Lidah Buaya Untuk Kulit Terbakar

Bagi mereka yang suka berlari, berbasikal dan beridah di aktiviti luar, risiko mengalami kulit terbakar adalah tinggi. Walaupun sudah memakai sunblock, ianya tidak menjaminkan perlindungan 100%.

Ini ada petua yang mudah dan murah. Tanam dan gunalah lidah buaya atau lebih dikenali sebagai aloe vera, dan gunakanlah ia serta merta atau selepas aktiviti luar di tengah panas. Lidah buaya memang secara saintifik dapat merawat kulit terbakar dan melembapkan kulit.
Senang sahaja caranya:

1. Potong sebahagian daun lidah buaya

aloe1

2. Basuh lidah buaya itu dengan air

aloe2

aloe3

3. Belahkan daun lidah buaya itu

aloe4

4. Sapukan bahagian yang bergel di bahagian muka atau bahagian kulit yang terbakar seperti tangan dan tengkuk.

aloe5

5. Selepas beberapa minit, basuhkan gel itu dengan air. Lap kering.

Alor vera yang lebihnya boleh disimpan di peti ais dan digunakan tidak lebih daripada seminggu. Sapukan gel ini dua kali sehari.

Jika khuatir ada alahan kulit, cuba dulu di tangan sebelum anda sapukan di bahagian lain.

Leave a Reply