Tips untuk Larian UiTM Ultra 2020 – #HillsareMadeforToughLeg

Date : 1 -2 Feb 2020

Venue : Stadium UiTM Shah Alam

Distance : 52 km, 84 km, 104 km

Kategori : 52 km (Women Vateran)

 

This is the Vol. 4 for this event.  But it is the 1st time for me to join.  Dari vol. 2 nak cuba, sebab nak rasa lari di tempat saya ambil degree dulu, tapi keadaan tak mengizinkan. Actually, this year pun  tak dapat nak register sebab faktor masa. But last-minute, a week before the event one of my friends have an emergency issue, she can’t make it. Luckily It’s possible to transfer the bib, so I can change my name to the event system. 

Terus terang, saya memang tak cukup training, millage collect past few months pun tak banyak. Paling jauh saya berlari bulan Januari itu pun 20km saja.  Cuma sepanjang Januari hingga ke hari event saya ada join BiiB challange, iaitu setiap hari tanpa miss walau sehari saya perlu berlari 2 km. Itu saja persediaan yang ada. The only I had is the spirit and confidence plus a few experience, sebelum ni saya pernah juga join event  50km.

Saya baca banyak review tentang event ni, and they said this event was well organized.  Patutlah event ni semakin besar dan ramai. Konsep larian ialah looping, 1 loop = 5.2km.  So untuk kategori saya, I have to run 10 loops within the cut of times 10 hours. Kalau ikut teori matematik, 1 loop berlari dalam masa 1 jam, itu memang cukup-cukup masa COT. 

Route :

picture credit UiTM Ultra, Runner’s Guide

 

Flag of untuk kategori 52km ialah pada 1 Februari jam 10 malam. Untuk loop yang pertama saya easy run belajar route, tengok jalan ada lubang or not, tengok keadaan jalan, tengok timing mat, cari di mana toilet dan sekeliling. Starting dari Padang Kawad terus ke Kolej Aggerik, Pusat Kesihatan,  Fakulti Engineering, dan sehingga di cabaran pertama bila di Bukit Tonggek dan waktu ni saya rasa kaki  saya melekat di jalan. It’s seriously  tonggek. This hill was killing me, how can I walk here for 10 loops?  Hahaha… Than, lepas azab di Bukit Tonggek, jalan terus menurun bukit sehinggalah jumpa cabaran berbukit kedua, di Kolej Seroja terus ke Fakulti Art & Design, Menara, dan PTAR.  Kira-kira 1km lebih juga laluan bukit disini. Laluan bukitnya yang agak panjang.  Terus ke Fakuti Sains Gunaan, Kolej Perindu, Pusat Sukan dan terus ke starting point semula.  

This is Bukit Tonggek. You can imagine the hills by just looking how they walk.  Picture by Pixel Asimo

Second challenge, Bukit Seroja. Picture credit Pixel Asimo

Water Station (WS) :

Sebab loop cuma 5.2km, jadi ada 2 saja WS.  WS1 di starting line dan WS2 lebih kurang dalam 2km di Bukit Tonggek, Konsep minuman kat sini you all kena bawa cawan/ botol sendiri / Bring Your Own Bottle (BYOB) bawa 2 bottles , satu letak di WS 1 dan  1 lagi di WS2. Bottle/ cup di marked guna number bib. So senang you all nak cari. 

Water Station & Rest area Picture credit Pixel Asimo

Baguslah konsep yang macam ni, kurangkan kos dan environment friendly. Food & drinks semua sangat mewah. Air coke, kopi ice, nescafe ice, sirap, 100 plus. Food pun banyak sangat, ada cekodok, sandwich, bubur dan sup dan banyak lagi sampai saya tak tau nak makan apa, saya cuma makan pisang dan watermelon sebab senang nak kunyah dan telan. 🙂

Di WS ni ada sediakan kerusi, boleh lah kalau you all nak rehat-rehat. Tapi kerusi ni juga boleh makan diri kalau tak ada sebab jangan duduk tau, bahaya!

My Strategy and tips

As i said before, saya  memang tak cukup millage untuk training game ni.  Dapat bib seminggu before event. Jadi apa yang saya buat ialah :

Seminggu sebelum game :

  • Saya berlari sehari 3km je, slow-slow layan angin pagi
  • Plank seminit 5 kali sehari
  • 90 x squart
  • 100 x 5kali sehari jumping jacks
  • 90 x burpess 
  • Makan minum macam biasa avoid yang pedas

Event day (tips macam mana nak kejar COT)

  • Masa 1st loop saya  lari untuk  tengok route, tengok jalan kalau ada berlubang berbatu, tengok part mana bukit, turun bukit yang flat, kat mana toilet, timing mat dan segala nya yang boleh nampak.
  • Bila dah tau, saya  atur strategy 🙂 naik bukit fast walk, turun bukit dan flat kena lari.  Jangan rehat terlalu lama di WS, minum dan sambung lari. My aimed, 1 loop mesti lari dalam masa 40-50 minute, so that saya ada buffer time, If anything happened, saya masih boleh kejar COT.  Bila dah loop ke 5, saya stop makan energy bar dan ambil Natura shot. Alhamdulillah, kenyang dan sangat berkesan.
  • Jangan duduk! Kalau kaki cramp streching, kalau penat berlari, jalan.  Mengantuk? Memang akan rasa mengantuk sebab waktu tidur kan, ambil coffee, makan gula2 kopiko. Jangan tidur! sebab  game ni you all yang pilih, so kena lah berkorban waktu tidur, tak mau rasa susah, jangan sign up event ni.. your choice! 
  • Listen to your body! Badan kita semua tak sama, you control your mind and body.  Kalau rasa tak sihat, stop dan jumpa medic!

Alhamdulillah, strategy saya ni berjaya untuk saya dapat habiskan game ni dalam masa 8jam 17 minit dan dapat no 7 kategori Women Vateran.  My personal best so far. Yeayy!!! Bangga sangat dengan diri sendiri! 

e-certificate

Overall  event ni sangat baik.  Semua cukup, medical, marshall, peronda Uitm pun selalu round, air dan makanan cukup, ada tempat massage, surau, toilet, dan bagagge area, tempat rehat, parking space pun besar.  Nak pacak khemah, bentang tikar semua boleh. Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang datang support, ramai juga yang bawa family “berkampung” .  

 

Special award for top 10

 

Medal for all categories

Terbaik event ni walau route sangat mencabar, mungkin saya akan kembali beraksi di lain kategori. Who knows.. :). Good job & well done kepada organizer & crew!

I am running in Hooda Ellipse Sports Hijab, non-flipping, and secure hijab.  With Ultra Top I, breathable, fast dry and super comfy. Leggings – High Waist Fitness, soft and stretchable. All you can get at nashata.com

 

 

 

 

Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2019 – “Raya Runners”

Assalamualaikum

Hari Ahad lepas (17/11/2019) saya berlari di acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) Kuala Kangsar, Perak.  Acara ini edisi ke 5 LHKSNS dan untuk saya ini adalah tahun ke 3 berturut saya sertai.  Acara yang ditunggu-tunggu oleh runners, sebabnya ia ibarat hari raya bagi kami semua. Apabila pendaftaran dibuka, hanya mengambil masa 2  jam sahaja dan slot telah ‘sold out’, walaupun pada tahun ini penyertaan untuk semua kategori ditambah dengan total keseluruhan 6000 slot.  Macam goreng pisang panas! Kenapa? Sebab ia ada tarikannya tersendiri! Memang seronok!

Waktu ambil race kit di Dewan Jubli Perak, jam 6.30 petang masih ramai, rata-rata yang datang dari luar Kuala Kangsar.

Gambar kenangan selepas ambil race kit. Depan saya ramai lagi yang beratur untuk ambil gambar disini.

Waktu saya beratur, Tuanku Zara juga berada di dewan. Cantiknya Tuanku Zara!

Pagi itu saya terus ke starting line, sangat mudah bagi saya sebab Masjid berdepan dengan Dewan Jubli Perak, mudah nak solat subuh.

Saya dalam kategori 15km wanita vateran, starting point di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar pada jam 7.00 pagi.  Penyertaan pada tahun ini sangat meriah kerana ramai runners datang dengan berbagai jenis pakaian, termasuk saya sendiri.

Flag of 15km oleh Sultan Nazrin Shah

Larian pada hari tu, saya cuma nak berlari santai, jumpa kawan-kawan, dan bergambar saja.  Kami berlari di kawasan kampung, seronok bila berlari dapat jumpa dengan orang kampung yang bersorak, di jamu dengan kuih tradisional.  Selain itu kami boleh berhenti untuk sama-sama main congkak, batu seremban, ada live band untuk hiburan kami semua.  Orang kg Kuala Kangsar sangat awesome! Ini bukan race! Ini larian hari raya!

Photoshoot di tengah jalan pun boleh!

Route yang mendamaikan 🙂

Kita stop main batu seremban dulu 🙂

 

Geng afro – photo by Zul Ramly

Geng pajamas – photo by Kin K Yum

Kami berlari di kawasan bendang.  Untuk saya yang duduk KL ni, nak tengok sawah bendang ni memang setahun sekali je. Ya Allah! dah jakun sangant rupanya. Masa hari tu sawah bendang jadi tempat photoshoot.  Meriah!

Saya berpakaian baju melayu, bergambar di bendang. 🙂

Di km10 saat yang paling kami tunggu,trademark LHKSNS ialah dapat minum air kelapa free!!! #satukepalasatukelapa, seronokkan, bila penat berlari, dengan hari yang semakin panas dapat basahkan tekak dengan air kelapa muda.

 

Sisterhood is powerful, minum air kelapa bersama-sama. Photo by Fieza Ahmad.

Di Dataran Lembah pula, seperti berpesta, kami dihiburkan dengan lagu joget, ada kumpulan tarian dan sesiapa boleh menari bersama.  Kami juga di jamu dengan air dan kuih muih, makanlah seberapa banyak.

Kuih muih yang dijamu untuk peserta. Photo by As_Ayub

4km ke Finish Line, berlari santai-santai, suasana di bandar yang agak sibuk dengan kenderaaan, namun keselamatan kami semua masih di jaga dengan baik. Polis dan Rela sangat-sangat memebantu dan sportingnya orang Kuala Kangsar!

Farhati & Farhani with finisher medal.

Finisher Medal. Cantik!

Suasana berlari yang macam ni, memang saya tak pernah dapat rasai dimana-mana, cuma di sini.  Dengan yuran penyertaan cuma RM35, berbaloi dengan rasa kepuasan berlarii disini! Sebab itu, saya tak akan ketinggalan untuk sertai setiap tahun.  Jumpa lagi LHKSNS 2020.

Amina Sports Hijab and Amin Extended Sports Hijab

This year, Nashata is producing more new products that mirror modesty for sportswomen. They are Amina Sports Hijab and Amin Extended Hijab. These two hijabs share very much the same purpose that is to cater for modest sportswomen to do activities. Looking at both with a single glance, the most visible disparity you can see between these two is the design.
[huge_it_slider id=”25 “]

Amina Sports Hijab (left) and Amin Extended Sports Hijab (right)

Both Amina Sports Hijab and Amin Extended Sports Hijab offers a simple and neat look for sportswomen. They both are suitable for tall and large women as they are both long and wide and provide good chest covering.

You can check out this table for a better comparison.
(Click on picture)

Amina and Amin Extended Hijab up-close.
[huge_it_slider id=”27 “]

Amina and Amin Extended stays comfy and secure on your head even when you go for a sprint!

[huge_it_slider id=”24 “]

Jeri Villareal: The Hijabi Iron Woman

Jeri Villareal is a modest and committed triathlete from St. Louis, Missouri. Working in the Information Technology Service Lead, this incredible 41 year-old mother is also an urban farmer. Her races usually include three continuous and sequential endurance disciplines which are swimming, cycling and running or better known as triathlon.

Nashata team regularly received Jeri’s pictures on Instagram account, @nashatadotcom wearing Hooda Sports Hijab while competing in her triathlon events. After following her account @modestlytri.ing for some time we knew that she is one of the amazing sportswomen that could inspire people to live with passion. Let’s follow our interview to learn more about Jeri’s incredible journey.

N: Nashata
J: Jeri

“I hadn’t ridden a bike in over 20 years.”

N: Do you remember your first triathlon? Tell us how you became a triathlete.
J: My very first triathlon was a small local race. It consisted of a 300 yard pool swim, 20 mile bike and 4 mile run. My swim was somewhat slow but steady but I got on my bike and was able to pass a couple of people. Unfortunately, I missed the turn off and ended riding an additional 4 miles. I was so upset but ended up continuing on to the run and finish last. I learned to always review the course before the race. There is nothing worse than getting lost during a competition.

N: What inspires you to become a triathlete?
J: I first started running. Running was something that I never thought I would be any good at. However, I used it as a way to ward off depression that developed for me in the short days of the winter months. Running outside made me happy and in the cool months, my hijab was comfortable. It was a great fit. I found that the more I ran, the better I became and I progressed from running in my neighbourhood, to running a 5K then 10K and half marathons. One day a friend of my family asked me if I had ever considered triathlon. I told her I hadn’t ridden a bike in over 20 years. However she told me that if she could compete at age 60, surely I could compete. I took up the challenge and learned to ride a bike and worked on my swim stroke. 7 months later, I competed in my first triathlon.

N: Where do you usually train?
J: I train at my local gym and also I created a workout room in my basement so there is no excuse for missing my training. I have a treadmill, a bike trainer, rowing machine, resistance bands and weights.

N: Did you have a coach when you first participate in your first triathlon event?
J: At the time of my first event. I did not have a coach. However, I did get a coach soon afterwards.

N: How different is it to train by yourself and with a coach for the event?
J: It is so helpful to train with a coach because they can see the small things that you do that could cause injury or they can make changes to your form so that you are more effective. Also they can give you specific exercises or workout to help improve your particular limitation to help your reach your personal goals quickly.

N: Which is the hardest part of triathlon?
J: For me, it’s open water swim. Especially in a lake. It make me a bit anxious when all I see is darkness in the water. I learned to overcome that fear by swimming in the pool with my eyes closed and only open my eyes when taking a breath. That exercise helps me relax once I get into the murky waters of a lake.

N: How do you tackled getting out of a wetsuit quickly? Is it an issue for a hijabis triathlete?
J: While many triathlons have “wetsuit strippers”, kind volunteers that will assist you in getting out of your wetsuit quickly. I avoid their help with the wetsuit. Their good intentions could result in uncovering more than of your body than you would want. I use a two-piece wetsuit consisting of pants with bibs and then a wetsuit top that goes over that. When I was exiting the water, I can unzip and remove the top without concern of revealing anything and I take the bib straps off of my shoulders. By the time I get to transition, I just have to roll down the pants and slip them over my feet. To me, the two-piece wetsuit is not only easy to get in and out of, it also is less constricting over your chest which can be helpful for those that feel chest constriction with traditional wetsuits.

“The hijab that has truly given me so much freedom in my life.”

N: As a Muslim triathlete who wears a hijab, have you ever experienced bitter moments where people would be prejudice about your religion? Do share your story with us.
J: The triathlon community is a very kind one in general. However I think a very well-meaning woman made a comment that she has seen me at several triathlons and she always “felt sorry for me” because I seems so uncomfortable. I didn’t even know how to respond. The last thing I expected was anyone to pity me for the chose that I made as a Muslim woman to wear hijab. The hijab that has truly given me so much freedom in my life. The comment sat with me for a long time and it really did affect me. I feel sorry for her that she didn’t understand the beauty of hijab.

“A quick conversation upfront can keep you from having a frustrating conversation with race officials on race day.”

N: What is your advice to the other Muslim women who are participating in triathlon event?
J: Speak to the race director to ensure that they are aware that will be competing fully covered. There are sometimes rules about how much of your body you can cover. A quick conversation upfront can keep you from having a frustrating conversation with race officials on race day. You do not need to ask “permission” to practice your religion. This conversation is simply to educate those that may not understand why they can’t write your race number on your leg or your arm. Or why you must cover your legs and arms during the swim when wetsuits are not allowed.

N: When is your upcoming event?
A: I just finished Ironman Cartagena 70.3 on December 3rd. That was my last event of the year. In 2018, I look forward to the local St. Louis Triathlon Olympic distance occurring in May. Later in the summer there is Ironman Steelhead 70.3 and Ironman Brazil 70.3

N: How is your diet like today? Was it different with what you usually have before being a triathlete?
J: Today I follow a fairly paleo diet. I enjoy eating lots of vegetables, some low-sugar fruits, meats and healthy fats but only consume ancient and sprouted grains sparingly me. Sweets are my weakness and I avoid sugar while training for a race. I usually tighten my diet 8 weeks from race day. Before becoming a triathlete I ate so much sugar. It was in everything and I didn’t even realize it. I was always a lover of green leafy vegetables though.

N: Describe the training process for a triathlon. How did you prepare–both mentally and physically?
J: Training for a triathlon means training for 3 sports. Additionally, as an athlete over 40 years old, it is vital to incorporate recovery into my schedule. I have 2-3 weekly swim workouts, 2-3 run workouts and 2-3 bike workouts. One of the workout will be either a speed or strength building workout like hill training or interval speed work. Also one of the workout will be endurance-based like a long run (5+ miles), a long bike (20+ miles) or a straight swim (2,000+ yards). I also do yoga twice per week for recovery and weight training twice per week.
During a heavy training load, 10 hours or more a week, I tend to get deep tissue massages. I also have tried alternative recovery techniques to combat inflammation such as cryotherapy and relaxing in an infrared sauna.

“I wear my Nashata Hooda Sports hijab while biking and running. It is thin and lightweight while keeping me dry.”

N: What do you wear for your triathlon event? Do you prepare specific sports gear for each of the activities?
J: I wear what is called a triathlon kit, which is a one-piece outfit with short-sleeves and shorts. The bottom of this kit includes a thin, waterproof pad for additional comfort on the bike. Under the kit, I have leg coolers and Nashata arm coolers. Each piece is designed for air-flow and a cooling effect. These extra pieces also provide coverage for modesty as well. Outside of the water, I put on a skirt for additional modesty while biking and running.
In the water, I wear polarized, prescription goggles. My vision is poor and these goggles are a lifesaver. While they come in clear and smoke lenses, the smoke lenses are my choice because they keep the sun and glare out my eyes when swimming.
I have bike shoes that have cleats on the bottom to connect my feet to my special bicycle pedals. This allows me to apply for force at a faster rate without fear that my feet will fly off of the pedals. My bike helmet is an extremely lightweight, aerodynamic helmet which is designed for speed and performance.
I wear my Nashata Hooda Sports hijab while biking and running. It is thin and lightweight while keeping me dry. The airflow is perfect for me on the bike because I am usually still wet from the swim.

N: We’ve seen you wearing Hooda Sports Hijab in your Instagram posts. Tell us your favourite Nashata wear.
A: Just one? Honestly, I love all of the options that Nashata provides! However I think Hooda is my favorite because of its practicality. It is also lightweight, quick-drying and provides wonderful airflow. These are all things that are vital to making a triathlete comfortable.

“In Arizona, Colorado, and North Carolina, you can practice bike skills such as climbing and descending on the bike.”

N: Where would you suggest new triathletes to go for a practice in The United States? Tell us the nicest spots you’ve ever been to.
A: There are so many options for practicing and building your skills in many areas of the United States. In Arizona, Colorado, and North Carolina, you can practice bike skills such as climbing and descending on the bike. This is usually a skill that is built with a lot of practice. The locations have long inclines for triathletes to build their climbing endurance. In Florida, there is an immersive swimming technique class for triathletes that can get them ready for open water swim by practicing certain techniques in the pool. Areas like southern Texas, Florida and California are great locations for triathletes in the rest of the country to practice in the very late or early season due to their mild winters. When it’s snowing in December in Missouri, I can swim outdoors in Orlando, Florida.

“I tried to leave every Colombian I met with a good impression of Muslims, Islam and Muslim women in sports.”

N: Have you ever participated a triathlon in a different country? What was it like?
A: December 3rd, I travelled to Cartagena, Colombia to compete in a Half Ironman. The experience was absolutely amazing. Arriving in the country I immediately noticed that people were very curious about me. They took photos of me and requested that I be in photos with them. The children that watched the race were very fascinated with me and called out to me specifically to cheer me on and told me that they loved me and referred to me as “Aunty”. As a Muslim woman competing in hijab in a foreign and predominantly Christian country, I know I am an ambassador for all Muslims whether I want to be or not. It is an honour that I take very seriously and I tried to leave every Colombian I met with a good impression of Muslims, Islam and Muslim women in sports.

N: What do you find to be the most rewarding thing about triathlon?
J: The challenge of triathlon is so great. I enjoy that fact that there are so many facets to the race. You can have an excellent swim and a difficult bike and turn everything around while running. There are people that are good at all three sports or some that find they excel in one particular sport over the other two. Regardless of your level of skill you will never participate in a triathlon and not hear a perfect stranger cheer for you and say encouraging words. When triathletes see someone struggling, that is they cheer for them the loudest. This sport is kind.

N: What is your advice to the new triathletes?
J: Remember that you don’t have to be better than anyone on the course, just be the best version of yourself. Be better than yesterday and keep moving forward.

N: What do you wish for in the future?
J: I would like to work on improving my swim and run times and work on my climbing skills. I believe I can be a better version of myself and look forward to seeing her very soon.

N: We wish you the best of luck in life! Thank you so much for agreeing to do the interview with us. We gained a lot of information from your wonderful experiences.
J: Thank you so much!

Sometimes we are too busy competing with other people that we overlook what’s truly important, to be the best version of ourselves. Be better than yesterday and keep moving forward. Thank you Jeri for the wonderful reminder!

Demam bola sepak FIFA World Cup 2014 – BRAZIL!

Tahukah anda tahun depan 6 Jun hingga 5 Julai 2015 ada perlawanan FIFA WOMEN’S WORLD CUP? Sebanyak 6 negara akan bertanding untuk perlawanan FIFA Women’s World Cup 2015 akan datang iaitu Canada, China PR, South Korea, Japan, Australia, dan juga Thailand. Untuk perlawanan julung kalinya diadakan di People’s Republic of China pada  tahun 1991, negara USA telah di  nobatkan sebagai pemenang.

Sebanyak 13 pasukan bola sepak wanita dari berlainan negara tercalon untuk sukan Olimpik 2016 akan datang. Negara-negara tersebut adalah  :

  • Eropah – 3
  • Afrika – 2
  • Asia – 2
  • Amerika Selatan – 3 (termasuk tuan rumah-Brazil)
  • Amerika Utara – 2
  • Oceania – 1

Perlawanan bola sepak wanita Piala Malaysia pula telah diadakan buat pertama kali pada 1976. Perlawanan akhirnya berlangsung pada 16 Ogos 1976 di Padang Stesen, Seremban, Negeri Sembilan. Pasukan yang layak ke perlawanan akhir itu ialah pasukan Negeri Sembilan dan pasukan Singapura. Seramai 2,000 orang penonton hadir bagi menyaksikan perlawanan untuk merebut Piala Malaysia kategori wanita yang julung kalinya diadakan.

Antara pasukan bola sepak wanita, lihat gambar di bawah ini :

39948_151251088223647_7630987_nPemain Bola Sepak Wanita Malaysia

261865_1380185280366_1703960180_619986_353936_nPemain Bola Sepak Wanita Iran

Kagum bukan? Tiada apa yang boleh menghalang wanita untuk beraksi dalam sukan bola sepak seperti lelaki. Walaupun bertudung, mereka tetap aktif dalam dunia sukan demi  mengharumkan nama negara tersendiri.

logo fifaDemam bola sepak kian membara tidak berapa lama lagi yang bermula dari 12 Jun sehingga 13 Julai 2014. Tuan rumah untuk FIFA World Cup 2014 kali ini akan di adakan di BRAZIL. Perlawanan bola sepak ini juga akan bertembung dengan waktu puasa Ramadhan untuk semua umat Islam. Ha! Pastinya ada di antara kamu semua yang akan stay-up sampai ke sahur semata-mata taknak terlepas menyaksikan perlawanan yang sengit ini. Pada mereka yang minat tentang bola sepak, saksikan jadual perlawanan di bawah ini dan jangan terlepas menonton untuk TEAM kesukaan anda!

Matches

Kumpulan untuk pusingan akhir Piala Dunia 2014 adalah seperti di bawah :

Grup Fifa

 

Kebiasaannya, apa yang berlaku jika DEMAM BOLA SEPAK melanda?

1) Lepak kedai mamak

Ha! Jangan gelak kerana mungkin anda salah seorang yang akan buat tabiat ini masa bola sepak FIFA berlangsung. Tidak kira la lelaki atau perempuan tapi kebanyakannya yang berstatus bujang dan lelaki. Bukan nak larang atau x boleh lepak di kedai mamak tapi perasankah anda ketika anda menonton, mulot anda terasa je nak mengunyah selagi anda lepak di kedai mamak tersebut. Yang kaya, tuan kedai. Yang buruknya, anda sendiri kerana akan memberi kesan pada berat badan. Lagi satu, anda terdedah dengan asap rokok kerana majority di kedai mamak adalah lelaki. Yang tidak hisap juga lagi berbahaya kerana tergolong dalam perokok sekunder.

2) Lewat masuk kerja

Banyak pekerja akan memberikan alasan yang sama “Maaf bos, tengok bola malam tadi”. Atau boleh jadi bos-bos sekali lewat ke kerja. Bungkus la company. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan dengan melihat waktu perlawanan yang di paparkan di atas. Sebelum perlawanan berlangsung, tidur dulu sepuas-puasnya dan suruh orang lain kejut atau buat alarm untuk terjaga. Stay-up dan tidak tidur sepanjang malam akan menjejaskan kesihatan anda dan membuatkan anda tidak produktif untuk menjalankan kerja pada keesokkan harinya.

3) Kumpul barang-barang Team atau pemain kesukaan

Di kedai-kedai nanti pastinya ada menjual barang-barang yang melibatkan FIFA World Cup ini. Mereka yang berminat pasti akan membeli walaupun mahal kerana nak buat koleksi. Contohnya seperti jersey, Piala Fifa, gambar poster pemain dan lain-lain lagi. Tapi perlu di ingatkan juga, jangan sampai membazir wang kerana membazir adalah sifat syaitan.

4) Taruhan kumpulan

Sesetengah mereka akan membuat taruhan team kesukaan tersendiri dengan rakan-rakan rapat yang lain kerana tidak tahu negara mana yang bakal merangkul kejuaraan untuk FIFA World Cup 2014 kali ini. Tetapi kebiasaannya mereka akan mengagak berdasarkan teknik permainan, cara pemain beraksi, kerana minat dan sebagainya. Bukan la bertaruh untuk wang kerana ianya HARAM sama sekali.

Negara Malaysia bila lagi akan masuk ke-peringkat antarabangsa? Mana kurangnya kita berbanding negara-negara lain? Jika mereka boleh, pasti Malaysia juga BOLEH!

 

Awesome SCORE 2014 @ KLCC!

boothatscore copyWe are back again for a 2nd time! Fuihhh~ Selepas 3 hari berturut-turut kami berada di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 30 Mei – 1 Jun 2014, banyak aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di dalam hall yang besar itu. Kami ada booth dan membuat diskaun istimewa khas untuk pengunjung-pengunjung yang menyerbu sepanjang event tersebut berlangsung. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari semua pihak tidak kira dari event organiser, rakan-rakan exhibitor yang lain dan para pengunjung yang banyak memberikan sokongan kepada kami. TERIMA KASIH kepada anda semua! Adik-adik dan kanak-kanak juga ramai menyukai tudung saiz kecil kami. Adik-adik juga nak bergaya seperti ibu mereka.

4 copy2

Gambar-gambar diatas adalah antara pelanggan-pelanggan kami yang datang menjenguk ke booth Nashata.

Ramai pelanggan-pelanggan kami yang berkunjung di booth terdiri dari perserta Score Fit Mob sendiri. Hijabista di Fit Mob sememangnya hebat dan bergaya! Mereka banyak membeli tudung berwarna pink, turqouise dan hitam headband untuk dipadankan dengan baju t-shirt yang di beri dalam ‘race kit’. Mereka semua nampak bergaya dan BERTENAGA mengenakan pakaian sukan Nashata kami dan mereka semua sangat peramah dan sporting. Kalau nak catitkan orang-orang yang sangat penting kepada kami memangla panjang, tetapi kami amatlah terharu dikunjungi oleh Karen Loh, Stewart, Max Lim, Trainer JomKurus seperti Eda Fatimawati, Ridzwan, Wan Khaizuri dan Wawa, Azreen, Najmi, Azlina dan tidak lupa juga Hijabista-hijabista yang lain Pantas Berlari.  Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Harap kita dapat berjumpa lagi di event-event lain yang akan datang.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang 3 hari tersebut adalah :

Men of Steel” adalah pertandingan bina badan yang berlangsung selama 2 hari iaitu 30 Mei (Jumaat) & 1 Jun (Ahad). OPPS! Maaf, kami tidak dapat memaparkan gambar untuk acara ini kerana terlalu ‘cencored’. Pertandingan ini juga ada terbuka untuk kategori perempuan. Kagum bukan?! Badannya sememangnya sangat taf.

 

fitmob copyKelas BODYCOMBAT yang terbesar dan memasuki Malaysia Book of Records. Penganjurnya adalah dari Mantra Experiential yang bekerjasama dengan Les Mills. Score Fit Mob ini juga adalah salah satu jenis senaman yang kreatif yang mengamalkan kehidupan yang aktif dan sihat, juga di lakukan dalam keadaan yang penuh menyeronokkan! Sebahagian yuran pendaftaran akan terus di salurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

 

wallclimbingAktiviti Indoor Wall Climbing ini sering di adakan tiap kali ada pemeran yang melibatkan apa jenis sukan di dalam auditorium. Pengunjung yang ingin mencuba di kehendaki membayar ticket yang terbahagi kepada 2 pakej iaitu PAKEJ A – RM 25 (Boleh main kesemuanya) ; PAKEJ B – RM 15 ( 2 aktiviti memanjat/1 aktiviti cabaran)

 

Brazilian Jiu JitsuBrazilian Jiu Jitsu.. Ha.. nama yang sungguh pelik tapi sebenarnya ia juga termasuk dalam kategori sukan. Anda penah dengar sukan sumo bukan? Permainannya lebih kurang sama dengan sumo tetapi bukan di kira siapa terkeluar dari gelanggang tapi di kira siapa yang dapat pertahankan diri lebih lama. Sukan ini agak lasak tapi perempuan juga ada menyertai pertandingan ini.

 

capoiera copySukan Zumba dan Capoeira adalah sukan yang menyeronokkan. Kedua-dua jenis sukan ini dilakukan seiring dengan lagu yang di mainkan. Zumba selalunya di lakukan secara beramai-ramai dengan mengikut pelatih penari di hadapan. Capoiera pula seakan-akan silat tetap di lakukan dengan gerakan perlahan tanpa ada sebarang sentuhan sesama pasangan.

Larian SCORE RUN 2014 ini akan diadakan pada 8 Jun 2014 (Ahad). Pada mereka yang mengikut serta, GOOD LUCK pada anda semua! Kita jumpa anda lagi di sana. Siapa pulak fastest HIJABISTA di SCORERUN?

*Gambar-gambar di ambil dari sumber FB Score 2014

 

Larian yang penuh MENCABAR @ Putrajaya Deuter Trail Run 2014!

Acara Deuter Trail Run yang diadakan pada 11 May 2014 semalam di Putrajaya Challenge Park Presint 5 berjalan dengan sangat lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Peserta larian di anggarkan sebanyak 1000 peserta. Larian ini adalah sepanjang 10km di mana 80% larian menempuhi pelbagai jenis cabaran dan 20% larian di atas jalan raya. Program ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

1) Lelaki terbuka

2) Perempuan Terbuka

3) Kanak-Kanak Lelaki (13-17 tahun)

4) Kanak-Kanak Perempuan (13-17 tahun)

Apa yang menarik tentang acara larian ini?

Mereka yang pertama kali menyertai acara larian sebegini mungkin akan berasa benci dan mungkin tidak akan menyertainya lagi. Para peserta dikehendaki mengharungi halangan-halangan yang di reka oleh penganjur sepanjang larian termasuklah menggelongsor, mendaki bukit curam, melompat, mengengsot di atas tanah dan sebagainya. Apa yang pasti mereka yang sampai ke garisan penamat kesemuanya pasti dalam keadaan kotor dan sangat meletihkan. Mereka yang kelihatan bersih akan di keluarkan dari penyertaan serta merta kerana tidak mengikuti garis panduan yang telah di tetapkan. Program ini juga mendapat tajaan dari Nestle, Red Bull, Mountain Dew, Revive, Suunto, Coleman, Sport Tape, Nathan, 2XU and Running Malaysia. Jika enjoy, pasti seronok! Antara halangan-halangan yang mereka tempuhi adalah seperti dalam gambar yang di tunjukkan di bawah ini :

Cabaran2

Sebelum memulakan acara larian, kesemua peserta manjalankan senaman aerobik terlebih dahulu sebagai streching-up

senamerobik_1 senamerobik_2

 

Peserta-peserta lelaki terbuka berlepas di garisan permulaan pada pukul 7.30 pagi

Lelaki terbuka

Peserta-peserta perempuan pula berlepas 15minit selepas pelepasan lelaki

peserta perempuan

 

Sementara menunggu para peserta menamatkan larian ke garisan penamat, pengunjung yang datang di sana boleh berkunjung ke booth-booth yang terlibat antaranya booth Deuter, Suunto, ProGround dan Nashata, Power Bar dan sebagainya.

DSC_8480 DSC_8481

Tidak disangka salah seorang dari pelanggan kami iaitu Nina Aziz menyertai acara larian bagi kategori perempuan terbuka dan berjaya mendapat tempat ke-34. TAHNIAH diucapkan pada beliau kerana berjaya ke garisan penamat. Dan tidak juga lupa tahniah kepada kesemua peserta-peserta yang lain

Nina Aziz

 

Siapa kata lelaki sahaja boleh lakukan Trail Run ini? Perempuan juga boleh lakukan! Cabaran ini menjadi mudah jika anda betul-betul seronok lakukannya bersama teman-teman dan bukan kerana terpaksa. Bagi mereka yang belum pernah mencuba, mari sertai untuk acara trail run seperti ini akan datang!

 

5 Jenis Senaman Loncatan

Berapa banyak lemak anda terbakar bergantung kepada aktiviti sukan yang anda lakukan, berat badan anda dan berapa lama anda melakukan sukan tersebut. Anda boleh kira berapa lemak anda yang terbakar semasa melakukan sukan lompatan di bawah ini di SINI. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang lain. Boleh melompat juga mengikut rentak lagu yang bersesuaian. Sukan lompatan ini dapat membakar lemak, memberi ketahanan pada kaki, dan membetulkan kedudukan tulang badan.

1) LOMPAT BINTANG

lompat bintangBerdiri tegak dengan tangan kedua belah di sisi peha. Loncat dengan kaki terbuka sedikit dan tangan mendepa secara selari seperti gambar di atas. Kemudian loncat dengan kaki tertutup dan tangan melurus ke atas. Ulang langkah tersebut sebanyak 8 kali secara teratur.

 2) LOMPAT TEPI

lompat sideLompatan ini hanya melibatkan sisi kiri dan kanan. Kaki meloncat ke kiri dan ke kanan selari dengan tangan. Hanya sebelah kaki menjejaki tanah dan sebelah lagi terangkat. Ulang secara selang seli sebanyak 8 kali

3) LOMPATAN TENDANG

lompat kedepan

Lompatan ini amat mudah. Ia di lakukan seperti menendang ke hadapan. Tekniknya ala-ala membuat latihan taekwando. Pastikan kaki anda berada pada tahap 90 darjah dan lurus di hadapan untuk memberikan kesan regangan yang berkesan pada bahagian peha. Ulang selang seli pada kaki kiri dan kanan.

4) LOMPAT LUTUT “L”

lompat lutut

 

Langkah ini lebih kurang seperti lompatan tendang cuma yang membezakannya adalah posisi kaki anda. Kaki anda akan membentuk ‘L’ kehadapan. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

 5) LOMPAT SETEMPAT

Lompat setempat bermaksud anda melompat pada tempat yang sama. Anda boleh melompat pada kadar yang rendah dahulu dan jika anda mampu, anda boleh melompat dengan lebih tinggi bergantung pada daya kekuatan anda sendiri.

Mari kita sama-sama MELOMPAT dengan riang! Tambahkan kekuatan pada kaki anda dan kurangkan lemak di badan! Lihat VIDEO ini. SELAMAT MENCUBA!

 

Apa yang menarik tentang BRA Sukan kami?

Kami menghasilkan satu reka bentuk di mana kami menggunakan 2 warna utama kami iaitu merah jambu di bahagian dalam dan biru turquiose dibahagian luar. Warnanya yang terang dapat mengelakkan dari panas dan kelihatan muda pada si pemakai. Tiga (3) elemen utama yang membuatkan bra sukan kami istimewa berbanding bra jenama lain ialah:

a) Penggunaan kain bamboo anti-bakteria di bahagian dalam dada

b) Menyediakan saiz yg paling besar sehingga 3XL

c) Pad yang boleh di cabut

OLYMPUS DIGITAL CAMERASaiznya terbahagi kepada 6. Saiz yang paling kecil bersaiz S dan saiz yang paling besar ialah saiz 3XL. Dibawah ini panduan untuk anda mengukur saiz Bra sukan kami mengikut saiz badan anda sendiri.

ukuran bra

Logo bunga Nashata kecil yang terdapat di bahagian kiri dada memberikan kesan feminin pada si pamakai. Jahitan pada bra juga sangat kemas.

logo belah kiri      jahitan

Kain yang di gunakan adalah dari jenis spandex dan polyster serta tahan panas manakala kain dibahagian cup bra di perbuat khas dari kain bamboo anti-bakteria untuk mengelakkan sebarang jangkitan kuman.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Padnya boleh dibuka atau dipakai sekali

padding bra

Tali getah di bahagian bawah dada yang lebar memberikan keselesaan yang menyeluruh mengikut saiz dada anda. Tali di bahagian belakang pula membentuk huruf ‘X’ yang memberi sokongan yang kukuh pada buah dada anda.

band bawah    Tali bra belakang

Jika anda berminat untuk membeli, anda boleh menempah di nashata.com atau whatsapp 012-3112489. Selamat mencuba!

4 Perkara Yang Boleh DILAKUKAN Untuk Menguatkan Tahap Fizikal dan Mental

Eh? Apa bezanya kekuatan fizikal dan kekuatan mental?

Terdapat banyak aspek tertentu yang boleh dikaji mengenai kekuatan mental dan fizikal yang merupakan faktor penentu sama ada anda akan mempunyai kehidupan yang baik, sihat dan bahagia. Kekuatan mental sangat berkait rapat dengan kekuatan emosi.

intan_2Intan copy

 

Tanpa emosi, kita tiada sebab untuk bertindak atau melakukan apa-apa perkara. Emosi juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin semangat untuk bersukan. Apa yang buruknya, dengan emosi juga jika kita boleh terjurus kepada perkara negatif. Terdapat banyak situasi yang dapat dilakukan untuk mengawal dan menguatkan tahap fizikal dan mental antaranya :

 

1) Sentiasa melakukan apa yang disukai

Lakukanlah sukan yang anda suka. Elakkan melakukan aktiviti atau sukan dalam keadaan terpaksa atau kerana orang lain. Cubalah melakukan aktiviti yang anda suka kerana jika anda tidak ikhlas, ia tidak dapat member kesan positif kepada diri anda. Jadi lakukanlah sukan atau aktiviti yang anda gemari supaya anda gembira dan konsisten untuk melakukan senaman tersebut.

Mereka  yang mempunyai fizikal dan mental yang stabil kebiasaannya lebih fokus dengan apa yang paling suka dilakukan. Aktiviti sukan yang susah akan menjadi senang jika kita suka lakukannya. Kekuatan mental mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kekuatan fizikal. Jika minda kita kata sesuatu itu menyeronokkan, ia akan mendorong prestasi fizikal.

2) Sentiasa mempercayai diri sendiri

Pahamilah diri anda sepanjang masa dan sayangi diri anda melebihi dari orang lain. Anda perlulah percaya pada kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri. Anda juga perlu dapat memberi dorongan kepada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu langkah untuk memguatkan kepercayaan diri, anda boleh tetapkan matlamat anda sendiri dan disiplinkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Jika anda tiada pelan untuk menetapkan matlamat dan pelan sukan anda, anda boleh gunakan calendar gaya hidup aktif ini.

3)  Mengambil Masa untuk Menghayati Sesuatu

Orang yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat tidak ghairah untuk mencari keseronokan atau mengikuti trend semata. Mereka menghargai setiap saat yang berlalu dengan menikmati kehidupan yang sihat, tenang dan aman damai. Mereka lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati udara segar dari duduk bersahaja tanpa sebarang aktiviti riadah.

 

4) Sentiasa Berkata YA, SAYA BOLEH!

Jika anda ingin sihat dan kekal kelihatan muda, anda tidak perlu memberikan sebarang alasan dan mengatakan TIDAK untuk bersukan. Perkataan TIDAK melambangkan perkataan negatif yang akan membawa banyak perkara tertangguh dan mendatangkan kesan buruk pada diri anda. Oleh itu, selalukan katakan ‘YA, Saya Boleh!’ kepada diri sendiri, kerana ianya pasti akan memberi kesan positif kepada fizikal dan mental anda.

Menguatkan tahap mental dan fizikal adalah penting untuk wanita yang perlu mengharungi kehidupan harian yang mencabar.