Kelebihan Larian Malam dan Tips untuk Larian Malam yang Selamat.

Ramai di kalangan pelari di Malaysia berlari pada waktu malam. Ianya sesuai untuk larian marathon atau separuh marathon kerana cuaca di Malaysia lebih sejuk pada waktu malam. Terdapat night marathon yang kerapkali dijalankan di Malaysia, seperti BSN Putrajaya Night Marathon yang berlangsung pada bulan Oktober.

Kami ada sedikit sebanyak tips untuk mereka yang ingin memulakan larian malam.
Tips for night run

Semasa larian malam:

1. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai.
Pakaian sukan yang mempunyai fabrik yang memantulkan cahaya untuk bahagian yang tertentu dapat menolong anda supaya dapat dilihat oleh pemandu kenderaan.

Pakailah lampu kepala jika anda tau jalan larian tidak diterangi dengan baik. Anda tidak mahu berlari dan termasuk lopak. Ianya juga berfungsi untuk dikesani pada waktu malam.

Cuaca dan suhu pada waktu malam selalunya lebih sejuk. Oleh itu, pakailah baju sukan yang berlengan panjang jika ramalan cuaea merangkakan cuaca yang lebih sejuk.

Jika anda tidak pasti jika ada banyak serangga seperti nyamuk di kawasan larian anda, baiklah memakai seluar panjang supaya anda selesa berlari dan tidak diganggu serangga waktu malam.

2. Ambillah laluan yang terang

Elakkan berlari di laluan yang gelap dan semak. Anda tidak mahu terpijak atau terlanggar barang-barang di atas larian yang gelap.

3. Bawalah telefon bimbit yang kecil

Ianya untuk keselamatan anda terutama apabila berlari berseorangan atau di tempat yang baru

4. Bawalah mana-mana pengenalan anda

Tidak perlu anda membawa kad pengenalan atau IC, tetapi mana-mana kad yang mempunyai pengenalan supaya anda boleh dikenalpasti sekiranya berlaku kemalangan.

5.Jangan berlari sendirian

Sebaik-baiknya, janganlah berlari sendirian waktu malam. Ajaklah rakan-rakan atau ahlii keluarga untuk turut serta.

6. Elakkan lopak-lopak

Anda perlu lebih berhati-hati mengelakkan lopak dan lubang sepanjang larian. Ianya boleh mengakibatkan kecederaan.

 

Safety first dan jagalah keselamatan anda!

Leave a Reply