Cara Pemulihan Badan Selepas Maraton

Beriadah amatlah digalakkan dalam Islam, namun begitu ia tidak menekankan aktiviti di luar kemampuan kita sehingga menyebabkan kemudaratan. Sebelum melakukan apa-apa aktiviti hendaklah ‘Menyediakan payung sebelum hujan’ dalam mengharungi cabaran mendatang. Dari perspektif Islam telah Allah SWT peringatkan di dalam ayat Al-Anfal:60 yang bermaksud,

“Perlengkapkanlah diri kamu untuk mereka sekadar yang terdaya dari kekuatan.”

Ayat ini bukan sahaja boleh digunapakai sebelum memulakan sesuatu aktiviti tetapi juga persediaan selepas aktiviti bagi mengelakkan segala kemungkinan yang memudaratkan.

Maraton merupakan salah satu sukan yang amat memerlukan daya ketahanan yang kuat. Jadi, di sini akan ditekankan tiga cara bagi memulihkan masalah badan yang dihadapi selepas maraton.

3 Cara Pemulihan Sejurus Selepas Maraton 

Lakukan 3 cara ini dalam masa 24jam selepas maraton.

  • Berendam dalam air sejuk selama 10-15 minit sekitar suhu 12 hingga 18 darjah Celsius. Ini bagi meredakan ketegangan otot yang telah bekerja keras.
  • ice tub
  • Pengambilan makanan yang lebih kepada karbohidrat amat disarankan bagi menggantikan tenaga yang telah banyak digunakan. Vitamin tambahan tidak diperlukan kerana ketika ini seseorang itu hanya perlu makan makanan yang seimbang dengan kuantiti yang berbeza mengikut umur, saiz dan aktiviti yang dilakukan. Bagi mempercepatkan pemulihan tisu otot, makanlah makanan yang berprotein seperti ikan dan ayam.
  • Rehatkan badan dan otak dengan tidur dalam keadaan posisi yang terlentang dan tegak agar tidak terseliuh otot-otot yang masih sengal dan sakit.
    lying straight

Pada asasnya, bagi mendapat pemulihan yang pantas dan cepat selepas maraton, dinasihatkan agar menjaga pemakanan yang seimbang dan pastikan badan mendapat air yang mencukupi sebulan sebelum maraton. Bak kata pepatah “lebih baik menjauhi daripada mengubati”.

Mengapa HARI IBU sangat bermakna buat kami?

Mungkin anda tidak sedar, setiap hari Ahad minggu kedua bulan May, adalah hari yang sangat istimewa untuk menyambut wanita yang bergelar IBU. Kebanyakan pelanggan-pelanggan kami juga terdiri daripada golongan wanita yang mungkin bakal menjadi seorang ibu dan sememangnya telah bergelar seorang ibu pada anak-anak. Pengorbanan ibu terlalu besar dan Allah telah meletakkan syurga dibawah tapak kaki seorang ibu seperti yang telah di katakan di dalam alquran surah Al- Baqarah ayat 83, “Janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu”.

E-Card MothersDay

Hari Ibu ini juga bermakna kepada Nashata kerana pada Hari Ibu tahun 2013 lah kami membuat promosi SULUNG kami. Masa berlalu begitu pantas, dari hanya dua (2) produk semasa hari ibu tahun lepas ke sebelas (11) produk setelah genap setahun menyambut Hari Ibu pada tahun ini.

Memberi doa kepada ibu kita sangatlah berharga dan semestinya akan membuat ibu gembira.
Jika ingin memberi senyuman kepadanya, hadiahkan orang yang anda sayang itu dengan pakaian sukan nashata dan kami ada membuat promosi istimewa untuk anda semua sah sehingga 12 May (Isnin) minggu hadapan. Layari Online store kami untuk membuat tempahan sebelum terlambat di nashata.com

ultra set

Ultra Set

Bra & Arm Sleeves

Bra & Arm Sleeves

Selain itu juga, sambutlah hujung minggu ini bersama-sama ibu dan keluarga untuk merasai kehangatan kasih sayang seorang ibu dan ajak lah mereka untuk mulakan kehidupan yang aktif dan sihat. Sayangi mereka sebagaimana mereka menyangi kita sejak dari kecil sehingga sekarang. Antara aktiviti-aktiviti yang mungkin anda boleh buat adalah berlari, berbasikal, bersenam aerobik, meluncur kasut roda dan sebagainya. Mereka-mereka di bawah ini semuanya terdiri daripada golongan Ibu. Tiada sebarang halangan pada mereka untuk bersukan dan lebih aktif!

aktiviti sukan_1

Mari kita sama-sama mendoakan kebahagiaan para Ibu yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga mereka ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman dan mulia di sisi Allah. SAYA SAYANG IBU SAYA! Hargai mereka sebelum terlambat.

Senaman Secara Berkumpulan Sesuai untuk Wanita

Shawal akan berakhir dan begitu juga dengan rumah-rumah terbuka yang kita kerap kunjungi sepanjang bulan Syawal. Itu menjadikan Zulkaedah bulan yang baik untuk memulakan senaman kita. Ramai di antara kita yang kurang bersenam sepanjang Ramadhan, dan kembali ke bersenam di Shawal, tetapi ada yang menunggu Shawal berakhir.

Jika anda mendapati kesukaran untuk mencari rentak bersenam, anda boleh mencuba sesuatu yang baru iaitu Senaman Secara Berkumpulan! Senaman secara berkumpulan memberikan kita peluang untuk menjaga kesihatan dan ianya juga suatu platform untuk membina and mengukuhkan persahabatan. Seperti membeli-belah, bersenam secara kumpulan berfungsi dengan baik untuk wanita kerana kita suka luangkan masa bersama rakan-rakan !

 

nashata, bersukan secara berkumpulan

 

Jika anda ingin memastikan anda aktif kembali tetapi tidak mempunyai satu kumpulan, di sini adalah beberapa tips untuk mendapatkan rentak anda semula :

Faedah bersenam secara berkumpulan

Bersenam secara kumpulan boleh membantu anda menjadi disiplin untuk menjalankan latihan lebih kerap. Anda boleh mengingatkan masa bersenam di antara satu sama. Bukan itu sahaja, anda boleh belajar daripada rakan-rakan dan ini dapat meningkatkan prestasi senaman anda. Tambahan pula, masa berlalu dengan cepat apabila anda berseronok dengan rakan-rakan.

Jenis senaman berkumpulan

Banyak jenis senaman yang sesuai untuk kumpulan; berjalan, berbasikal , senamrobik , menari , berenang, badminton dan banyak lagi. Anda hanya perlu pilih satu yang sesuai buat anda dan rakan-rakan anda.

Siapa yang sesuai untuk bersenam dengan anda

Jika anda tidak mempunyai satu kumpulan, anda boleh mulakan dengan mendapatkan beberapa kawan untuk bersenam dengan anda. Anda boleh mulakan dengan satu kawan yang mempunya minat yang sama dan anda boleh mengembangkan rakan kumpulan anda selepas itu. Kumpulan anda tidak perlulah besar; 3 – 5 orang pun sudah memadai. Jika anda bekerja, anda boleh mengajak rakan-rakan di tempat kerja, atau kawan-kawan di pusat senaman yang anda kerap pergi. Jangan bimbang jika anda fikir anda tidak setanding dengan rakan-rakan anda kerana anda akan terkejut berapa cepat anda boleh memperbaiki diri anda.

Tempat senaman secara berkumpulan

Anda boleh bersenam di tempat yang berdekatan dengan tempat kerja, pusat senaman atau kecergasan ataupun tempat riadah yang berdekatan dengan rumah. Pastikan lokasi itu sesuai untuk ahli-ahli kumpulan anda. Anda boleh menukar lokasi jika perlu lain kali.

Masa Senaman

Jika tempat kerja anda mempunyai kemudahan yang baik seperti bilik mandi and tempat bertukar pakaian, bersenam sebelum memulakan kerja adalah terbaik. Senaman sebelum kerja menyegarkan badan dan memastikan anda berjaga-jaga sepanjang hari. Jika tidak, anda dan rakan-rakan, anda boleh bersenam selepas kerja. Dengan ini anda dan rakan anda dapat fokus untuk menghabiskan kerja dan meninggalkan tempat kerja pada masa yang tertentu atau secepat mungkin.

Ke Arah Gaya Hidup yang Aktif!

Selamat Bersenam Secara Berkumpulan!