Tips untuk Larian UiTM Ultra 2020 – #HillsareMadeforToughLeg

Date : 1 -2 Feb 2020

Venue : Stadium UiTM Shah Alam

Distance : 52 km, 84 km, 104 km

Kategori : 52 km (Women Vateran)

 

This is the Vol. 4 for this event.  But it is the 1st time for me to join.  Dari vol. 2 nak cuba, sebab nak rasa lari di tempat saya ambil degree dulu, tapi keadaan tak mengizinkan. Actually, this year pun  tak dapat nak register sebab faktor masa. But last-minute, a week before the event one of my friends have an emergency issue, she can’t make it. Luckily It’s possible to transfer the bib, so I can change my name to the event system. 

Terus terang, saya memang tak cukup training, millage collect past few months pun tak banyak. Paling jauh saya berlari bulan Januari itu pun 20km saja.  Cuma sepanjang Januari hingga ke hari event saya ada join BiiB challange, iaitu setiap hari tanpa miss walau sehari saya perlu berlari 2 km. Itu saja persediaan yang ada. The only I had is the spirit and confidence plus a few experience, sebelum ni saya pernah juga join event  50km.

Saya baca banyak review tentang event ni, and they said this event was well organized.  Patutlah event ni semakin besar dan ramai. Konsep larian ialah looping, 1 loop = 5.2km.  So untuk kategori saya, I have to run 10 loops within the cut of times 10 hours. Kalau ikut teori matematik, 1 loop berlari dalam masa 1 jam, itu memang cukup-cukup masa COT. 

Route :

picture credit UiTM Ultra, Runner’s Guide

 

Flag of untuk kategori 52km ialah pada 1 Februari jam 10 malam. Untuk loop yang pertama saya easy run belajar route, tengok jalan ada lubang or not, tengok keadaan jalan, tengok timing mat, cari di mana toilet dan sekeliling. Starting dari Padang Kawad terus ke Kolej Aggerik, Pusat Kesihatan,  Fakulti Engineering, dan sehingga di cabaran pertama bila di Bukit Tonggek dan waktu ni saya rasa kaki  saya melekat di jalan. It’s seriously  tonggek. This hill was killing me, how can I walk here for 10 loops?  Hahaha… Than, lepas azab di Bukit Tonggek, jalan terus menurun bukit sehinggalah jumpa cabaran berbukit kedua, di Kolej Seroja terus ke Fakulti Art & Design, Menara, dan PTAR.  Kira-kira 1km lebih juga laluan bukit disini. Laluan bukitnya yang agak panjang.  Terus ke Fakuti Sains Gunaan, Kolej Perindu, Pusat Sukan dan terus ke starting point semula.  

This is Bukit Tonggek. You can imagine the hills by just looking how they walk.  Picture by Pixel Asimo

Second challenge, Bukit Seroja. Picture credit Pixel Asimo

Water Station (WS) :

Sebab loop cuma 5.2km, jadi ada 2 saja WS.  WS1 di starting line dan WS2 lebih kurang dalam 2km di Bukit Tonggek, Konsep minuman kat sini you all kena bawa cawan/ botol sendiri / Bring Your Own Bottle (BYOB) bawa 2 bottles , satu letak di WS 1 dan  1 lagi di WS2. Bottle/ cup di marked guna number bib. So senang you all nak cari. 

Water Station & Rest area Picture credit Pixel Asimo

Baguslah konsep yang macam ni, kurangkan kos dan environment friendly. Food & drinks semua sangat mewah. Air coke, kopi ice, nescafe ice, sirap, 100 plus. Food pun banyak sangat, ada cekodok, sandwich, bubur dan sup dan banyak lagi sampai saya tak tau nak makan apa, saya cuma makan pisang dan watermelon sebab senang nak kunyah dan telan. 🙂

Di WS ni ada sediakan kerusi, boleh lah kalau you all nak rehat-rehat. Tapi kerusi ni juga boleh makan diri kalau tak ada sebab jangan duduk tau, bahaya!

My Strategy and tips

As i said before, saya  memang tak cukup millage untuk training game ni.  Dapat bib seminggu before event. Jadi apa yang saya buat ialah :

Seminggu sebelum game :

  • Saya berlari sehari 3km je, slow-slow layan angin pagi
  • Plank seminit 5 kali sehari
  • 90 x squart
  • 100 x 5kali sehari jumping jacks
  • 90 x burpess 
  • Makan minum macam biasa avoid yang pedas

Event day (tips macam mana nak kejar COT)

  • Masa 1st loop saya  lari untuk  tengok route, tengok jalan kalau ada berlubang berbatu, tengok part mana bukit, turun bukit yang flat, kat mana toilet, timing mat dan segala nya yang boleh nampak.
  • Bila dah tau, saya  atur strategy 🙂 naik bukit fast walk, turun bukit dan flat kena lari.  Jangan rehat terlalu lama di WS, minum dan sambung lari. My aimed, 1 loop mesti lari dalam masa 40-50 minute, so that saya ada buffer time, If anything happened, saya masih boleh kejar COT.  Bila dah loop ke 5, saya stop makan energy bar dan ambil Natura shot. Alhamdulillah, kenyang dan sangat berkesan.
  • Jangan duduk! Kalau kaki cramp streching, kalau penat berlari, jalan.  Mengantuk? Memang akan rasa mengantuk sebab waktu tidur kan, ambil coffee, makan gula2 kopiko. Jangan tidur! sebab  game ni you all yang pilih, so kena lah berkorban waktu tidur, tak mau rasa susah, jangan sign up event ni.. your choice! 
  • Listen to your body! Badan kita semua tak sama, you control your mind and body.  Kalau rasa tak sihat, stop dan jumpa medic!

Alhamdulillah, strategy saya ni berjaya untuk saya dapat habiskan game ni dalam masa 8jam 17 minit dan dapat no 7 kategori Women Vateran.  My personal best so far. Yeayy!!! Bangga sangat dengan diri sendiri! 

e-certificate

Overall  event ni sangat baik.  Semua cukup, medical, marshall, peronda Uitm pun selalu round, air dan makanan cukup, ada tempat massage, surau, toilet, dan bagagge area, tempat rehat, parking space pun besar.  Nak pacak khemah, bentang tikar semua boleh. Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang datang support, ramai juga yang bawa family “berkampung” .  

 

Special award for top 10

 

Medal for all categories

Terbaik event ni walau route sangat mencabar, mungkin saya akan kembali beraksi di lain kategori. Who knows.. :). Good job & well done kepada organizer & crew!

I am running in Hooda Ellipse Sports Hijab, non-flipping, and secure hijab.  With Ultra Top I, breathable, fast dry and super comfy. Leggings – High Waist Fitness, soft and stretchable. All you can get at nashata.com

 

 

 

 

Yayasan TM Tower Run with the power of USA Potatoes

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad lepas, 10 November, saya menyertai Yayasan TM Tower Run di Menara TM, Bangsar.  Konsep acara ini adalah peserta perlu menaiki tangga hingga ke tingkat 54  iaitu sebanyak 1296 anak tangga dengan ketinggian 200 meter.

 

Acara bermula seawal  jam 6 pagi dengan ucapan pembukaan, doa dan nyanyian lagu Negaraku.  Peserta di lepaskan seawal jam 7 pagi. Terdapat enam (6) kategori – Terbuka Lelaki (berumur 18 tahun ke atas), Terbuka Wanita (berumur 18 tahun ke atas), Veteran Lelaki (berumur 40 tahun ke atas) , Veteran Wanita (berumur 40 tahun ke atas), kakitangan TM Lelaki dan TM kakitangan Wanita. Semua pelari di lepaskan secara individu dengan selang masa lima (5) saat manakala untuk pelari elit, selang masa 15 saat.

Lokasi yang sangat convenience.  Saya pergi ke race site menaiki LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Station Kerinchi.  Dari situ, saya berjalan lebih kurang 3 minit untuk ke race site.  Seawal jam 8.30 pagi saya sampai dan  terus saya menuju ke booth yang berada di situ.

U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake, and the meshed potatoes  was very delicious, perfect for pre-run or pre- workout breakfast.

Terima kasih kepada USA Potatoes salah satu penaja event pada hari itu dengan  beri free flow minuman dan meshed potatoes with gravy  secara percuma untuk semua peserta. Sedap and yeayy!!!

Saya menyertai dalam kategori Women Vateran dan dilepaskan pada  jam 9.40 pagi  Saya sangat teruja kerana ini adalah kali kedua saya menyertai larian menara, larian menara pertama saya adalah KL Towerthon di Menara KL pada tahun 2011.

Larian bermula dari dalam Menara TM, i just walk slow and easy. Ada 2 water station disediakan dengan air mineral dan isotonik.

They are so energetic, maybe they take energy drink and the meshed potatoes before the race. 🙂

Di Setiap tingkat, volunteer beri kata-kata semangat dan bersorak, hilang sikit rasa penat saya.  Saya dapat tamatkan acara dengan catatan masa 17minit 20 saat.  Bergambar kenangan di tingkat 54.

With Malaysia Airlines crew at the 54th floor.

Meshed Potatoes and U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake. I take it after the race too…Potatoes provides the carbohydrate, potassium, and energy you need at your best. A medium-size (5.2oz) has 3 grams of complete protein.

Kentang mengandungi karbohidrat, membekalkan 30% vitamin C dalam keperluan harian, Potassium yang lebih dari pisang bersaiz sederhana.  Kentang bersaiz sederhana (5.2 oz) hanya mempunyai 110 kalori.  No fat! No Sodium! No Cholesterol. Sebab itu lah saya rasa sungguh energetic!

Teruja saya bila dapat berjumpa dengan Soh Wai Ching! Pelari Menara No. 1 dunia! tahniah Wai Ching!

Soh Wai Ching (kiri) tempat pertama, dapat menghabiskan larian dalam masa 6 minit 9 saat.

Soh Wai Ching dinobatkan sebagai Pelari Menara No. 1 dunia dengan masa 6:09. Dengan kemenangan itu, Soh adalah Pemenang No.1 dunia dan perlumbaan akhir di Shanghai akan menjadi perlumbaan terpenting untuk beliau untuk mengekalkan gelaran  No. 1 dunia yang  mana rekod akan dikemas kini setiap bulan. Pelancaran Menara Antarabangsa Yayasan TM 2019 disahkan oleh Persatuan Dunia Towerrunning (TWA) dan Malaysia Towerrunning Association (MTA) dalam memastikan semua aspek keselamatan dan teknikal berjaya dilaksanakan. MTA adalah ilham Soh Wai Ching, seorang siswazah Sains Sukan Universiti Malaya. Towerrunning adalah senaman dan sukan yang cekap dan sangat berpatutan. MTA berfungsi sebagai Badan Nasional yang menetapkan tatacara dan peraturan untuk mempromosikan sukan yang sangat bermanfaat ini dan berharap dapat memperluakan lagi komuniti pelari menara.

With few of friends yang sama-sama berlari.. tahniah!

Yayasan TM International Tower Run acara yang sangat baik dan teratur. Saya harap ia akan diadakan semula tahun depan. Terima kasih kepada USA Potatoes kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam acara hebat ini. 

 “Real Food for Real Performance”!

 

Turn Your Athleisure Into A Leisure #OOTD

OOTD Athleisure Nashata

Athleisure style is ubiquitous nowadays. Either wearing a pair of leggings, sweatpants, Sports hijab, we are seeing many of these sportsgear worn everywhere apart from the gym. Leggings are no longer consider as “the ultimate gymwear” because you see so much of them worn leisurely and it’s perfectly acceptable. This fashion has become a trend. People are wearing them all day and no one’s complaining. Women today want to wear comfortable clothes yet still look stylish. Thank God we have ditched the corset era. Phew!

In the women’s business, there is no performance without style.

According to our customers’ reviews, Nashata is highly known for its performance and high quality material that lasts for years. Many of them claimed that they love the designs as well. However, not many realized that the designs are evergreen. In other words, if you wear Nashata you can never go out-of-style. wink* In the women’s business, there is no performance without style. From various range of our products such as Azza toplectics, the lovely Jasmine pants, and Hoodie cardigans and of course, the ever versatile Raaz glove – this is the perfect leisure wear for women who place a lot of importance in being comfortable. So get your old Heather top out, because you’re going to need them.

Check out these fab wearable #OOTD on the run!
[huge_it_slider id=”8″]

But the most important thing of all, SMILE. Because just like Annie said, You’re Never Fully Dressed without a Smile. 🙂

[huge_it_slider id=”9″]

I’m fat?! Blame my metabolism!

 

img_7401

Have you ever heard someone (or you!) nagging like this?

“I’ve cut off  my calorie intake, I maintain those regular exercises,..but..why am I NOT losing weight?”

And they will start to blame themselves by saying “Perhaps, my metabolism is low!”

Do you know what METABOLISM is ? 

Metabolism is the chemical reactions that occur in our body. It requires energy for us to undergo living processes such as breathing, digesting, healing processes and etc.

And wait! Is your metabolism same as mine?

Each and everyone of us has different metabolic rate; it depends on your gender, age, body size and of course your genes.

Men have more muscles, high bone mass and therefore they have high metabolism compared to women. And as we grow older, we tend to loose muscle and gain fat, and these two lead to slow metabolism. People with big body size will have more fat, thus their metabolism is slow. Yes, genes basically play a role in determining your muscle growth and size – hence affects your metabolism.

Now, you will start saying, “Let’s kill those fats, and start build muscle!”  Right?

img_7383

But wait, to increase body metabolism, it is not all about building muscles. I will share a few tips that you can practice to boost your body metabolism.

1. Don’t miss your breakfast – Start your day with nutritional breakfast. It can start up your metabolism and keep your energy high throughout the day. People who skip breakfast tend to eat a lot during lunch and this will increase calorie intake more than what you need.

Eat them all!

Eat them all!

2. Take enough protein– Our body needs protein to build muscle. The more muscles you have, the more calories you will burn. Besides, our body use up more calories to digest protein compare to fat and carbohydrates.

3. Eat enough everyday – It simply means consume food moderately and do not overeat. Do not starve yourself either. If you cut too much calories, your body will start to reduce metabolic reaction to conserve energy. Thus, the fat burning process will be slower. You will start to lose muscle and this will slow down your metabolism.

An apple a day keeps the doctor away

Be a Snow White – Eat an apple

3. Be active – When you increase physical activities, you will burn more calories. Build up more muscles by running and pilate regularly or perform strength training. You will use up more energy and burn those stubborn fat.

Marilah beramai-ramai bersukan sambil bersosial!

Marilah beramai-ramai bersukan sambil bersosial!

4. Drink a lot of water – take 3-4 litres of water per day to stay hydrated. Your body needs water to process those calories, if you are not drinking enough, your body will burn less calories, thus your metabolism will be slow down. Cut off your sweet drink, it contains high calories.

gambar-sarah-tantek

Bring a bottle full of water with you everyday.

6. Have adequate sleep –  having sleep deprivation will increase cortisol level (stress hormone) in our blood.  Thus, it will disrupt glucose metabolism, thus lead to glucose intolerance. Leptin will be reduced and ghrelin will increase. This can cause increase in appetite, craving and tendency to eat a lot unnecessary.

After a run get a good sleep

Be a Sleeping Beauty.  After a run get a good sleep

 

Basically, you can still enjoy your food while maintaining a good metabolism.

Till then, we’ll meet again, keep fit and be inspired! 😉

льготный автокредит

Healthy isn’t a goal, it’s a way of living ;)

 

img_3399

To be healthy, you don’t need to run full marathon, you don’t need to starve yourself. All you need is.. be active and eat well…

So here, I want to share some of my diet routine that I’ve been practising since high school. I’ve been inspired a lot by my supermum 😉

Drink Plenty of Plain Water

I drink lots of plain water everyday. I drink 3 to 4L per day. Reduce or better cut off your high sugar drinks such as soft drinks, carbonated drinks, etc because it will increase your calories intake.

images-1

Consume Oats

I take oats once per day, either for my breakfast or for my dinner. Oats are high in fibers, which is very good for your digestion, and you will feel full faster and last long.

images-2

Large Portion of Vegetables

I take a large portion of vegetables in my meal. For those who plan to reduce their weight, reduce your carb portion and replace it with veggies.

images-3

Milk

I have a glass of milk for my breakfast and before going for sleep. My favourite one is Anlene chocolate as it is high in calcium and…yummeh! You can have any brand of milk that you like, and if you are lactose intolerance, you can have soy milk. My favourite one is V-soy…you can try it guys!

images-4

No Junk Food

I don’t take junk food as it is high in salt and seasoning. I like fast food too but I don’t take it regularly.

Be active

I spend at least 30 minutes per day for a run. I walk to hospital and class every day. For those who are very busy, you can walk to your office from the carpark (park your car far away from your office then). And use stairs instead of lift, you will burn more calories.  IMG_0341[1]

Smile the brightest!

Be happy, have confidence and give your biggest smile to everyone. Spread the positive vibes and be a happy you!14581342_10208611588820541_2851726595590193638_n

Last but not least, don’t take heavy meal 4 hours before sleep. Because our gastrointestinal system starts to slow down to digest food when we are going to sleep. You may develop reflux or delay gastric emptying if you take late meal. This will lead you to have poor metabolic rate, thus it’s easier to gain weight faster.

That’s all for now,  so let’s eat well and live healthily 😉

images-5

 

  потребительские кредиты список

Bahaya MEROKOK pada wanita!

Tahukah anda fakta-fakta ini?

1. Peratusan perokok remaja perempuan meningkat iaitu 12.4% berbanding 11.5%  dalam kajian pada 2003.
Source: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 2009

2. Jumlah perokok wanita di Malaysia secara keseluruhan menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003.

3. Perokok yang bersukan lebih mudah dua kali ganda untuk berhenti berbanding dengan perokok yang tidak bersukan

Menjual rokok kepada orang bawah umur 18 tahun dikira kesalahan yang berkuatkuasa sejak 14 May 1994. Secara Am nya  tempat-tempat awam seperti Hospital/ Klinik, Lapangan Terbang, lif dan tandas Awam, restoren yang berhawa dingin, kenderaan awam, kawasan kerajaan, institusi pelajaran, stesen pam minyak dan banyak lagi menjadi tempat yang di larang untuk merokok.

Bermula dari 1 June 2010,  perokok yang merokok di dalam pejabat akan di kenakan hukuman denda sebanyak RM 10,000.

Taknak pada rokok

Apa yang manjadi faktor merokok di kalangan wanita?

1. Faktor Budaya dan Masyarakat

2. Pendedahan dan Hasutan yang sangat kuat

3. Kawalan dan Akta yang Lemah

4. Emosi Perokok Sendiri

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Dr. Mathi Arasu Muthusamy berkata merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan.

Kesan-kesan merokok bagi wanita :

1. Memberi kesan pada pertumbuhan janin bagi wanita mengandung

2. Mengalami kesakitan semasa datang haid dan menopause awal

3. Melewatkan proses kehamilan dan jejaskan kesuburan

4. Menghasilkan genetic yang tidak sihat

5. Mandapat kanser pangkal Rahim

Cara-cara pencegahan :

Memang bukan mudah untuk membuang tabiat merokok serta merta kerana ianya satu ketagihan. Antara cara-cara yang mungkin boleh membantu mengurangkan rokok secara perlahan ialah :

1. Mengunyah chew gum atau gula-gula berangin

2. Elakkan diri dari rakan dan pasangan yang merokok

3. Ambil ubat dari dokter jika perlu untuk menggantikan nekotin dan masalah ketagihan

4. Jika terasa mahu merokok, terus berfikir melakukan aktiviti lain untuk mengalih perhatian

5. Set di minda, sayang pada orang sekeliling dan diri sendiri

6. Melakukan aktiviti riadah dan meningkatkan metabolisma badan

7. Mengkaji lebih mendalam akibat buruk yang akan terjadi dan menyesali

8. Jika terasa stress, layan musik dan keluar bersama rakan-rakan lain

Alangkah lebih baik jika anda menyimpan wang anda untuk anak-anak dan kehidupan di masa akan datang dari membazirkan duit dengan membeli rokok yang hanya sekadar membakar wang anda. Amalkan gaya hidup sihat dan sayangilah orang yang tersayang.

 

Sumber : Berita Harian- 30 Mei 2011, thestar - 3 Jun 2012, WHO

KURMA makanan kegemaran Rasullullah S.A.W

Makanan apa yang anda pilih terlebih dahulu untuk berbuka puasa dengan pelbagai hidangan yang tersedia di depan mata? Air? Kuih-Muih? Buah-Buahan? Nasik dengan lauk? Biskut? Kurma? Atau selain daripada yang disenaraikan?

Confusion

Sudah tentunya buah kurma kerana Nabi menggalakkan berbuka puasa dengan sesuatu yang manis. Jika tiada kurma, air masak adalah sebaik-baiknya. Nama saintifik buah kurma adalah Phonex Dactylifer dan boleh di makan masak atau mentah. Terdapat banyak khasiat boleh di dapati dalam buah kurma antara kelebihan-kelebihannya yang utama adalah:

1. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

2. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran

3. Mencegah Serangan Strok

4. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan

5. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

6. Mudah Hadam dan Menambahkan Tenaga

7. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran

8. Menjadi makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W

Khasiat Kurma

Kurma mengandungi banyak zat dan vitamin yang di perlukan dalam tubuh. Ada sesetengah kanak-kanak hairan dan menanyakan kepada ibu bapa mereka  “Mama, buah ni ada gula ke?”. Rasanya yang sangat manis dan lazat membuatkan ianya unik.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0%, serat 2.0 hingga 4.0% manakala kandungan gulanya 50 hingga 57% glukosa. Serat yang tinggi amat baik untuk sistem pelawasan. Kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa. Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

Terdapat pelbagai jenis buah kurma yang wujud antaranya :

Jenis2 kurma

Gambar di ambil dari sumber : Mybaitullah

Anda sendiri tidak tau jenis kurma apa yang anda selalu makan bukan? Lepas ini anda boleh rasa dan bezakan satu-satu kelainan kurma tersebut. Ada jenis jumbo, kering, basah, tiada biji dan sebagainya. Kurma juga tahan lama dan tidak mudah rosak. Juga turut popular di jual di pasaran walaupun bukan di bulan Ramadhan. Kerana rasanya yang sungguh enak, wujud kreativiti oleh manusia untuk di jadikan kuih raya, kek, bahan masakan dan di jadikan snek bagi kanak-kanak apabila dibuat seperti coklat.

5 Perkara yang boleh buatkan badan anda kurus di Bulan Ramadhan

berlari

Semasa bulan Ramadan inilah anda semestinya fokus mengerjakan ibadah puasa. Ianya bukan untuk menguruskan badan. Tetapi adakah badan anda semakin kurus atau semakin gemuk? Banyak orang makan mengikut nafsu apabila berbuka yang tanpa di sedari segala diet dan pemakanan seimbang terabai dan tidak di beri perhatian. Jangan pula terlalu kurang pergerakkan fizikal semasa berpuasa

Sambil menimba pahala di bulan Ramadhan ini, ikuti 5 tips yang boleh buatkan badan anda kurus,

1. Merancang aktiviti fizikal 

  • Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk mengedaran darah semasa berpuasa
  • Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.
  • Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?
  • Tahukah anda, anda dapat membakar 50-80 kalori  membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.

2. Makan mengikut kalori  yang bersesuaian

  • Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari
  • Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori. 
  • Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.

3. Berbuka dengan makanan penurunan berat badan

  • Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin
  • Makan makanan yang  tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak

4. Mengawal kadar pengambilan air

  • Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan
  • Elak mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari
  • Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.

5. Rancangkanlah pemakanan anda

  • Bangun sahur dan mengambil makan & minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian
  • Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi
  • Sama-samalah kita elakkan pembaziran wang dan makanan.

Kalau anda terasa mahu muat memakai baju raya pada bulan hadapan, jangan lupa untuk jaga pemakanan dan kesihatan di bulan ramadhan ini.

Badan naik selepas kahwin?

Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap  lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Antara faktor-faktor utama :

Fat Transformation copy

1) Perubahan Hormon

Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan. Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel

2) Dah ada ‘peneman’ setia

Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah. Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami

3) Sering ke dapur

Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau. Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.

4) Malas bersenam

Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa. Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti.

 

Cara-cara mengatasi:

cara mengatasi

So kalau tanak makin membesar, JOM kita bersukan beramai-ramai. Its ok walaupun sekejap atleast kene bersukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Keep fit and maintain your body!

 

 

Sumber rujukan dari : Women’s Health Online

KERJA-KERJA RUMAH membakar banyak KALORI!

Kajian menunjukkan mengemas rumah boleh membakar banyak kalori. Anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke spa dan bersauna untuk menjana peluh. Di rumah juga banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilaksanakan dari duduk diam dan menambahkan lemak-lemak dan kebuncitan di perut! Tetapi jangan lupa anda harus perlu bersenam juga kerana aktiviti-aktiviti mengemas rumah ini tidak termasuk dalam kategori senaman. Jadual dibawah menunjukkan jumlah kalori yang terbakar untuk beberapa aktiviti mengemas rumah yang tertentu :

Aktiviti-Aktiviti

Kalori terbakar dalam 1 jam*

Berjalan Secara Perlahan

287

Vakum

193.7

Membuang Debu

173.6

Mengecat, Aktiviti Dalam Rumah

66

Menanam & Mencabut Rumput

287.8

Mop Lantai

193.7

Membasuh Kereta

234

Mengelap Tingkap

180.3

Menggosok Baju

113.1

Menampal Kertas Dinding

133.2

Mengerat kayu

415.5

Turun Naik Tangga Secara Perlahan

516.3

*Nota : Jumlah lemak yang terbakar bergantung pada berat badan individu yang di miliki

1) Basuh baju tanpa menggunakan mesin basuh

Bagi wanita yang bergelar suri rumah terutamanya, boleh membasuh baju menggunakan tangan untuk memberi latihan dan merangsang otot di bahagian lengan setiap kali menyental kekotoran pada baju.

2) Menyapu sampah

Boleh menguatkan kaki ketika berdiri dan membongkok apabila menyapu di bahagian sukar. Ini dapat memberi kesan pada bahagian pinggang dan juga kaki.

3) Membuang sawang di siling rumah

Ketika anda mendongak untuk membuang kesemua sawang di siling rumah, anda tidak sedar anda sedang membuat regangan di bahagian leher.

4) Mengecat rumah

Tangan yang di hayunkan ke atas dan ke bawah memberikan kesan pada bahagian bahu anda. Jika letih, anda boleh menukar tangan menggunakan tangan di sebelah lagi.

5) Menanam, mencantas dan menyiram bunga di halaman rumah

Bunga-bungaan dan tumbuhan dapat menyegarkan otak dan dapat menjadi meditasi dalaman. Ketika anda mencangkul tanah, anda menggunakan banyak tenaga. Banyak pergerakan tangan di gunakan. Apabila anda mengangkat air untuk menyiram, anda seperti sedang membuat senaman dumbbell di gym!

7) Vakum Rumah

Membersihkan habuk di lantai perlu membongkok. Banyak pergerakan pinggang di lakukan. Jika anda terasa sakit di bahagian belakang, jangan teruskan atau mungkin akan mengakibatkan ianya lagi bertambah teruk.

Sangat-sangat menakjubkan! Jadi selepas ini jangan berikan banyak alasan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Disebalik segala pekerjaan yang di lakukan sebenarnya membawa banyak manfaat pada badan dan diri anda sendiri. Jika mahu lebih seronok, lakukan semua aktiviti tersebut dengan penuh ikhlas dan bersama keluarga tersayang. Jangan berhenti melakukan senaman di luar kerana aktiviti-aktiviti di dalam rumah ini hanya berkesan untuk memperbaiki kecergasan kardiovaskular terutama untuk menyihatkan JANTUNG!