Kelebihan Pakaian Sukan Mampatan

Ramai di kalangan atlit yang giat di dalam aktiviti sukan memakai seluar dan baju yang menggunakan teori mampatan atau lebih dikenali sebagai ‘compression wear‘. Baju dan seluar mampatan kerapkalinya mempunyai reka bentuknya yang ketat dan melekat ke kulit untuk sebahagian atau seluruh badan, manakala kainnya diperbuat daripada kain spandex yang istimewa.

Pakaian Sukan Mampatan

Terdapat banyak kelebihan memakai pakaian sukan mampatan ini. Diantaranya adalah seperti berikut:

 

1. Membantu Pengedaran Darah

Sebenarnya pakai mampatan bukanlah baru dan ianya digunakan untuk kegunaan yang lain. Sebagai contohnya stokin mampatan digunakan untuk kegunaan medikal. Orang-orang tua yang mempunyai masalah mengedaran darah mengunakan stokin mampatan untuk membantu mengedaran darah dan ianya secara tidak langsung dapat menolong pergerakan kaki. Untuk pakaian sukan, seluar dan stokin mampatan sukan dapat membantu pengedaran darah untuk bahagian kaki ketika berlari dan bersenam. Pengedaran darah yang baik bukan sahaja dapat membantu pergerakkan tetapi juga meransangkan kesihatan dan organ tubuh badan.

2. Mempercepatkan Tempoh Pemulihan dan Mengurangkan Kepenatan Otot

Dalam aktiviti sukan pula, seluar mampatan dapat menggalakan pembuangan asid ‘lactate’ dalam darah, dan ianya secara tidak langsung mempercepatkan tempoh pemulihan semasa dan selepas bersukan terutama untuk aktiviti sukan yang lama seperti berlumba basikal, larian marathon, hoki dan bola keranjang. Kepenatan otot ketika bersenam dapat dikurangkan semasa bersukan dan sakit-sakit otot selepas bersukan boleh dikurangkan dengan penggunaan pakaian mampatan yang betul. Ianya penting untuk para atlit yang perlu sihat sentiasa dan bebas dari kecederaan otot. Mereka yang baru bergiat aktif dan khuatir sakit-sakit otot selepas aktiviti sukan juga akan memanfaat daripada teknik mampatan.

3. Selesa Ketika Bersukan

Jenis kain mampatan selalunya ketat dan rekabentuknya yang kemas dapat menyokong otot-otot ketika bersenam. Oleh kerana itu, baju dan seluar mampatan dapat memberi keselesaan kepada otot dan kulit sepanjang senaman. Keselesaan amatlah penting ketika  bersukan untuk focus dalam meningkatkan prestasi bersukan.

4. Meningkatkan Prestasi Sukan

Ramai di kalangan atlit yang memakai pakaian sukan mampatan dapat meningkatkan prestasi sukan selepas penggunaan jangka pendek dan panjang. Walaupun sedikit, ianya masih membantu meningkatan keyakinan dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk terus bersukan. Beberapa penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji penggunaan pakaian sukan mampatan dan mendapati ianya meningkatan prestasi pemakai kerana faktor-faktor pengedaran darah dan pemulihan yang cepat.

 

Kelebihan tersebut boleh dikecapi sekiranya pemakaian dibuat dengan betul. Contohnya, memakai pakaian mampatan ditutupi dengan lapisan pakaian yang lain akan meningkatkan suhu badan. Oleh itu, pastikan anda memakai pakaian sukan mampatan dengan cara pemakaian yang betul dan pastikan anda tahu bahagian mana yang perlu teknik mampatan ketika bersukan.

 

Leave a Reply