Apa hubungkait antara KEMURUNGAN dan SENAMAN?

1 daripada 10 orang di Amerika Syarikat mengalami kemurungan atau lebih dikenali sebagai ‘depression‘, dan angka itu sama juga untuk orang dewasa di Selangor, dimana 10.3% mengalami kemurungan.

exercise and depression

Dalam kajian lain pula yang di buat selama 4 bulan, sejumlah 156 pesakit murung diberi rawatan yang berbeza; Bersenam, Ubatan dan Gabungan Senaman dan Ubatan. Kajian berikut menunjukkan 90% pesakit murung yang melakukan senaman, sembuh dari kemurungan dan hanya 8% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Sementara, hanya 55% pesakit murung yang mengambil ubat sahaja  sembuh manakala 38% daripada mereka kembali murung selepas 6 bulan. Ini jelas menunjukan bersenam tanpa mengambil sebarang ubatan amatlah berkesan untuk merawati kemurungan.

graf

Kenapa senaman lebih berkesan berbanding mengambil ubat untuk mengatasi masalah kemurungan?

Tiap kali melakukan senaman, Ia memberikan kesan langsung pada badan terutama pada bahagian otot-otot, tulang, salur darah yang terus akan memberi rasa kelainan pada diri dan meningkatkan keyakinan diri. Beza pula dengan ubatan yang di mana kesannya hanya sekadar menghilangkan rasa sakit dan menindas kimia jahat dalam diri. Jika mengambil jumlah yang banyak juga mungkin akan memberikan kesan negatif dan menambahkan toksin dalam badan.

Apa antara senaman utama yang efektif untuk menghilangkan masalah kemurungan?

Senaman AEROBIK. Ini kerana senaman ini bukan hanya tertumpu untuk mengurangkan berat badan semata-mata. Tetapi ianya lebih dari keseronokan membuat senaman  dengan disertai lagu yang boleh menghilangkan rasa stress. Dan apa yang lebih seronok, senaman ini mengikut rentak melodi yang di mainkan bersama rakan-rakan yang lain.

Kenapa Kemurungan Perlu Diatasi?

Kemurungan adalah tanda masalah kesihatan organ otak. Ianya perlu sihat seperti organ-organ badan yang lain.

Kemurungan akan memberi kesan negatif terhadap prestasi di tempat kerja atau di sekolah. Ianya juga akan memberi kesan negatif terhadap perhubungan dengan orang tersayang dan juga orang lain. Kemurungan jika dibiarkan boleh mengakibatkan menganiayaan diri yang boleh mengakibatkan kecederaan diri dan juga orang lain.

Kesimpulan

Tak perlu berasa murung. Nikmati kehidupan anda dengan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti keluar bersenam dengan rakan-rakan, hirup udara segar dan sentiasa senyum jika ada sebarang masalah. Pastikan anda bersenam secara berterusan untuk menjaga kesihatan mental anda. Hidup ini sangat singkat, hargailah setiap detik dengan perkara bermanfaat

rujukan : madinamerica, plosone

4 Perkara Yang Boleh DILAKUKAN Untuk Menguatkan Tahap Fizikal dan Mental

Eh? Apa bezanya kekuatan fizikal dan kekuatan mental?

Terdapat banyak aspek tertentu yang boleh dikaji mengenai kekuatan mental dan fizikal yang merupakan faktor penentu sama ada anda akan mempunyai kehidupan yang baik, sihat dan bahagia. Kekuatan mental sangat berkait rapat dengan kekuatan emosi.

intan_2Intan copy

 

Tanpa emosi, kita tiada sebab untuk bertindak atau melakukan apa-apa perkara. Emosi juga memainkan peranan penting sebagai pemangkin semangat untuk bersukan. Apa yang buruknya, dengan emosi juga jika kita boleh terjurus kepada perkara negatif. Terdapat banyak situasi yang dapat dilakukan untuk mengawal dan menguatkan tahap fizikal dan mental antaranya :

 

1) Sentiasa melakukan apa yang disukai

Lakukanlah sukan yang anda suka. Elakkan melakukan aktiviti atau sukan dalam keadaan terpaksa atau kerana orang lain. Cubalah melakukan aktiviti yang anda suka kerana jika anda tidak ikhlas, ia tidak dapat member kesan positif kepada diri anda. Jadi lakukanlah sukan atau aktiviti yang anda gemari supaya anda gembira dan konsisten untuk melakukan senaman tersebut.

Mereka  yang mempunyai fizikal dan mental yang stabil kebiasaannya lebih fokus dengan apa yang paling suka dilakukan. Aktiviti sukan yang susah akan menjadi senang jika kita suka lakukannya. Kekuatan mental mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kekuatan fizikal. Jika minda kita kata sesuatu itu menyeronokkan, ia akan mendorong prestasi fizikal.

2) Sentiasa mempercayai diri sendiri

Pahamilah diri anda sepanjang masa dan sayangi diri anda melebihi dari orang lain. Anda perlulah percaya pada kemampuan dan kebolehan pada diri sendiri. Anda juga perlu dapat memberi dorongan kepada diri sendiri tanpa bantuan orang lain. Salah satu langkah untuk memguatkan kepercayaan diri, anda boleh tetapkan matlamat anda sendiri dan disiplinkan diri untuk mencapai matlamat tersebut. Jika anda tiada pelan untuk menetapkan matlamat dan pelan sukan anda, anda boleh gunakan calendar gaya hidup aktif ini.

3)  Mengambil Masa untuk Menghayati Sesuatu

Orang yang mempunyai fizikal dan mental yang kuat tidak ghairah untuk mencari keseronokan atau mengikuti trend semata. Mereka menghargai setiap saat yang berlalu dengan menikmati kehidupan yang sihat, tenang dan aman damai. Mereka lebih suka berjalan-jalan sambil menikmati udara segar dari duduk bersahaja tanpa sebarang aktiviti riadah.

 

4) Sentiasa Berkata YA, SAYA BOLEH!

Jika anda ingin sihat dan kekal kelihatan muda, anda tidak perlu memberikan sebarang alasan dan mengatakan TIDAK untuk bersukan. Perkataan TIDAK melambangkan perkataan negatif yang akan membawa banyak perkara tertangguh dan mendatangkan kesan buruk pada diri anda. Oleh itu, selalukan katakan ‘YA, Saya Boleh!’ kepada diri sendiri, kerana ianya pasti akan memberi kesan positif kepada fizikal dan mental anda.

Menguatkan tahap mental dan fizikal adalah penting untuk wanita yang perlu mengharungi kehidupan harian yang mencabar.