Senaman Secara Berkumpulan Sesuai untuk Wanita

Shawal akan berakhir dan begitu juga dengan rumah-rumah terbuka yang kita kerap kunjungi sepanjang bulan Syawal. Itu menjadikan Zulkaedah bulan yang baik untuk memulakan senaman kita. Ramai di antara kita yang kurang bersenam sepanjang Ramadhan, dan kembali ke bersenam di Shawal, tetapi ada yang menunggu Shawal berakhir.

Jika anda mendapati kesukaran untuk mencari rentak bersenam, anda boleh mencuba sesuatu yang baru iaitu Senaman Secara Berkumpulan! Senaman secara berkumpulan memberikan kita peluang untuk menjaga kesihatan dan ianya juga suatu platform untuk membina and mengukuhkan persahabatan. Seperti membeli-belah, bersenam secara kumpulan berfungsi dengan baik untuk wanita kerana kita suka luangkan masa bersama rakan-rakan !

 

nashata, bersukan secara berkumpulan

 

Jika anda ingin memastikan anda aktif kembali tetapi tidak mempunyai satu kumpulan, di sini adalah beberapa tips untuk mendapatkan rentak anda semula :

Faedah bersenam secara berkumpulan

Bersenam secara kumpulan boleh membantu anda menjadi disiplin untuk menjalankan latihan lebih kerap. Anda boleh mengingatkan masa bersenam di antara satu sama. Bukan itu sahaja, anda boleh belajar daripada rakan-rakan dan ini dapat meningkatkan prestasi senaman anda. Tambahan pula, masa berlalu dengan cepat apabila anda berseronok dengan rakan-rakan.

Jenis senaman berkumpulan

Banyak jenis senaman yang sesuai untuk kumpulan; berjalan, berbasikal , senamrobik , menari , berenang, badminton dan banyak lagi. Anda hanya perlu pilih satu yang sesuai buat anda dan rakan-rakan anda.

Siapa yang sesuai untuk bersenam dengan anda

Jika anda tidak mempunyai satu kumpulan, anda boleh mulakan dengan mendapatkan beberapa kawan untuk bersenam dengan anda. Anda boleh mulakan dengan satu kawan yang mempunya minat yang sama dan anda boleh mengembangkan rakan kumpulan anda selepas itu. Kumpulan anda tidak perlulah besar; 3 – 5 orang pun sudah memadai. Jika anda bekerja, anda boleh mengajak rakan-rakan di tempat kerja, atau kawan-kawan di pusat senaman yang anda kerap pergi. Jangan bimbang jika anda fikir anda tidak setanding dengan rakan-rakan anda kerana anda akan terkejut berapa cepat anda boleh memperbaiki diri anda.

Tempat senaman secara berkumpulan

Anda boleh bersenam di tempat yang berdekatan dengan tempat kerja, pusat senaman atau kecergasan ataupun tempat riadah yang berdekatan dengan rumah. Pastikan lokasi itu sesuai untuk ahli-ahli kumpulan anda. Anda boleh menukar lokasi jika perlu lain kali.

Masa Senaman

Jika tempat kerja anda mempunyai kemudahan yang baik seperti bilik mandi and tempat bertukar pakaian, bersenam sebelum memulakan kerja adalah terbaik. Senaman sebelum kerja menyegarkan badan dan memastikan anda berjaga-jaga sepanjang hari. Jika tidak, anda dan rakan-rakan, anda boleh bersenam selepas kerja. Dengan ini anda dan rakan anda dapat fokus untuk menghabiskan kerja dan meninggalkan tempat kerja pada masa yang tertentu atau secepat mungkin.

Ke Arah Gaya Hidup yang Aktif!

Selamat Bersenam Secara Berkumpulan!