Terlalu SIBUK dan TIADA MASA LANGSUNG untuk bersenam? TEKANAN dengan kerja yang banyak di pejabat?

 

Mari kita lakukan senaman mudah di pejabat bersama rakan-rakan yang lain. Semestinya anda boleh lakukannya dengan hanya beberapa minit sahaja! Di sini ada beberapa tips untuk dikongsi bersama.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

  Letakkan tangan kanan anda di atas bahu di sebelah kiri. Pastikan tangan tersebut menghala ke belakang. Gunakan tangan kiri anda untuk menolak siku tangan kanan tadi ke arah belakang. Lakukan lebih kurang seminit. Ulangi langkah yang sama pada tangan kiri anda.

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Angkat tangan kanan ke atas dan bengkokkan ia ke bawah. Pastikan pergelangan tangan kanan berada di belakang kepala anda dan tolak siku tangan kanan tersebut menggunakan tangan sebelah kiri anda. Lakukan langkah yang sama pada tangan yang sebaliknya lebih kurang dalam masa seminit.

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tundukkan kepala ke arah kebawah tetapi pastikan badan anda tidak membongkok ke bawah juga. Hanya menggunakan pergerakan di bahagian kepala dan leher. Ulangi langkah ini dengan kepala mendongak ke atas dengan perlahan. Tahan selama beberapa minit untuk mendapatkan regangan di bahagian leher anda.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAOLYMPUS DIGITAL CAMERA

Turunkan badan anda secara perlahan ke kiri. Biarkan kedua belah tangan anda mencengkak pinggang untuk mendapatkan kestabilan badan semasa berdiri. Jangan terlalu memaksa sehingga bahagian pinggang terasa sakit. Turunkan badan mengikut keselesaan anda. Ulangi langkah yang sama kearah sebelah kanan anda.

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

 

Angkat kedua-dua belah tangan anda ke atas. Sambungkan

Jari jemari kanan dan kiri bersama. Dan gunakan sedikit

kekuatan anda untuk menolak kedua belah tangan ke atas.

Pastikan tangan anda lurus dan tapak tangan menghadap ke

bahagian atas. Lakukan selama seminit.

 

 

 

6

Berdiri tegak di belakang kerusi pejabat. Jengketkan kedua

belah kaki anda dan berdiri mengguna tumit hadapan kaki.

Pegang kerusi pejabat untuk mendapatkan keseimbangan

bagi mengelakkan dari terjatuh.

 

 

 

 

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERAAngkat kedua-dua belah tangan anda ke atas.

Sambungkan jari jemari kanan dan kiri bersama.

Dan gunakan sedikit kekuatan anda untuk

menolak kedua belah tangan ke atas. Pastikan tangan

anda lurus dan tapak tangan menghadap ke bahagian

atas. Lakukan selama seminit.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *