8 ALASAN Orang Malas Bersenam

Semua orang mempunyai perwatakan dan minat yang berbeza. Anda sendiri yang membuat keputusan sama ada ingin memilih yang baik atau pun tidak. Sama juga dengan bersukan, perlu ada minat dan kesabaran untuk mencapai berat badan yang di ingini. Jangan amalkan kata-kata yang buruk untuk semua perkara kerana ianya mendatangkan banyak keburukan pada diri sendiri. Antara alasan-alasan yang sering kita dengar untuk melakukan senaman :

ALASAN #1 – “Sibuk la. Tak ada masa nak bersenam”

Selalunya kerja yang banyak (workload) membuatkan seseorang terlalu sibuk dan tidak mempedulikan masa untuk bersenam. Kalau anda lebih pentingkan wang ringgit, sememangnya anda akan berikan alasan sebegini

ALASAN #2 – “Tak perlu la bersenam lagi, saya memang di takdirkan gemuk”

Ubah persepsi dan cara pemikiran anda yang negetif itu. Gemuk pasti boleh di kuruskan semula.  Tetapi perlukan usaha dan kesungguhan anda yang berterusan.

ALASAN #3 – “Saya diet, Tak bersenam pun tak pe”

Diet bukan la cara yang sangat berkesan untuk kurus kerana cara tersebut tidak membakar kalori malah hanya sekadar mengawal pemakanan.Ya pastinya sangat berbeza antara diet dan juga bersenam. Cuba sendiri baru tahu

ALASAN #4 – “kalau bersenam nanti badan saya nampak macam ahli bina badan”

Sebenarnya TIDAK sama sekali. Badan anda akan kelihatan lebih cantik jika anda bersenam dengan berdisplin. Untuk mendapatkan badan seperti ahli bina badan bukanlah mudah, memerlukan masa yang sangat panjang.

ALASAN #5 – “Bencilah bersenam, lepas bersukan penat dan badan akan terasa sakit-sakit”

Ya memang betul. Anda berasa penat setelah mengeluarkan peluh tetapi ianya perkara yang sihat untuk di lakukan. Kebiasaannya badan akan terasa sakit lepas bersukan kerana anda jarang bersukan, tidak memanaskan badan terlebih dahulu atau anda melakukan senaman dengan cara yang salah, Jangan jadikan ia aktiviti yang membebankan. Walaupun anda manaiki tangga yang tinggi juga sebenarnya anda SEDANG melakukan senaman.

ALASAN #6 – “Nanti-nanti jela bersenam, makan banyak nanti gemuk balik”

Sifat bertangguh bukan la amalan yang baik dan pastinya membawa banyak keburukan. Ada antara mereka bersenam hanya kerana ingin kelihatan cantik semasa majlis perkahwinan, anda yang bersenam kerana tujuan nak mencari pasangan. Oleh kerana itu golongan ini hanya akan bersenam TIDAK secara berterusan.

ALASAN #7 – “Leceh la nak bersukan, tak ada baju sukan yang sesuai”

Wanita yang selalunya sering mengeluh tentang cara pemakaian walaupun ketika bersukan. Anda tidak perlu terlalu cantik, cukup hanya sekadar menutup aurat dan besederhana seperti konsep pemakaian kami yang mudah di pakai, sangat sesuai untuk bersukan dan mengikut cita rasa orang ramai. Jika anda bermasalah tentang pemakaian, anda boleh membeli disini NASHATA.COM dan mencuba sendiri kesan dan perbezaan apabila memakai ketika bersukan.

ALASAN #8 – “Malu la nak bersenam, tiada kawan nak teman”

Ada sesetengah orang berasa malu untuk bersenam terutama orang gemuk yang ingin kuruskan badan kerana dia terasa dirinya seperti di lihat, di pandang dan seperti ada orang yang menyindir di belakang. Anda sebenarnya harus tidak sesekali memikirkan dan mempedulikan apa yang orang perkatakan kerana ianya membuatkan anda hilang semangat. Buktikan pada mereka anda mampu melakukannya! Untuk mengatasi masalah ini.

Tak perlu pikir pelbagai alasan. JUST DO IT and you can feel the differences. It’s work!

 

8 Sebab Menarik untuk Mendaki Gunung!

Apa yang istimewanya mendaki gunung? Kenapa ramai kawan-kawan anda mendaki gunung?

Antara gunung-gunung yang popular menjadi tarikan orang ramai ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Brinchang di Kuantan, Gunung Gading di Sarawak, Gunung Ledang di Johor, Gunung Angsi di Perak dan sebagainya. Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan mendaki gunung, antaranya :

JASMANI

1) Membentuk Tubuh Badan yang Menarik

Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki dan otot gluteus anda. Ini dapat menganjalkan bahagian pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu mendaki bukit mempunya kaki yang kuat dan pinggul yang anjal.

otot gluteus

otot gluteus

2) Menguji Kekuatan Anda

Ya! Memang benar mendaki gunung penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, runtuhan salji, tanah runtuh, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda mendaki, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda.

descend

3) Salah Satu Latihan CARDIO yang Terbaik 

Menaiki bukit adalah salah satu daripada 5 latihan cardio yang terbaik. Apabila mendaki bukit, jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda pasti akan sihat.

ROHANI

4) Terapi semasa Menikmati Alam Sekitar

Terasa susah hati? Bosan? Terasa tertekan? Cuba mendaki bukit dan anda akan lebih menghargai diri anda sendiri dan waktu yang anda ada sekarang. Apabila anda meluang masa menerapikan diri dengan menikmati alam semulajadi. Anda akan berasa segar dan bertenaga selepas meluangkan masa bersama alam semulajadi.

Apatah lagi apabila di atas bukit, pusat graviti semakin jauh dan menjadikan suhu makin rendah dan udaranya nyaman. Udara juga kurang pencemaran berbanding dengan atas jalan raya biasa

5) Merasa Rendah Hati

Apabila anda sampai ke puncak gunung, cuba toleh ke bawah. Kesemuanya kehidupan anda lihat seperti semut yang hakikatnya kita memang tersangat kecil. Anda akan terasa lebih insaf dan rendah diri walaupun anda kaya, berpendidikan tinggi, dan memiliki segala-galanya.

10653804_10204558202252787_1467854854005080942_n

6) Mengukuhkan Ikatan Persaudaraan

Mendaki gunung bukan aktiviti perseorangan kerana ianya banyak risiko berbahaya. Oleh kerana anda mendaki secara beramai-ramai, anda lebih yakin dan terasa lebih selamat kerana jika anda hadapi sebarang masalah, rakan-rakan lain akan berikan bantuan. Selain itu juga, anda akan lebih bersaing dan berlumba-lumba untuk sampai ke puncak dahulu. Anda juga dapat menyokong antara satu sama lain untuk sampai ke puncak.eda1

7) Menjadi kebanggaan untuk diri sendiri

Bukan mudah untuk sampai ke puncak gunung, bergantung juga kepada ketinggian gunung yang didaki. Tetapi jika anda berjaya melakukannya, anda seorang yang HEBAT!

low's peak

8) Rasa ingin tahu yang tinggi

Kita sememangnya tidak tahu apa yang ada di sepanjang jalan dan juga puncak bukit dan pastinya ingin tahu! Dengar dari mulut orang lain belum tentu sama dengan apa yang kita akan lihat sendiri. Maka teruskan usaha anda untuk sampai ke puncak dan terus menerokai semangat ingin tahu anda. Banyak yang anda dapat pelajari semasa mendaki bukit atau gunung.

10635962_360032860821941_1274924006077063539_nEda Fuzi berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan memakai Ultra Top Hitam, Ultra Heather Top Oren dan Pink Compression Armsleeves Nashata. Tahniah kepada beliau.
Gambar-gambar di atas adalah sumbangan Eda ketika mendaki Gunung Kinabalu pada 1 September 2014.

Anda bukannya berseorangan, Jika anda tidak tahu di mana untuk mula, anda boleh cuba untuk mencari kumpulan-kumpulan yang aktif mendaki seperti GunungOnline dan sebagainya. Anda juga secara tidak langsung dapat menambahkan kenalan lebih ramai lagi. Mari Mendaki!

 

10 Bahagian Badan Yang Memberikan Kesan Ketika Bersukan

Anda melakukan sukan kerana untuk kurus, mencapai target kecergasan, atau hanya sekadar suka-suka? Apa yang pasti bersukan pasti mengubah badan anda secara keseluruhan.

Otot1. OTOT : Gula dalam badan yang di serap dari pemakanan akan bertukar kepada glikogen dimana ianya di perlukan untuk menjana tenaga dan melakukan pergerakan. Tanpa oksigen yang mencukupi, asid laktik akan membentuk dan akan terbuang selepas melakukan senaman selama 20-30 minit. Kebiasaannya otot-otot akan terasa sakit selamat beberapa hari

Lungs

2. PARU-PARU : Badan anda mungkin perlu sehingga 15 kali lebih banyak oksigen apabila anda bersenam, jadi anda mula bernafas dengan lebih cepat dan dada akan turun naik. Kapasiti maksimum penggunaan oksigen dipanggil VO2. Semakin tinggi kadar VO2, semakin fit badan seseorang

 

diaphragm

3. DIAFRAGMA : Kadang-kala  diafragma menjadi kejang kerana pernafasan yang sangat laju ketika bersenam. Manarik nafas dengan mendalam dan membuat senaman regangan dapat mengurangkan rasa ketidakselesaan ketika sedang melakukan senaman.

 

Heart4. JANTUNG : Senaman merangsang penumbuhan pembuluh darah baru di bahagian jantung dan merendahkan tekanan darah pada mereka yang aktif dan cergas

 

Stomach & Intestines5. PERUT DAN USUS : Selepas makan, tidak di galakkan terus melakukan aktiviti sukan kerana akan mengganggu proses penghadaman dan merosakkan perut dan juga usus

 

Brain6. OTAK : Manjadikan anda lebih fokus dan peka terhadap sesuatu perkara.

 
 
 

kidneys7. BUAH PINGGANG : Selepas bersukan, buah pinggang akan memproses protin dengan lebih banyak untuk dijadikan urin (air kencing)

 
 

Skin8. KULIT : Badan seperti enjin dan akan menjadi panas apabila melakukan senaman. Apabila panas, kulit akan mengeluarkan peluh dan secara langsung membuang toksin melalui peluh tersebut.

 

face9. MUKA : Kapilari di muka akan membesar dan membebaskan haba. Kulit muka akan menjadi merah selepas bersenam.

 
 

joints10. SENDI : Setiap sendi dipenuhi dengan tisu lembut di hujung tulang dipanggil tulang rawan, serta tisu lembut dan cecair pelincir, berfungsi untuk membantu pergerakan yang lancar dan mudah. Ligamen dan tendon memberikan kestabilan.

 

Bersukan membawa beribu manfaat pada badan yang lebih efektif dari mengambil sebarang pil kurus mahupun vitamin tambahan. Senaman adalah salah satu cara untuk mendapatkan badan yang sihat dan otak yang cergas. Mari bersenam di hujung minggu ini!

Apa hubungkait antara KEMURUNGAN dan SENAMAN?

1 daripada 10 orang di Amerika Syarikat mengalami kemurungan atau lebih dikenali sebagai ‘depression‘, dan angka itu sama juga untuk orang dewasa di Selangor, dimana 10.3% mengalami kemurungan.

exercise and depression

Dalam kajian lain pula yang di buat selama 4 bulan, sejumlah 156 pesakit murung diberi rawatan yang berbeza; Bersenam, Ubatan dan Gabungan Senaman dan Ubatan. Kajian berikut menunjukkan 90% pesakit murung yang melakukan senaman, sembuh dari kemurungan dan hanya 8% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Sementara, hanya 55% pesakit murung yang mengambil ubat sahaja  sembuh manakala 38% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Ini jelas menunjukan bersenam tanpa mengambil sebarang ubatan amatlah berkesan untuk merawati kemurungan.

graf

Kenapa senaman lebih berkesan berbanding mengambil ubat untuk mengatasi masalah kemurungan?

Tiap kali melakukan senaman, Ia memberikan kesan langsung pada badan terutama pada bahagian otot-otot, tulang, salur darah yang terus akan memberi rasa kelainan pada diri dan meningkatkan keyakinan diri. Beza pula dengan ubatan yang di mana kesannya hanya sekadar menghilangkan rasa sakit dan menindas kimia jahat dalam diri. Jika mengambil jumlah yang banyak juga mungkin akan memberikan kesan negatif dan menambahkan toksin dalam badan.

Apa antara senaman utama yang efektif untuk menghilangkan masalah kemurungan?

Senaman AEROBIK. Ini kerana senaman ini bukan hanya tertumpu untuk mengurangkan berat badan semata-mata. Tetapi ianya lebih dari keseronokan membuat senaman  dengan disertai lagu yang boleh menghilangkan rasa stress. Dan apa yang lebih seronok, senaman ini mengikut rentak melodi yang di mainkan bersama rakan-rakan yang lain.

Kenapa Kemurungan Perlu Diatasi?

Kemurungan adalah tanda masalah kesihatan organ otak. Ianya perlu sihat seperti organ-organ badan yang lain.

Kemurungan akan memberi kesan negatif terhadap prestasi di tempat kerja atau di sekolah. Ianya juga akan memberi kesan negatif terhadap perhubungan dengan orang tersayang dan juga orang lain. Kemurungan jika dibiarkan boleh mengakibatkan menganiayaan diri yang boleh mengakibatkan kecederaan diri dan juga orang lain.

Kesimpulan

Tak perlu berasa murung. Nikmati kehidupan anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti keluar bersenam dengan rakan-rakan, hirup udara segar dan sentiasa senyum jika ada sebarang masalah. Pastikan anda bersenam secara berterusan untuk menjaga kesihatan mental anda. Hidup ini sangat singkat, hargailah setiap detik dengan perkara bermanfaat

rujukan : madinamerica, plosone

5 Perkara yang boleh buatkan badan anda kurus di Bulan Ramadhan

berlari

Semasa bulan Ramadan inilah anda semestinya fokus mengerjakan ibadah puasa. Ianya bukan untuk menguruskan badan. Tetapi adakah badan anda semakin kurus atau semakin gemuk? Banyak orang makan mengikut nafsu apabila berbuka yang tanpa di sedari segala diet dan pemakanan seimbang terabai dan tidak di beri perhatian. Jangan pula terlalu kurang pergerakkan fizikal semasa berpuasa

Sambil menimba pahala di bulan Ramadhan ini, ikuti 5 tips yang boleh buatkan badan anda kurus,

1. Merancang aktiviti fizikal 

  • Lakukan 15-45 minit senaman ringan seperti berjalan, mengemas rumah dan sebagainya. Ianya baik untuk mengedaran darah semasa berpuasa
  • Kurangkan tidur dan lebihkan solat yang juga merupakan satu senaman. Anda dapat membakar sebanyak 60-80 kalori (mengikut berat badan anda) dengan menunaikan solat 5 waktu atau 17 rakaat.
  • Solat tarawih adalah juga satu kegiatan fizikal yang menguja kekuatan anda. Cuba kirakan berapa kalori dibakar apabila anda mengerjakan solat tarawih 20 rakaat?
  • Tahukah anda, anda dapat membakar 50-80 kalori  membaca selama satu jam? Bacalah Al-Quran di mana-mana jua anda berada. Ia membuatkan anda sentiasa peka dan minda anda juga dapat diasah.

2. Makan mengikut kalori  yang bersesuaian

  • Mengambil sebanyak 1200-2000 kandungan kalori setiap hari
  • Walaupun puasa kita masih perlu mengira secara terperinci kandungan kalori setiap makanan . Jangan lupa dua biji kurma mengandungi sekurang-kurangnya 45 kalori. Kalau anda memakan 10 biji kurma, anda telah mengambil sekurangnya 225 kalori. 
  • Makanlah seperti sediakala. Tidak perlu ditokok tambah pemakanan anda semasa berbuka puasa.

3. Berbuka dengan makanan penurunan berat badan

  • Lebihkan makan buah-buahan yang mengandungi banyak serat dan vitamin
  • Makan makanan yang  tinggi fiber & protin untuk menyeimbangkan kandungan gula, menghilangkan rasa lapar dan berlebihan makan
  • Elakkan makanan yang bergoreng dan berminyak

4. Mengawal kadar pengambilan air

  • Minum dengan kadar yang bersesuaian dengan berat badan
  • Elak mengambil makanan yang masin kerana boleh menambahkan rasa dahaga di siang hari
  • Elakkan minuman berais atau minum secara berlebihan semasa berbuka.

5. Rancangkanlah pemakanan anda

  • Bangun sahur dan mengambil makan & minum yang secukupnya untuk bekalan puasa seharian
  • Membeli dan menyediakan juadah yang berkhasiat dan bersahur dengan kadar yang mencukupi
  • Sama-samalah kita elakkan pembaziran wang dan makanan.

Kalau anda terasa mahu muat memakai baju raya pada bulan hadapan, jangan lupa untuk jaga pemakanan dan kesihatan di bulan ramadhan ini.

Badan naik selepas kahwin?

Sedar atau tidak, kebanyakan wanita berat badannya bertambah selepas berkahwin. Ingin tahu kenapa? Mengikut kajian terhadap  lebih 125,000 orang, mereka yang berkahwin lebih cenderung untuk bertambah berat badan. Antara faktor-faktor utama :

Fat Transformation copy

1) Perubahan Hormon

Semasa mengandung, Si ibu akan lebih cenderung risaukan kesihatan anak dalam kandungan. Bukan hanya makan untuk seorang tetapi makan untuk 2 ORANG. Maka si ibu akan cepat berasa lapar dan letih kerana baby dalam kandungan berkongsi khasiat dalam badan. Doktor juga menyarankan makan kerap dan mengambil makanan yang berkhasiat, tidak boleh sesekali mengambil makanan bergas, berajinamoto ataupun makanan yang tinggi kandungan pewarna dan perasa tambahan. Di sebabkan itu juga, berlaku penambahan berat badan yang mendadak dan kita sering lihat si ibu makin montel dan comel

2) Dah ada ‘peneman’ setia

Sebelum kawin, punya la risau akan berat badan gara-gara takut tiada siapa yang nak. Tapi apa yang berlaku lepas kahwin, penampilan diri entah ke mana kerana sudah ada suami tercinta. Perlu di ingatkan, berhias untuk suami adalah menjadi satu ibadah. Kalau terasa tidak mahu suami mencari pasangan lain, mari kita sama-sama exercise dan mengubah cara hidup sebelum terlambat. Anda cantik, pastinya menjadi kebanggaan suami

3) Sering ke dapur

Adalah menjadi tanggungjawap perempuan menjaga kebajikan si suami selepas berkahwin. Anda sering ke dapur untuk menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. Jika mereka lapar, anda pasti risau. Oleh kerana anda sentiasa memasak di dapur, andalah orang pertama yang besar kebarangkalian untuk menjadi gemuk kerana makanan di depan mata! Oleh itu, kawal pemakanan, dan sediakan hidangan mengikut waktu tertentu.

4) Malas bersenam

Ini bukan sehaja berlaku pada wanita selepas berkahwin, tapi yang belum berkahwin juga ada yang malas bersenam kerana tidak peduli tentang kesihatan. Wanita yang lepas berkahwin kurang kesedaran untuk menjaga kesihatan kerana sudah memiliki keluarga dan lebih fokus kepada kewangan dengan jumlah ahli keluarga yang makin berkembang dari masa ke semasa. Mereka juga kurang mendapat dorongan dari suami kerana suami sibuk bekerja walaupun hari weekend lebih selesa duduk bersantai di rumah bersama keluarga tanpa melakukan sebarang aktiviti.

 

Cara-cara mengatasi:

cara mengatasi

So kalau tanak makin membesar, JOM kita bersukan beramai-ramai. Its ok walaupun sekejap atleast kene bersukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Keep fit and maintain your body!

 

 

Sumber rujukan dari : Women’s Health Online

Apakah warna pilihan anda untuk pakaian sukan?

 

Warna apa nak pakai ni

1. Tidak pasti apakah warna yang sesuai untuk pakaian sukan?

Inilah jenis warna yang menjadi pilihan orang ramai :

1) COLOR BLOCK

2) WARNA PASTEL

3) WARNA NEON

4) WARNA GELAP

5) WARNA KRAYON

6) Entah laaaa….

2. Apakah warna pilihan anda?

Sebenarnya kesemuanya CANTIK untuk dipakai tetapi adakah anda tahu jika pakai pakaian yang CERAH, ianya boleh membuatkan anda kelihatan sangat berbeza. Lihat gambar-gambar di bawah :

Effect Warna1

Penggunaan warna yang cerah dan ceria dapat menambahkan keyakinan diri semasa bersukan. Warna yang terang dapat menyerlahkan keceriaan dan semangat anda ketika bersukan.

Warna yang terang amatlah penting untuk sukan jenis berpasukan. Jika anda dan rakan kumpulan anda bertanding dengan pakaian yang menonjolkan tenaga kumpulan anda, ianya secara tidak langsung memberi kesan psikologi kepada pihak lawan. Pihak lawan akan rasa gentar akan warna pasukan anda yang terang dan bersemangat.

Bagaimana pula warna neon yang sangat terang? Ianya sangat sesuai untuk sukan individu dan aktiviti dalam gelap. Warna yang sangat terang dapat membantu anda untuk dilihat pada waktu malam atau di dalam keadaan yang gelap.

3. Penampilan ketika bersukan

Cuba anda lihat perbezaan yang ketara oleh model marathon kami di bawah ini, Intan Suraya setelah mencuba dan menggunakan pakaian NASHATA berbanding cara fesyen pakaian sukannya sebelum ini.  TAK! Ini bukanlah sebab solekan, kerana Intan sememangnya semulajadi cantik tanpa solekan. Tetapi, pilihan warna dan fesyen sukan yang sesuai dapat memberi penampilan yang berbeza untuk menampakkan imej anda.

Intan kelihatan lebih muda, ceria, bertenaga dan lebih berkeyakinan kini berbanding dahulu.

Intan transformation3

Warna kegemaran pelanggan NASHATA ialah warna-warni dan cerah kerana para atlet Muslimah amatnya ceria. Antara warna-warna yang menjadi pilihan ialah color block iaitu :

BIRU TURQUOISE, HIJAU, UNGU, OREN, FUSCHIA, KELABU, PINK, MERAH dan HITAM

Warna yang tidak terang seperti Kelabu dan Hitam juga cantik dan digemari ramai. Ianya dapat menampilkan sifat kesederhanaan pemakai dan ianya juga dapat dipadankan dengan warna-warna yang lain.

4. Apakah Warna trend kini untuk pakaian sukan?

Trend terkini termasuklah warna ‘heather’, atau berbelang-belang. Ianya sangatlah menarik dan menyeronokkan

red-heather-knit-t-shirt-fabric-texture-600x400

Pilihlah warna pakaian sukan yang dapat memberi keyakinan yang tinggi dan penampilan yang baik ketika bersukan. Ianya dapat membantu meningkatkan prestasi anda dan pasukan anda.

 

5 Jenis Senaman Loncatan

Berapa banyak lemak anda terbakar bergantung kepada aktiviti sukan yang anda lakukan, berat badan anda dan berapa lama anda melakukan sukan tersebut. Anda boleh kira berapa lemak anda yang terbakar semasa melakukan sukan lompatan di bawah ini di SINI. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang lain. Boleh melompat juga mengikut rentak lagu yang bersesuaian. Sukan lompatan ini dapat membakar lemak, memberi ketahanan pada kaki, dan membetulkan kedudukan tulang badan.

1) LOMPAT BINTANG

lompat bintangBerdiri tegak dengan tangan kedua belah di sisi peha. Loncat dengan kaki terbuka sedikit dan tangan mendepa secara selari seperti gambar di atas. Kemudian loncat dengan kaki tertutup dan tangan melurus ke atas. Ulang langkah tersebut sebanyak 8 kali secara teratur.

 2) LOMPAT TEPI

lompat sideLompatan ini hanya melibatkan sisi kiri dan kanan. Kaki meloncat ke kiri dan ke kanan selari dengan tangan. Hanya sebelah kaki menjejaki tanah dan sebelah lagi terangkat. Ulang secara selang seli sebanyak 8 kali

3) LOMPATAN TENDANG

lompat kedepan

Lompatan ini amat mudah. Ia di lakukan seperti menendang ke hadapan. Tekniknya ala-ala membuat latihan taekwando. Pastikan kaki anda berada pada tahap 90 darjah dan lurus di hadapan untuk memberikan kesan regangan yang berkesan pada bahagian peha. Ulang selang seli pada kaki kiri dan kanan.

4) LOMPAT LUTUT “L”

lompat lutut

 

Langkah ini lebih kurang seperti lompatan tendang cuma yang membezakannya adalah posisi kaki anda. Kaki anda akan membentuk ‘L’ kehadapan. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

 5) LOMPAT SETEMPAT

Lompat setempat bermaksud anda melompat pada tempat yang sama. Anda boleh melompat pada kadar yang rendah dahulu dan jika anda mampu, anda boleh melompat dengan lebih tinggi bergantung pada daya kekuatan anda sendiri.

Mari kita sama-sama MELOMPAT dengan riang! Tambahkan kekuatan pada kaki anda dan kurangkan lemak di badan! Lihat VIDEO ini. SELAMAT MENCUBA!

 

Acara Malaysia Women Marathon yang awesome!

ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan lancar untuk Pertunjukan Fesyen dan pelancaran Nashata yang pertama kali dalam program Malaysia Women Marathon (MWM) pada 15 Mac yang lepas yang di adakan di Royal Theater Shah Alam. Kami akan berkongsi cerita yang menarik bersama anda!

HARI PERTAMA | 14 MAC 2014 | JUMAAT

Program ini berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut bermula dari 14 sehingga 16 Mac 2014. Booth kami terletak di bahagian kanan pintu masuk dewan Royal Theater. Hari Jumaat tersebut mula di penuhi ramai pelanggan dan pengunjung yang datang untuk menyaksikan sesi dialog wanita dan sekaligus memberikan sumber inspirasi kepada para wanita yang lain untuk terus maju ke hadapan. Antara penceramah yang hadir ialah :

1) YB Rodziah Ismail, Exco Selangor untuk Kebajikan Wanita

2) Catherine Ndereba, Pemenang Marathon Dunia sebanyak 7 kali

3) Eliza Noordin, Usahawan Perniagaan Online

4) Alecia Heng, Pengasas Gorgeous Geek

Women Dialogues

HARI KE-DUA | 15 MAC 2014 | SABTU

Kami mengambil kesempatan ini untuk membuat pelancaran NASHATA untuk pertama kali. Segala produk terbaru, kami peragakan oleh model-model professional. Antaranya baju Riada Peplum, T-Shirt Lengan Pendek Keep Calm, Baju Ultra A-Cut, Tudung Amin Hijab, Seluar Aktif Riada, Bag Sukan dan Bag Kasut. Pertunjukan Fesyen ini di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Nur Suryani Mohd Taibi, Penembak Negara Olimpik yang merasmikan pelancaran dangan menulis tanda tangan di baju A-Cut Nashata yang berwarna kelabu. Ratu Muslimah Dunia 2013, Obabiyi Aishah Ajibola juga membuat penampilan semasa pertunjukan fesyen tersebut.

tandatnagn suriyani

Tandatangan Nur Suryani

Fashion Show

HARI KE-TIGA | 16 MAC 2014 | AHAD

Semua peserta larian berlepas dari perkarangan Dataran Merdeka Shah Alam. Kami menaja larian 5KM Fun Run yang disertai oleh pelanggan setia dan  kaum wanita yang lain dari perbagai umur. Acara larian tersebut telah di lepaskan oleh Catherine Ndereba dan disertai oleh YB Elizabeth Wong, YB Dr. Daroyah dan ratusan kaum hawa.

IMG_8178

Walaupun keadaan cuaca ketika itu tidak begitu baik dengan jerebu, aktiviti larian tetap di jalankan seperti yang di rancangkan, tetapi jarak larian dikurangkan ke 3km. Belon Nashata yang menarik dapat memberi semangat untuk para peserta barlari dengan gembira. Percaya atau tidak, pelatih industri kami Iman Aida Amirah berjaya membuat larian sebanyak 10km kerana tersilap memilih lorong larian gara-gara jerebu dan tidak nampak dengan jelas.

IMG_8173

Larian_1

Di kesempatan ini, kami dari pihak warga kerja Nashata mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan larian ini terutamanya penganjur Iron Girl Sdn. Bhd dan penaja utama Tourism Selangor.

Ikutilah juga liputan blogger dan media berikut:

Nota : Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Asia’s Leading Online Cycling News Portal, baikbike.com untuk beberapa gambar yang digunakan untuk blog ini
 

TERIMA KASIH

 

4 Perkara Yang Boleh DILAKUKAN Untuk Menguatkan Tahap Fizikal dan Mental

Eh? Apa bezanya kekuatan fizikal dan kekuatan mental?

Terdapat banyak aspek tertentu yang boleh dikaji mengenai kekuatan mental dan fizikal yang merupakan faktor penentu sama ada anda akan mempunyai kehidupan yang baik, sihat dan bahagia. Kekuatan mental sangat berkait rapat dengan kekuatan emosi.

intan_2Intan copy

 

Tanpa emosi, kita tiada sebab untuk bertindak atau melakukan apa-apa perkara. Emosi juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin semangat untuk bersukan. Apa yang buruknya, dengan emosi juga jika kita boleh terjurus kepada perkara negatif. Terdapat banyak situasi yang dapat dilakukan untuk mengawal dan menguatkan tahap fizikal dan mental antaranya :

 

1) Sentiasa melakukan apa yang disukai

Lakukanlah sukan yang anda suka. Elakkan melakukan aktiviti atau sukan dalam keadaan terpaksa atau kerana orang lain. Cubalah melakukan aktiviti yang anda suka kerana jika anda tidak ikhlas, ia tidak dapat member kesan positif kepada diri anda. Jadi lakukanlah sukan atau aktiviti yang anda gemari supaya anda gembira dan konsisten untuk melakukan senaman tersebut.

Mereka  yang mempunyai fizikal dan mental yang stabil kebiasaannya lebih fokus dengan apa yang paling suka dilakukan. Aktiviti sukan yang susah akan menjadi senang jika kita suka lakukannya. Kekuatan mental mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kekuatan fizikal. Jika minda kita kata sesuatu itu menyeronokkan, ia akan mendorong prestasi fizikal.

2) Sentiasa mempercayai diri sendiri

Pahamilah diri anda sepanjang masa dan sayangi diri anda melebihi dari orang lain. Anda perlulah percaya pada kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri. Anda juga perlu dapat memberi dorongan kepada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu langkah untuk memguatkan kepercayaan diri, anda boleh tetapkan matlamat anda sendiri dan disiplinkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Jika anda tiada pelan untuk menetapkan matlamat dan pelan sukan anda, anda boleh gunakan calendar gaya hidup aktif ini.

3)  Mengambil Masa untuk Menghayati Sesuatu

Orang yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat tidak ghairah untuk mencari keseronokan atau mengikuti trend semata. Mereka menghargai setiap saat yang berlalu dengan menikmati kehidupan yang sihat, tenang dan aman damai. Mereka lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati udara segar dari duduk bersahaja tanpa sebarang aktiviti riadah.

 

4) Sentiasa Berkata YA, SAYA BOLEH!

Jika anda ingin sihat dan kekal kelihatan muda, anda tidak perlu memberikan sebarang alasan dan mengatakan TIDAK untuk bersukan. Perkataan TIDAK melambangkan perkataan negatif yang akan membawa banyak perkara tertangguh dan mendatangkan kesan buruk pada diri anda. Oleh itu, selalukan katakan ‘YA, Saya Boleh!’ kepada diri sendiri, kerana ianya pasti akan memberi kesan positif kepada fizikal dan mental anda.

Menguatkan tahap mental dan fizikal adalah penting untuk wanita yang perlu mengharungi kehidupan harian yang mencabar.