Pengalaman Bersama Ibrah – Sisipan Agama Berita Harian

Kami sangatlah teruja apabila Latifah, wartawan dari bahagian agama, Berita Harian menghubungi kami beberapa hari lalu untuk menggayakan koleksi fesyen sukan sopan dan bergaya Nashata.

Kami merancangkan penggambaran dibuat di Kelab Tasik Putrajaya di Presint 8 kerana pemandangannya sangatlah cantik. Dua model aktif dari utara turun ke Putrajaya untuk turut mengayakan koleksi kami. Mereka mempunyai latar belakang aktif dalam sukan dan memang menjaga aurat dan penampilan harian supaya sopan dan cantik dari segi dalaman dan luaran.

Setelah habis temu bual yang ringkas bersama Latifah, kami ke persisiran tasik untuk sesi penggambaran. Dengan solekan yang serba ringkas, Sarah, Nahsuhah dan Aqilah menggayakan sejumlah 9 pasang baju yang menampilkan pelbagai cara pemakaian. Jurukamera Helmi pula profesional memberi arahan yang berbeza untuk mengambil gambar-gambar yang sungguh menarik. Pelbagai aksi yang ditertarakan oleh anak-anak muda ini; yoga, larian, karate, lompatan dan berbasikal.

Muka Depan Berita Harian

Kami amat bersyukur kerana ditampilkan di muka hadapan Ibrah. Saya juga sangat berterima kasih kerana konsep memperagakan pakaian melalui aksi dan pose perbagai jenis sukan diterima baik oleh pihak media.

Ibrah Berita Harian Muka Depan

Produk-produk inovatif Nashata terbaru ditampilkan adalah Azza Toplectic, Hooda Sports Hijab dan Sut Yoga. Tutorial cara pemakaian tudung sukan Iman juga dipaparkan di Ibrah.

Nashata on Ibrah Berita Harian

Ibrah – Berita Harian : 3 Jun 2016

Kebebasan sewaktu bersukan terserlah apabila memakai pakaian sukan Nashata. Beryoga, berlari, melompat dan bersukanlah tanpa khuatir nampak aurat.

Aqilah dan Nahsuhah : Atlit Versatil

Aqilah dan Nahsuhah : Atlit Versatil

Leave a Reply