Apa hubungkait antara KEMURUNGAN dan SENAMAN?

1 daripada 10 orang di Amerika Syarikat mengalami kemurungan atau lebih dikenali sebagai ‘depression‘, dan angka itu sama juga untuk orang dewasa di Selangor, dimana 10.3% mengalami kemurungan.

exercise and depression

Dalam kajian lain pula yang di buat selama 4 bulan, sejumlah 156 pesakit murung diberi rawatan yang berbeza; Bersenam, Ubatan dan Gabungan Senaman dan Ubatan. Kajian berikut menunjukkan 90% pesakit murung yang melakukan senaman, sembuh dari kemurungan dan hanya 8% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Sementara, hanya 55% pesakit murung yang mengambil ubat sahaja  sembuh manakala 38% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Ini jelas menunjukan bersenam tanpa mengambil sebarang ubatan amatlah berkesan untuk merawati kemurungan.

graf

Kenapa senaman lebih berkesan berbanding mengambil ubat untuk mengatasi masalah kemurungan?

Tiap kali melakukan senaman, Ia memberikan kesan langsung pada badan terutama pada bahagian otot-otot, tulang, salur darah yang terus akan memberi rasa kelainan pada diri dan meningkatkan keyakinan diri. Beza pula dengan ubatan yang di mana kesannya hanya sekadar menghilangkan rasa sakit dan menindas kimia jahat dalam diri. Jika mengambil jumlah yang banyak juga mungkin akan memberikan kesan negatif dan menambahkan toksin dalam badan.

Apa antara senaman utama yang efektif untuk menghilangkan masalah kemurungan?

Senaman AEROBIK. Ini kerana senaman ini bukan hanya tertumpu untuk mengurangkan berat badan semata-mata. Tetapi ianya lebih dari keseronokan membuat senaman  dengan disertai lagu yang boleh menghilangkan rasa stress. Dan apa yang lebih seronok, senaman ini mengikut rentak melodi yang di mainkan bersama rakan-rakan yang lain.

Kenapa Kemurungan Perlu Diatasi?

Kemurungan adalah tanda masalah kesihatan organ otak. Ianya perlu sihat seperti organ-organ badan yang lain.

Kemurungan akan memberi kesan negatif terhadap prestasi di tempat kerja atau di sekolah. Ianya juga akan memberi kesan negatif terhadap perhubungan dengan orang tersayang dan juga orang lain. Kemurungan jika dibiarkan boleh mengakibatkan menganiayaan diri yang boleh mengakibatkan kecederaan diri dan juga orang lain.

Kesimpulan

Tak perlu berasa murung. Nikmati kehidupan anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti keluar bersenam dengan rakan-rakan, hirup udara segar dan sentiasa senyum jika ada sebarang masalah. Pastikan anda bersenam secara berterusan untuk menjaga kesihatan mental anda. Hidup ini sangat singkat, hargailah setiap detik dengan perkara bermanfaat

rujukan : madinamerica, plosone

Tips Elakkan MIGRAIN

Peratusan golongan WANITA lebih cenderung mendapat penyakit migrain (84.3%) berbanding LELAKI (15.7%). Kaum MELAYU juga sering mendapat penyakit migrain (78.6%) berbanding kaum CINA (10%) dan INDIA (11.4%) ; Sumber dari Neurology Asia 2006

Sakit MIGRAIN itu bukanlah satu perkara yang boleh di jangka tapi ia boleh di cegah sebelum terjadi. Di bawah ini ada beberapa tips yang perlu di titik beratkan untuk mengelakkan dari sakit migrain :

1) Jauhi dari tempat yang bising (Phonophobia) dan cahaya yang terang (Photophobia)

  • Kurangkan melihat televisyen atau menghadap komputer terlalu lama
  • Jangan memandu ketika malam terutama bagi mereka yang ada masalah mata (silau yang tinggi)

2) Beri perhatian pada pengambilan makanan

  • Elak makan makanan yang mengandungi Thyramine dan Monosodium Glutamate (MSG) seperti contoh Keju, Meggi, coklat, alkohol dan sebagainya.
  • Elak dari minum minuman yang mengandungi kafein yang tinggi seperti Kopi, Nescafe atau minuman ringan seperti coca-cola, Kickapoo dan sebagainya.

3) Jauhi dari sebarang tekanan atau tansion

  • Hadapi segala masalah dengan tenang dan hati terbuka
  • Jangan terlalu memikirkan masalah yang tidak henti-henti muncul

4) Kerap melakukan aktiviti sukan

  • Lakukan senaman yoga yang dapat memberi ketenangan dalaman
  • Perjalanan darah dalam badan akan lebih aktif dan di salurkan sempurna ke otak

5) Makan dan tidur mengikut jadual yang betul

  • Perut yang kosong akan mengeluarkan rembesan asid pada perut dan menyebabkan gastrik
  • Tidur yang tidak cukup pula akan membuatkan otak letih berfikir dan sakit kepala

6) Buat diary untuk catat sakit kepala

  • Catat apa yang anda makan, dan berapa kali anda sakit untuk mengesan punca migrain

7) Berhati-hati dengan penukaran hormon ketika period

  • Perubahan estrogen pada badan ketika period, hamil atau menopause boleh menyebabkan migrain
  • Jangan ambil sebarang ubatan hormon seperti pil perancang yang akan memberi kesan buruk pada badan

8) Ambil Suppliments/makanan tambahan

9) Ketahui perubahan cuaca

  • Ketika panas terik, anda tidak disarankan membuat aktiviti luar
  • Jangan biarkan kepala terdedah secara langsung dengan cuaca panas yang terlalu lama

10) Elak dari bau busuk dan jauhi asap rokok

  • Asap rokok bukan sahaja membahayakan kesihatan malah kepala akan terasa sakit kerana asapnya yang kotor di  sedut dan di bawa ke otak

 

Jika anda manghadapi migrain yang teruk, anda di sarankan berjumpa dengan doktor dan lakukan pemeriksaan berkala untuk mengenalpasti punca sakit migrain anda. Otak memainkan peranan yang sangat penting. Jika tidak, segala aktiviti anda tidak dapat dilaksanakan dengan baik!

Kenapa badan GEMUK ???

Gemuk

1) STRESS

Sesetengah orang yang mengalami tekanan, dia akan mengambil makanan di luar tahap kebiasaan mereka. Tekanan yang diperolehi mungkin berpunca dari masalah keluarga, tekanan di tempat kerja, masalah kewangan, hubungan percintaan dan sebagainya. Hormon kortisol akan dilepaskan ketika dalam keadaan stress dan menyebabkan rasa lapa dan sekaligus meningkatkan pengumpulan lemak dalam badan.

http://widyadarablog.blogspot.com/2013/05/mengatasi-stres-penyebab-berat-badan.html

2) KETURUNAN

Faktor keturunan juga mempengaruhi rupa bentuk badan seseorang. Penyelidikan yang dibuat di Amerika Syarikat membuktikan bahawa anak-anak dari keturunan ibu bapa yang bertubuh normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% jika salah seorang daripada ibu bapa mengalami masalah berat badan dan akan meningkat menjadi 70-80% jika kedua-duanya menghidap obesiti. Meskipun kegemukan diwarisi secara genetik, ia masih boleh dicegah bergantung kepada diri setiap individu.

http://anizyn.blogspot.com/2009/04/punca-kegemukan.html#ixzz2kKVyrC9P

3) MALAS BERSUKAN

Dunia yang semakin pesat dengan perkembangan teknologi menyebabkan kita kurang melakukan aktiviti senaman dan tidak mengambil endah tentang kesihatan untuk jangka masa yang panjang. Keadaan ekonomi yang kurang stabil masa kini juga memberi kesan kepada kita kerana masing-masing sibuk mengejar wang untuk kesenangan dan keselesaan hidup tanpa menghiraukan keadaan kesihatan. Tetapi anda jangan terlupa! Kesihatan sangat bernilai dari wang ringgit.

4) PEMAKANAN

Pengambilan makanan yang berlebihan akan mengakibatkan kegemukan. Makan di waktu malam juga akan menjadikan badan anda gemuk kerana tenaga yang digunakan pada waktu malam sangat kecil berbanding di waktu siang. Di sarankan makan pada kadar yang sedikit dan tidak berlebihan sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Kurangkan juga pengambilan makanan ringan mahupon makanan yang mengandungi kolestrol tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang!