Apa hubungkait antara KEMURUNGAN dan SENAMAN?

1 daripada 10 orang di Amerika Syarikat mengalami kemurungan atau lebih dikenali sebagai ‘depression‘, dan angka itu sama juga untuk orang dewasa di Selangor, dimana 10.3% mengalami kemurungan.

exercise and depression

Dalam kajian lain pula yang di buat selama 4 bulan, sejumlah 156 pesakit murung diberi rawatan yang berbeza; Bersenam, Ubatan dan Gabungan Senaman dan Ubatan. Kajian berikut menunjukkan 90% pesakit murung yang melakukan senaman, sembuh dari kemurungan dan hanya 8% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Sementara, hanya 55% pesakit murung yang mengambil ubat sahaja  sembuh manakala 38% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Ini jelas menunjukan bersenam tanpa mengambil sebarang ubatan amatlah berkesan untuk merawati kemurungan.

graf

Kenapa senaman lebih berkesan berbanding mengambil ubat untuk mengatasi masalah kemurungan?

Tiap kali melakukan senaman, Ia memberikan kesan langsung pada badan terutama pada bahagian otot-otot, tulang, salur darah yang terus akan memberi rasa kelainan pada diri dan meningkatkan keyakinan diri. Beza pula dengan ubatan yang di mana kesannya hanya sekadar menghilangkan rasa sakit dan menindas kimia jahat dalam diri. Jika mengambil jumlah yang banyak juga mungkin akan memberikan kesan negatif dan menambahkan toksin dalam badan.

Apa antara senaman utama yang efektif untuk menghilangkan masalah kemurungan?

Senaman AEROBIK. Ini kerana senaman ini bukan hanya tertumpu untuk mengurangkan berat badan semata-mata. Tetapi ianya lebih dari keseronokan membuat senaman  dengan disertai lagu yang boleh menghilangkan rasa stress. Dan apa yang lebih seronok, senaman ini mengikut rentak melodi yang di mainkan bersama rakan-rakan yang lain.

Kenapa Kemurungan Perlu Diatasi?

Kemurungan adalah tanda masalah kesihatan organ otak. Ianya perlu sihat seperti organ-organ badan yang lain.

Kemurungan akan memberi kesan negatif terhadap prestasi di tempat kerja atau di sekolah. Ianya juga akan memberi kesan negatif terhadap perhubungan dengan orang tersayang dan juga orang lain. Kemurungan jika dibiarkan boleh mengakibatkan menganiayaan diri yang boleh mengakibatkan kecederaan diri dan juga orang lain.

Kesimpulan

Tak perlu berasa murung. Nikmati kehidupan anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti keluar bersenam dengan rakan-rakan, hirup udara segar dan sentiasa senyum jika ada sebarang masalah. Pastikan anda bersenam secara berterusan untuk menjaga kesihatan mental anda. Hidup ini sangat singkat, hargailah setiap detik dengan perkara bermanfaat

rujukan : madinamerica, plosone

Cara memilih BRA SUKAN

Tak pasti bra sukan yang mana sesuai untuk aktiviti sukan anda? Kalau anda sedang mencari bra sukan, kami ada sedikit sebanyak panduan untuk memilih bra sukan yang sesuai untuk anda.

 

1) Mengukur lilitan dada dan lilitan buah dada secara selari

7

 

A – Ambil ukuran panjang lilit di bawah buah dada dalam ukuran Inchi dan tambahkan jumlah tersebut dengan lagi 5 inci.

6

 

B – Kemudian ambil ukuran di buah dada yang paling maksimum dan pastikan ukuran diambil dengan selari

 

C – Jumlah B tolak (-) dengan jumlah A = ukuran bra (inci)

Perbezaan (C)   1″   2″   3″   4″   5″
Cup size   A   B   C   D   DD

 

Contoh kiraan : Ukuran lilit dada 28” + 5” = 33”

Ukuran lilitan buah dada 36”

Saiz Bra = 36”-33”=3” (Maka size bra anda adalah jenis cup 36C)

 

2) Pilih jenis bra sukan yang bersesuaian

5

3) Pilih warna yang tidak terang

Bra sukan yang berwarna gelap akan kelihatan ketara di baju apabila anda berpeluh. Pilih warna yang lembut serta tidak terlampau bercorak sehingga boleh nampak di baju. Ini adalah penting untuk mereka yang ingin kelihatan sederhana dalam pemakaian. Pastikan anda tidak memakai baju yang tebal di bahagian luar untuk mengelakkan panas.

 

4) Pad

Fungsi utama pad adalah untuk mengelakkan kesan jarang, memberi sokongan dan membuatkan buah dada kelihatan besar bagi mereka yang mempunyai buah dada yang kecil. Sesetengah wanita memang tidak selesa memilih bra sukan yang mempunyai pad bergantung pada setiap individu.

padded

5) Pelbagai rekabentuk bra sukan dan jenis tali bra di bahu

Pilih tali bra sukan yang mempunyai lebar yang besar untuk mengurangkan tekanan pada bahagian bahu semasa bersukan. Mereka yang memiliki size buah dada yang besar, anda digalakkan memilih tali yang bersaiz besar dan lebar bagi menyokong buah dada anda dengan baik. Terdapat pelbagai design dan jenis tali yang terdapat di pasaran. Terdapat juga tali yang boleh di ubah suai mengikut kesesuaian anda (adjustable straps). Di bawah ini adalah antara koleksi bra sukan yang menarik mengikut rekaan dan warna :

4

 

6) Mengenal pasti jenis senaman yang kerap dilakukan

Terdapat reka bentuk dan design untuk memberi sokongan yang berbeza. Anda digalakkan memakai bra “Shock Absorber” di mana dengan pemakaian bra ini buah dada anda tidak akan bergoyang semasa melakukan aktiviti sukan lasak seperti Aerobik dan mangakibatkan ketidak selesaan. Bra “Less/No Bounce” pula membantu anda bersukan dengan penuh keyakinan dan sesuai untuk sukan impak rendah dan sederhana.

      Impak rendah       Impak sederhana       Impak Tinggi
  • Berjalan
  • Berbasikal
  • Angkat Berat
  • Yoga
  • Mendaki sederhana
  • ski
  • Sukan luncur
  • Berlari
  • Aerobik
  • Mendaki gunung

No / Less Bounce

Shock Absorber

 

7) Regangan di bahagian bawah dada

Pastikan anda tidak memilih ‘band’ yang terlalu ketat sehingga  mengganggu pernafasan. Pilihlah ketegangan band yang selesa untuk anda. Terdapat band yang kelebarannya besar dan ada juga yang kecil. Ketebalan ini ada yang mengikut fesyen sahaja dan ada juga yang berguna untuk memberi sokongan yang sesuai mengikut saiz badan.

8

 

8) Jenis kain yang sesuai

Ada terdapat bra sukan yang mempunyai satu dan dua lapis seperti yang di tunjukkan dalam gambar dibawah. Kain didalamnya kapas (pink cotton) dan diluarnya Polyster oren untuk tampak lebih aktif. Kain cotton penting bagi pemakai yang sensitif dengan kain sintetik seperti polyster dan nylon. Pilih kain yang memberi tekanan (compression) agar dada anda tidak bergerak semasa melakukan sukan lasak dan pastikan ianya selesa di pakai.

IMG-20140109-WA0001

 

9) Penggunaan Bra Besi (Underwire)

Walaupun majoriti pemain sukan menyukai bra sukan yang tiada sokongan besi kerana ianya lebih selamat dan selesa, terdapat juga sesetengah wanita yang selesa memakai bra sukan yang mempunyai sokongan besi. Ianya bergantung kepada pilihan dan keselesaan masing-masing kerana ada yang mendapati sokongan besi lebih kuat kepada buah dada semasa bergerak ketika bersukan.

 

Pakailah bra sukan yang sesuai untuk menjaga kecantikan badan semasa bersukan. Banyak pekara yang perlu anda teliti sebelum memilih dan membeli bra sukan, bukan? Jika anda ada tip-tip yang berguna, silalah comment atau share.

 

KELEBIHAN SENAMAN AEROBIK

Senaman Aerobik adalah satu bentuk metabolism yang melibatkan tenaga dalam otot dengan penggunaan oksigen. Ia sukan yang amat menyeronokkan kerana bersukan mengikut rentak musik dan berkumpulan. Selain itu juga, sukan Aerobik ini memberikan banyak kebaikan pada kesihatan seperti menyihatkan jantung, menguatkan otot-otot badan, memberi kecerdasan mental bagi mengurangkan tekanan dan sebagainya.

Senam Aerobik

 

1) JENIS SUKAN YANG MUDAH

Sukan ini sering dilakukan secara latihan yang berterusan dan sangat mudah untuk dilakukan. Langkah-langkahnya berbeza mengikut rentak muzik yang dimainkan dan ia selalunya dilakukan serentak bersama-sama secara berkumpulan. Gaya dan langkah-langkah yang dicetuskan melibatkan pergerakan di bahagian keselurahan anggota badan secara menyeluruh.

2) MEMBAKAR LEMAK

Kelebihan tarian Aerobik yang utama ialah membakar lemak. Walaubagaimanapun, lemak yang terbakar dalam setiap langkah Aerobik yang dilakukan bergantung pada berat badan setiap individu, ketinggian, kelajuan dimana anda melakukan pergerakan, dan rutin kekerapan anda melakukan tarian Aerobik ini. Kadar ukuran lemak yang terbakar pada seseorang individu merujuk kepada HealthStatus.com ialah :

Langkah Aerobik secara perlahan – 68kg Langkah Aerobik  secara laju – 68kg
477 kalori 720 kalori

 

3) BAIK UNTUK KESIHATAN JANTUNG

Senaman ini baik untuk jantung anda. Tambahan pula langkah-langkah Aerobik ini menambahkan kekuatan, fleksibiliti dan daya tahan, yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan fizikal seseorang individu secara menyeluruh. Jantung anda akan mengepam dengan laju untuk menyalurkan darah keseluruhan badan dan membekalkan oksigen yang mencukupi oleh badan.

4) MENSTABILKAN EMOSI

Langkah Aerobik ini merupakan medium yang baik untuk mengawal emosi dan kemurungan seseorang. Pelbagai kajian termasuk yang disiarkan dalam Jurnal Perubatan Sukan dan Kecergasan Fizikal melaporkan bahawa 50 minit sesi senam Aerobik yang dilakukan akan menurunkan tahap tekanan, keletihan dan kemarahan. Ia juga senaman yang menyeronokkan dimana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dengan orang lain.

5) SESUAI UNTUK SEMUA ORANG

Langkah senamrobik adalah salah satu bentuk senaman yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tidak kira peringkat umur. Ia juga boleh dilakukan dimana-mana sahaja mengikut kesesuaian keadaan dan tempat yang selesa untuk melakukan latihan. Terdapat pelbagai program yang berlainan disediakan untuk golongan kanak-kanak, orang muda, dewasa dan juga warga tua.

6) MENINGKATKAN DAYA FUNGSI BADAN

Tahap kecergasan bergantung kepada keupayaan anda untuk melaksanakan tugasan harian dengan cekap dan langkah senamrobik dapat membantu anda mencapai matlamat itu! Salah satu faedah daripada langkah senamrobik adalah ia baik bagi membentuk dan meningkatkan fungsi kecergasan seperti yang dikenal pasti oleh kajian yang diterbitkan dalam jurnal dipanggil, ‘Journal of Strength and Conditional Research’. Kajian ini telah dijalankan ke atas wanita tua yang tidak aktif selama 12 minggu dan ia menunjukkan bahawa dengan hanya melakukan 30-60 langkah senaman aerobik dalam beberapa minit dapat membantu wanita-wanita tua itu meningkatkan ketangkasan, berjalan, keseimbangan dan fleksibiliti mereka.

Rujukan Artikal dari http://www.fitnessrepublic.com/fitness/the-benefits-of-step-aerobics.html