkan dalam Islam, namun begitu ia tidak menekankan aktiviti di luar kemampuan kita sehingga menyebabkan kemudaratan. Sebelum melakukan apa-apa aktiviti hendaklah ‘Menyediakan payung sebelum hujan’ dalam mengharungi cabaran mendatang. Dari perspektif Islam telah Allah SWT peringatkan di dalam ayat Al-Anfal:60 yang bermaksud,

“Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan.”

Ayat ini bukan sahaja boleh digunapakai sebelum memulakan sesuatu aktiviti tetapi juga persediaan selepas aktiviti bagi mengelakkan segala kemungkinan yang memudaratkan.

Maraton merupakan salah satu sukan yang amat memerlukan daya ketahanan yang kuat. Jadi, di sini akan ditekankan tiga cara bagi memulihkan masalah badan yang dihadapi selepas maraton.

3 Cara Pemulihan Sejurus Selepas Maraton 

Lakukan 3 cara ini dalam masa 24jam selepas maraton.

  • Berendam dalam air sejuk selama 10-15 minit sekitar suhu 12 hingga 18 darjah Celsius. Ini bagi meredakan ketegangan otot yang telah bekerja keras.
  • ice tub
  • Pengambilan makanan yang lebih kepada karbohidrat amat disarankan bagi menggantikan tenaga yang telah banyak digunakan. Vitamin tambahan tidak diperlukan kerana ketika ini seseorang itu hanya perlu makan makanan yang seimbang dengan kuantiti yang berbeza mengikut umur, saiz dan aktiviti yang dilakukan. Bagi mempercepatkan pemulihan tisu otot, makanlah makanan yang berprotein seperti ikan dan ayam.
  • Rehatkan badan dan otak dengan tidur dalam keadaan posisi yang terlentang dan tegak agar tidak terseliuh otot-otot yang masih sengal dan sakit.
    lying straight

Pada asasnya, bagi mendapat pemulihan yang pantas dan cepat selepas maraton, dinasihatkan agar menjaga pemakanan yang seimbang dan pastikan badan mendapat air yang mencukupi sebulan sebelum maraton. Bak kata pepatah “lebih baik menjauhi daripada mengubati”.

Leave a Reply