Apa kata Nana tentang PINK ARMSLEEVE kami!

nana

Farhana Nabilah Binti Zakaria atau lebih di kenali sebagai Nana. Beliau kini berada pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi & Pengajian Media (kepujian) (kewartawanan) di UiTM Shah Alam dan juga part-time model. Beliau juga aktif dalam bidang sukan dan memegang jawatan committee tertinggi dalam Tae-kwan-do dan juga Bola Tampar.

Nana memakai sarung tangan mampatan Nashata

armsleeve

 

 

Nana telah mencuba salah satu produk dari kami iaitu Sarung Tangan Mampatan yang berwarna pink dan sangat teruja memakainya,

“Nana rasa lebih selesa dan bersemangat untuk buat aktiviti-aktiviti yang melibatkan fizikal contohnya berjogging, bermain bola jaring dan berkayak. Sangat sesuai Armsleeves comel ni di pakai oleh gadis-gadis Muslimah yang sentiasa aktif”

 

 

 

Anda teringin untuk memakainya juga, dapatkannya di NASHATA.COM atau WhatsApp sahaja untuk menempah 012-311 2489. Kami masih lagi membuat promosi untuk jualan akhir tahun dengan harga HANYA RM 44.50/sepasang. Penghantaran adalah percuma. Promosi akan berakhir 5 Januari 2014. BELILAH SEKARANG!

 

Kelebihan Pakaian Sukan Mampatan

Ramai di kalangan atlit yang giat di dalam aktiviti sukan memakai seluar dan baju yang menggunakan teori mampatan atau lebih dikenali sebagai ‘compression wear‘. Baju dan seluar mampatan kerapkalinya mempunyai reka bentuknya yang ketat dan melekat ke kulit untuk sebahagian atau seluruh badan, manakala kainnya diperbuat daripada kain spandex yang istimewa.

Pakaian Sukan Mampatan

Terdapat banyak kelebihan memakai pakaian sukan mampatan ini. Diantaranya adalah seperti berikut:

 

1. Membantu Pengedaran Darah

Sebenarnya pakai mampatan bukanlah baru dan ianya digunakan untuk kegunaan yang lain. Sebagai contohnya stokin mampatan digunakan untuk kegunaan medikal. Orang-orang tua yang mempunyai masalah mengedaran darah mengunakan stokin mampatan untuk membantu mengedaran darah dan ianya secara tidak langsung dapat menolong pergerakan kaki. Untuk pakaian sukan, seluar dan stokin mampatan sukan dapat membantu pengedaran darah untuk bahagian kaki ketika berlari dan bersenam. Pengedaran darah yang baik bukan sahaja dapat membantu pergerakkan tetapi juga meransangkan kesihatan dan organ tubuh badan.

2. Mempercepatkan Tempoh Pemulihan dan Mengurangkan Kepenatan Otot

Dalam aktiviti sukan pula, seluar mampatan dapat menggalakan pembuangan asid ‘lactate’ dalam darah, dan ianya secara tidak langsung mempercepatkan tempoh pemulihan semasa dan selepas bersukan terutama untuk aktiviti sukan yang lama seperti berlumba basikal, larian marathon, hoki dan bola keranjang. Kepenatan otot ketika bersenam dapat dikurangkan semasa bersukan dan sakit-sakit otot selepas bersukan boleh dikurangkan dengan penggunaan pakaian mampatan yang betul. Ianya penting untuk para atlit yang perlu sihat sentiasa dan bebas dari kecederaan otot. Mereka yang baru bergiat aktif dan khuatir sakit-sakit otot selepas aktiviti sukan juga akan memanfaat daripada teknik mampatan.

3. Selesa Ketika Bersukan

Jenis kain mampatan selalunya ketat dan rekabentuknya yang kemas dapat menyokong otot-otot ketika bersenam. Oleh kerana itu, baju dan seluar mampatan dapat memberi keselesaan kepada otot dan kulit sepanjang senaman. Keselesaan amatlah penting ketika  bersukan untuk focus dalam meningkatkan prestasi bersukan.

4. Meningkatkan Prestasi Sukan

Ramai di kalangan atlit yang memakai pakaian sukan mampatan dapat meningkatkan prestasi sukan selepas penggunaan jangka pendek dan panjang. Walaupun sedikit, ianya masih membantu meningkatan keyakinan dan secara tidak langsung memberi motivasi untuk terus bersukan. Beberapa penyelidikan telah dilakukan untuk mengkaji penggunaan pakaian sukan mampatan dan mendapati ianya meningkatan prestasi pemakai kerana faktor-faktor pengedaran darah dan pemulihan yang cepat.

 

Kelebihan tersebut boleh dikecapi sekiranya pemakaian dibuat dengan betul. Contohnya, memakai pakaian mampatan ditutupi dengan lapisan pakaian yang lain akan meningkatkan suhu badan. Oleh itu, pastikan anda memakai pakaian sukan mampatan dengan cara pemakaian yang betul dan pastikan anda tahu bahagian mana yang perlu teknik mampatan ketika bersukan.

 

Sarung Tangan Mampatan NASHATA yang penuh bergaya!

Keistimewaan Sarung Tangan Mampatan Nashata

Fungsi utama sarung tangan mampatan ini dapat memberi tekanan pada keseluruhan tangan sepanjang pergelangan tangan sehingga ke lengan dan reka bentuknya yang panjang dapat menutup keseluruhan aurat di tangan bagi perempuan muslimah.

Jenis kain yang di gunakan

Sarung tangan mampatan ini diperbuat daripada kain getah lembut (spandex) yang dapat memberi keregangan yang sempurna mengikut saiz lengan setiap pemakai. Kain ini juga dapat memberi keselesaan kepada si pemakai kerana dia diperbuat daripada kain yang sejuk bagi mengelakkan rasa panas dan tidak selesa.

Corak di Sarung Tangan

Terdapat corak bunga kembar Nashata (triple flowers) dengan warna yang berlainan bagi ianya kelihatan lebih menarik dan penuh bergaya. Bahagian di sebaliknya juga terdapat satu bunga Nashata kecil dan comel bagi menarik minat si pamakai. Corak tersebut jugak boleh digunakan untuk kelihatan di atas atau kelihatan di bawah mengikut kesukaan si pemakai sendiri.

Kegunaan Sarung Tangan Mampatan Nashata

Sarung tangan ini bukan sahaja boleh digunakan untuk aktiviti sukan sahaja malah boleh digunakan juga di majlis-majlis dan aktiviti-aktiviti luar yang lain dengan memakai bersama T-Shirt lengan pendek, baju kurung, jubah atau sebarang keadaan mengikut kesesuaian anda sendiri. Tidak di galakkan memakai lebih daripada 8 jam.

Cara penjagaan Sarung Tangan Mampatan Nashata

Cuci hanya menggunakan tangan dan tidak boleh cuci dengan menggunakan mesin basuh bagi mengelakkan kainnya rosak dan berbulu-bulu. Tidak perlu menggunakan saterika kerana kainnya yang licin dan lembut tidak membuatkan ia konyok. Elakkan dari menggantung atau menyidai sarung tangan ini pada sesuatu benda yang tajam supaya tidak tercarik atau terkoyak.

Jenis Warna yang Dijual

Warna hitam – sesuai untuk dipakai bersama pelbagai jenis baju dan kegunaan

Warna Pink – sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih feminin

Saiz Sebenar Sarung Tangan Mampatan NashataBlackPinkTESTIMONI

AEDA FATEEMA ialah seorang pelari sukan yang aktif. Beliau telah mencuba sarung tangan mampatan Nashata ini ketika melakukan latihannya dan mendapati sarung tangan ini memberi kesan penyejukan yang baik dan sekaligus memberi beliau keyakinan yang tinggi untuk dia menamatkan lariannya sepanjang 15.5km!

“The new and creative design with skirt-pants compression wear that are overlong waited by most female runners are awesome. It is comfortable and I love the skirt’s longer length. It shows inner feminine side of me…girl power!!! While for the arm sleeves. love it even more!! I’ve tested the pink version as well. Can’t wait! Will surely buy both armsleeves and the skirt pants.” – Aeda sendiri berkata di dalam ‘facebook’ nashata.

Aeda

 

INTAN SURAYA adalah pelari marathon yang aktif dan beliau mengguna sarung tangan mampatan Nashata semasa larian malam di Putrajaya. Beliau sangat sukakan sarung tangan tersebut dan mendapati ianya tidak panas berbanding sarung tangan yang beliau sering guna sebelum ini.

intan suraya arm sleeves

Maka apa yang di tunggu lagi? Harga pasaran Sarung Tangan Mampatan Nashata ini RM 89.
WhatsApp 012-311 2489 dan kunjungi online store kami di http://shop.nashata.com/.