Produk kami terbahagi kepada 2 kategori utama iaitu ULTRA dan RIADA. Untuk produk ULTRA, ianya terbahagi kepada 5 jenis pakaian sukan yang sesuai dipakai untuk pertandingan dan aktiviti larian yang berjarak 20km, separuh larian marathon. Produk RIADA ianya sesuai dipakai untuk riadah dan larian sehingga ke 10km sahaja. Perbezaan yang ketara adalah dari segi fabrik dan juga reka bentuknya.
1) Baju lengan panjang A-Cut (RM 99)
Ia di beri nama A-Cut kerana bentuknya yang menyerupai huruf “A” di reka khas untuk kelihatan ramping atau tidak ketat di bahagian perut. Hanya terdapat 2 warna iaitu hitam dan kelabu.
*Nota : Untuk baju A-Cut Kelabu saiz yang paling besar hanya sehingga XL sahaja.
Lehernya membentuk huruf ‘V’
Kainnya diperbuat dari spandex yang boleh diregang dan boleh juga dibawa mandi kerana jenis kainnya sangat ringan dan mudah kering.
Terdapat lubang di hujung kedua-dua belah lengan untuk menyangkut ibu jari kedalamnya bagi lengan tidak terangkat dan sekali gus dapat menutup aurat dengan sebaiknya. Boleh juga digunakan dengan 2 cara mengikut keselesaan anda.
Corak logo pantulan bunga Nashata di bahagian kiri bawah baju memberikan keserian dan membawa jenama produk kami ke merata tempat. Jahitannya sangat kemas dan sesuai dipakai oleh semua lapisan umur.
Untuk kualiti dan jumlah fabrik yang digunakan, baju ini harganya amatlah murah dan sangat berpatutan. Panjangnya menutupi bahagian pinggul dan anda pastinya dapat berlari dengan penuh berkeyakinan!
2) Bra sukan sokongan yang menyeluruh (RM 99)
3) Baju T-Shirt Keep Calm (RM 59)
Antara 4 pilihan warna yang boleh di pilih ialah Fuchsia, Ungu, Oren, Hijau dan setiap text pada baju adalah berlainan. Baju ini berlengan pendek dan boleh juga dipakai bersama sarung tangan mampatan Nashata yang berwarna pink atau hitam. Kainnya diperbuat daripada 100% mikrofiber, cepat kering peluh, terlindung dari sinar UV, ringan dan juga kainnya diperbuat dari jenis anti-statik.
4) Sarung Tangan Mampatan (RM 89) – Lihat video ini HITAM & PINK
Ketahui info lanjut berkenaan Sarung Tangan Mampatan ini di SINI!
5) Seluar Skirt Mampatan (RM 189) – Lihat VIDEO ini
Ketahui info lanjut berkenaan Sarung Tangan Mampatan ini di SINI!
Seluar Skirt Mampatan ini boleh dipakai tanpa mengira umur. Warnanya yang terang dapat menjamin keselamatan anda ketika bersukan pada waktu malam. Gambar di sebelah kanan menunjukkan seorang nenek mengenakan Seluar Skirt Mampatan kami semasa larian Malaysia Women Marathon yang berlangsung pada 16 Mac 2014 yang lepas.
Selamat membeli belah secara online di nashata.com!