Kajian menunjukkan mengemas rumah boleh membakar banyak kalori. Anda tidak perlu lagi bersusah payah pergi ke spa dan bersauna untuk menjana peluh. Di rumah juga banyak aktiviti bermanfaat yang boleh dilaksanakan dari duduk diam dan menambahkan lemak-lemak dan kebuncitan di perut! Tetapi jangan lupa anda harus perlu bersenam juga kerana aktiviti-aktiviti mengemas rumah ini tidak termasuk dalam kategori senaman. Jadual dibawah menunjukkan jumlah kalori yang terbakar untuk beberapa aktiviti mengemas rumah yang tertentu :
Aktiviti-Aktiviti |
Kalori terbakar dalam 1 jam* |
Berjalan Secara Perlahan |
287 |
Vakum |
193.7 |
Membuang Debu |
173.6 |
Mengecat, Aktiviti Dalam Rumah |
66 |
Menanam & Mencabut Rumput |
287.8 |
Mop Lantai |
193.7 |
Membasuh Kereta |
234 |
Mengelap Tingkap |
180.3 |
Menggosok Baju |
113.1 |
Menampal Kertas Dinding |
133.2 |
Mengerat kayu |
415.5 |
Turun Naik Tangga Secara Perlahan |
516.3 |
*Nota : Jumlah lemak yang terbakar bergantung pada berat badan individu yang di miliki
1) Basuh baju tanpa menggunakan mesin basuh
Bagi wanita yang bergelar suri rumah terutamanya, boleh membasuh baju menggunakan tangan untuk memberi latihan dan merangsang otot di bahagian lengan setiap kali menyental kekotoran pada baju.
2) Menyapu sampah
Boleh menguatkan kaki ketika berdiri dan membongkok apabila menyapu di bahagian sukar. Ini dapat memberi kesan pada bahagian pinggang dan juga kaki.
3) Membuang sawang di siling rumah
Ketika anda mendongak untuk membuang kesemua sawang di siling rumah, anda tidak sedar anda sedang membuat regangan di bahagian leher.
4) Mengecat rumah
Tangan yang di hayunkan ke atas dan ke bawah memberikan kesan pada bahagian bahu anda. Jika letih, anda boleh menukar tangan menggunakan tangan di sebelah lagi.
5) Menanam, mencantas dan menyiram bunga di halaman rumah
Bunga-bungaan dan tumbuhan dapat menyegarkan otak dan dapat menjadi meditasi dalaman. Ketika anda mencangkul tanah, anda menggunakan banyak tenaga. Banyak pergerakan tangan di gunakan. Apabila anda mengangkat air untuk menyiram, anda seperti sedang membuat senaman dumbbell di gym!
7) Vakum Rumah
Membersihkan habuk di lantai perlu membongkok. Banyak pergerakan pinggang di lakukan. Jika anda terasa sakit di bahagian belakang, jangan teruskan atau mungkin akan mengakibatkan ianya lagi bertambah teruk.
Sangat-sangat menakjubkan! Jadi selepas ini jangan berikan banyak alasan untuk melakukan kerja-kerja rumah. Disebalik segala pekerjaan yang di lakukan sebenarnya membawa banyak manfaat pada badan dan diri anda sendiri. Jika mahu lebih seronok, lakukan semua aktiviti tersebut dengan penuh ikhlas dan bersama keluarga tersayang. Jangan berhenti melakukan senaman di luar kerana aktiviti-aktiviti di dalam rumah ini hanya berkesan untuk memperbaiki kecergasan kardiovaskular terutama untuk menyihatkan JANTUNG!