Pengalaman Bersama Ibrah – Sisipan Agama Berita Harian

Kami sangatlah teruja apabila Latifah, wartawan dari bahagian agama, Berita Harian menghubungi kami beberapa hari lalu untuk menggayakan koleksi fesyen sukan sopan dan bergaya Nashata.

Kami merancangkan penggambaran dibuat di Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8 kerana pemandangannya sangatlah cantik. Dua model aktif dari utara turun ke Putrajaya untuk turut mengayakan koleksi kami. Mereka mempunyai latar belakang aktif dalam sukan dan memang menjaga aurat dan penampilan harian supaya sopan dan cantik dari segi dalaman dan luaran.

Setelah habis temu bual yang ringkas bersama Latifah, kami ke persisiran tasik untuk sesi penggambaran. Dengan solekan yang serba ringkas, Sarah, Nahsuhah dan Aqilah menggayakan sejumlah 9 pasang baju yang menampilkan pelbagai cara pemakaian. Jurukamera Helmi pula profesional memberi arahan yang berbeza untuk mengambil gambar-gambar yang sungguh menarik. Pelbagai aksi yang ditertarakan oleh anak-anak muda ini; yoga, larian, karate, lompatan dan berbasikal.

Muka Depan Berita Harian

Kami amat bersyukur kerana ditampilkan di muka hadapan Ibrah. Saya juga sangat berterima kasih kerana konsep memperagakan pakaian melalui aksi dan pose perbagai jenis sukan diterima baik oleh pihak media.

Ibrah Berita Harian Muka Depan

Produk-produk inovatif Nashata terbaru ditampilkan adalah Azza Toplectic, Hooda Sports Hijab dan Sut Yoga. Tutorial cara pemakaian tudung sukan Iman juga dipaparkan di Ibrah.

Nashata on Ibrah Berita Harian

Ibrah – Berita Harian : 3 Jun 2016

Kebebasan sewaktu bersukan terserlah apabila memakai pakaian sukan Nashata. Beryoga, berlari, melompat dan bersukanlah tanpa khuatir nampak aurat.

Aqilah dan Nahsuhah : Atlit Versatil

Aqilah dan Nahsuhah : Atlit Versatil

Bahaya MEROKOK pada wanita!

Tahukah anda fakta-fakta ini?

1. Peratusan perokok remaja perempuan meningkat iaitu 12.4% berbanding 11.5%  dalam kajian pada 2003.
Source: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 2009

2. Jumlah perokok wanita di Malaysia secara keseluruhan menunjukkan peningkatan iaitu 5.3 peratus dalam kajian 2009 berbanding 4.2 peratus pada 2003.

3. Perokok yang bersukan lebih mudah dua kali ganda untuk berhenti berbanding dengan perokok yang tidak bersukan

Menjual rokok kepada orang bawah umur 18 tahun dikira kesalahan yang berkuatkuasa sejak 14 May 1994. Secara Am nya  tempat-tempat awam seperti Hospital/ Klinik, Lapangan Terbang, lif dan tandas Awam, restoren yang berhawa dingin, kenderaan awam, kawasan kerajaan, institusi pelajaran, stesen pam minyak dan banyak lagi menjadi tempat yang di larang untuk merokok.

Bermula dari 1 June 2010,  perokok yang merokok di dalam pejabat akan di kenakan hukuman denda sebanyak RM 10,000.

Taknak pada rokok

Apa yang manjadi faktor merokok di kalangan wanita?

1. Faktor Budaya dan Masyarakat

2. Pendedahan dan Hasutan yang sangat kuat

3. Kawalan dan Akta yang Lemah

4. Emosi Perokok Sendiri

Menurut Pakar Obstetrik dan Sakit Puan Hospital Pantai Cheras, Dr. Mathi Arasu Muthusamy berkata merokok sebenarnya mendatangkan lebih banyak kesan buruk kepada wanita jika dibandingkan dengan lelaki, selain penyakit barah, jantung, respiratori, wanita merokok juga mengalami masalah kesuburan dan berdepan risiko semasa mengandung serta melahirkan.

Kesan-kesan merokok bagi wanita :

1. Memberi kesan pada pertumbuhan janin bagi wanita mengandung

2. Mengalami kesakitan semasa datang haid dan menopause awal

3. Melewatkan proses kehamilan dan jejaskan kesuburan

4. Menghasilkan genetic yang tidak sihat

5. Mandapat kanser pangkal Rahim

Cara-cara pencegahan :

Memang bukan mudah untuk membuang tabiat merokok serta merta kerana ianya satu ketagihan. Antara cara-cara yang mungkin boleh membantu mengurangkan rokok secara perlahan ialah :

1. Mengunyah chew gum atau gula-gula berangin

2. Elakkan diri dari rakan dan pasangan yang merokok

3. Ambil ubat dari dokter jika perlu untuk menggantikan nekotin dan masalah ketagihan

4. Jika terasa mahu merokok, terus berfikir melakukan aktiviti lain untuk mengalih perhatian

5. Set di minda, sayang pada orang sekeliling dan diri sendiri

6. Melakukan aktiviti riadah dan meningkatkan metabolisma badan

7. Mengkaji lebih mendalam akibat buruk yang akan terjadi dan menyesali

8. Jika terasa stress, layan musik dan keluar bersama rakan-rakan lain

Alangkah lebih baik jika anda menyimpan wang anda untuk anak-anak dan kehidupan di masa akan datang dari membazirkan duit dengan membeli rokok yang hanya sekadar membakar wang anda. Amalkan gaya hidup sihat dan sayangilah orang yang tersayang.

 

Sumber : Berita Harian- 30 Mei 2011, thestar - 3 Jun 2012, WHO