Ganjaran Kekal Cergas di Bulan Ramadan

Pada bulan Ramadan ini saya bernekad untuk meneruskan latihan larian dan yoga seperti hari-hari biasa. Ini adalah kerana saya ingin mengekalkan stamina, menurunkan tahap lemak badan dan tonkan badan. Apatah lagi, saya masih ingat seramai 3,000 para atlit yang beragama Islam berlatih dan bertanding seperti biasa semasa Sukan Olimpik 2012 yang berlangsung di London pada bulan Ramadan.

Kajian juga menunjukkan terdapat penurunan berat badan tanpa perubahan pada prestasi fizikal para atlit perempuan ketika berlatih di bulan puasa. Inilah masanya untuk terus berpikiran positif dan bina keyakinan diri kerana kadang-kadang akal banyak memberi alasan.

Kekal Cergas

Pada hari pertama Ramadan, selepas memasak untuk berbuka, pada jam 6 petang, saya bergegas keluar untuk berlari 5km. Alhamdulillah, walaupun tahap larian perlahan, saya dapat menghabiskan latihan selama 45 minit. Pada Ramadan kedua pula, saya berlari sejauh 3.3km sahaja kerana kesuntukan masa selepas menyediakan juadah berbuka. Oleh kerana berlari semasa berpuasa adalah baru bagi saya, adalah penting saya peka dengan reaksi atau perubahan badan ketika dan selepas larian. Alhamdulillah, selepas berbuka, saya dapat meneruskan ibadah tarawih di masjid bersama keluarga seperti biasa.

Yoga Ramadhan

Ramadan Pertama : Sambil Berlari, Berhenti Sejenak Untuk Crow Pose Yoga

HotFM Cergas Ramadan bersama AIA Vitality

Ramadan Kedua : Larian 3.3 km sahaja

Ganjaran

Teruja sungguh saya apabila mengetahui HotFM Cergas Ramadan bersama AIA Vitality menggalakkan gaya hidup aktif dan cergas pada bulan Ramadan. Terdapat pertandingan yang amat senang untuk disertai untuk mereka yang meneruskan gaya hidup yang aktif pada bulan Ramadan. Sambil bersenam, ambillah peluang untuk mendapatkan ganjaran berbentuk barangan sukan bernilai RM300. Cuma upload gambar atau video anda melakukan aktiviti senaman di Instagram atau Facebook. Berikan kepsyen kreatif kenapa anda pilih untuk kekal cergas di bulan Ramadan. Nak upload gambar senam bersama rakan pun boleh! Jangan lupa #SayaPilihCergasRamadan dan #AIAVitalityMY serta tag @hotfm976. Apa yang menarik lagi – AIA Public Takaful akan menderma RM10 ke badan amal untuk setiap penyertaan. Jangan lupa untuk menyertainya dan info lanjut boleh didapati di http://www.hotfm.com.my/hot-fm-cergas-ramadan-bersama-aia-vitality/

Teruskan gaya hidup yang aktif dan cergas di bulan Ramadan. Pastikan anda mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari, dan mendapat cukup rehat dan tidur sebaik-baiknya 7 jam sehari supaya badan sihat tanpa sebarang tekanan.

Energy & Protein Bar

Mudah Disedia di Rumah :  Bar Tenaga & Protein Diperbuat dari Pisang, Oat, Kacang, & Kranberi untuk memberi khasiat semasa Ramadan

Leave a Reply