5 Perkara yang boleh buatkan badan anda kurus di Bulan Ramadhan

berlari

Semasa bulan Ramadan inilah anda semestinya fokus mengerjakan ibadah puasa. Ianya bukan untuk menguruskan badan. Tetapi adakah badan anda semakin kurus atau semakin gemuk? Banyak orang makan mengikut nafsu apabila berbuka yang tanpa di sedari segala diet dan pemakanan seimbang terabai dan tidak di beri perhatian. Jangan pula terlalu kurang pergerakkan fizikal semasa berpuasa

Sambil menimba pahala di bulan Ramadhan ini, ikuti 5 tips yang boleh buatkan badan anda kurus,

1. Merancang aktiviti fizikal 

  • Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk mengedaran darah semasa berpuasa
  • Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.
  • Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?
  • Tahukah anda, anda dapat membakar 50-80 kalori  membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.

2. Makan mengikut kalori  yang bersesuaian

  • Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari
  • Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori. 
  • Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.

3. Berbuka dengan makanan penurunan berat badan

  • Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin
  • Makan makanan yang  tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak

4. Mengawal kadar pengambilan air

  • Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan
  • Elak mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari
  • Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.

5. Rancangkanlah pemakanan anda

  • Bangun sahur dan mengambil makan & minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian
  • Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi
  • Sama-samalah kita elakkan pembaziran wang dan makanan.

Kalau anda terasa mahu muat memakai baju raya pada bulan hadapan, jangan lupa untuk jaga pemakanan dan kesihatan di bulan ramadhan ini.

Aktiviti-aktiviti berfaedah untuk anak-anak anda di musim cuti sekolah!

Cuti sekolah yang panjang sudah pun bermula. Apa aktiviti yang boleh dilakukan semasa cuti sekolah? Penuhi masa terluang anak-anak anda dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah di bawah ini dan jangan sesekali membiarkan mereka membuang masa kerana masa itu EMAS dan sangat berharga!

Aktiviti Berfaedah musim cuti sekolah

1) Kem Cuti Sekolah

Kebiasaannya sebelum cuti sekolah bermula, guru kelas ada menganjurkan kem-kem cuti sekolah yang termasuk dalam aktiviti kokurikulum. Para ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka melibatkan diri dalam kem-kem anjuran luar di mana banyak memberi faedah dan kebaikan pada diri mereka. Seperti contoh Kem Jati Diri, Kem Khemah Ibadah, Kem Motivasi dan sebagainya

2) Sertai Kelas Kemahiran

Selain dari belajar semata-semata mengadap buku  yang tebal, anak-anak anda boleh menyertai kelas kemahiran untuk meningkatkan taraf kebolehan diri masing-masing supaya diri mereka boleh menjadi ‘multitasking’ dan lebih berharga berbanding dengan rakan-rakannya yang lain. Seperti contoh Kelas Musik, Kelas Memasak/Menjahit, Kelas Bertukang dan sebagainya.

3) Siapkan Tugasan Sekolah

Beri peringatan kepada anak-anak anda supaya menghabiskan kesemua kerja sekolah yang diberikan terlebih dahulu terutama kepada mereka yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun hadapan. Ini juga mencerminkan keperibadian anak anda dan keluarga dalam mendidik dan mendisiplinkan diri mereka.

4) Beriadah Bersama Kawan-kawan dan Keluarga

Kadang-kala para ibu bapa tiada masa untuk meluangkan masa mereka untuk anak-anak kerana terlalu sibuk bekerja. Beriadah bersama anak-anak di waktu pagi sebelum ke tempat kerja atau selepas balik kerja dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan apa yang penting dapat menyihatkan tubuh badan seperti contoh berbasikal, berjoging, mendaki bukit dan sebagainya.

5) Bergotong royong

Melakukan aktiviti pembersihan kawasan rumah dan di dalam bilik juga dapat menyihatkan tubuh badan dimana ia dapat mengeluarkan peluh dan membakar lemak apabila menggunakan tenaga. Islam juga mementingkan kebersihan bagi mengelakkan sebarang penyakit dan jangkitan kuman pada badan.

6) Menonton Televisyen

Anak-anak kini gemar menonton cerita-cerita terbaru atau kartun. Sebaiknya berikan pendedahan tentang sukan dan penjagaan kesihatan melalui siaran-siaran sukan dan kesihatan di kaca televisyen seperti sukan bola sepak, badminton atau sebagainya dimana mereka boleh praktiskan semasa melakukan sebarang latihan atau pertandingan. Ia juga sekali gus dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan memupuk semangat kesukanan dan penjagaan diri dengan baik dalam diri anak-anak anda.

7) Pergi ke perpustakaan

Berikan mereka pendedahan tentang pentingnya membaca buku. Bawa  mereka bersama ke perpustakaan yang berhampiran untuk meminjam dan membaca buku. Berikan juga mereka kebebasan dalam mengolah isi kandungan setiap buku yang dibaca mengikut pemahaman dan kreativiti mereka tersendiri. Aktiviti sebegini juga dapat mengelakkan anak-anak anda terjebak dari aktiviti-aktiviti yang kurang sihat akibat terpengaruh dengan rakan-rakannya yang lain.

8) Aktiviti bersama keluarga

Ajar anak-anak anda sembahyang berjemaah bersama dan hadiri kelas-kelas Al-Quran untuk menambahkan pengetahuan mereka tentang hal-hal berkenaan akhirat. Aktiviti ini sekali gus dapat memberi kesedaran yang mendalam dalam diri mereka dan membentuk sahsiah diri yang baik. Selain itu juga anda boleh memasak bersama-sama untuk mengukuhkan lagi ikatan kasih sayang dengan anak-anak.