8 Sebab Menarik untuk Mendaki Gunung!

Apa yang istimewanya mendaki gunung? Kenapa ramai kawan-kawan anda mendaki gunung?

Antara gunung-gunung yang popular menjadi tarikan orang ramai ialah Gunung Kinabalu di Sabah, Gunung Brinchang di Kuantan, Gunung Gading di Sarawak, Gunung Ledang di Johor, Gunung Angsi di Perak dan sebagainya. Banyak sebenarnya kelebihan-kelebihan mendaki gunung, antaranya :

JASMANI

1) Membentuk Tubuh Badan yang Menarik

Selain berlari, mendaki bukit juga dapat membakar kalori yang banyak. Menaiki bukit dapat menguatkan otot-otot kaki dan otot gluteus anda. Ini dapat menganjalkan bahagian pinggul, peha dan kaki anda. Mereka yang selalu mendaki bukit mempunya kaki yang kuat dan pinggul yang anjal.

otot gluteus

otot gluteus

2) Menguji Kekuatan Anda

Ya! Memang benar mendaki gunung penuh dengan risiko bahaya seperti kekejangan, runtuhan salji, tanah runtuh, tergelincir dan sebagainya. Tetapi jika anda mendaki, Ia akan menguji kekuatan fizikal dan mental anda. Anda akan lebih kuat untuk menghadapi segala cabaran di masa akan datang. Cabaran ketika mendaki bukit dapat menguji cara pengendalian masalah anda.

descend

3) Salah Satu Latihan CARDIO yang Terbaik 

Menaiki bukit adalah salah satu daripada 5 latihan cardio yang terbaik. Apabila mendaki bukit, jantung anda akan bekerja dengan lebih kuat untuk menyalurkan darah ke badan anda. Anda akan lebih cepat berpeluh dan dapat membakar lebih banyak kalori. Kalau selalu mendaki bukit, jantung anda pasti akan sihat.

ROHANI

4) Terapi semasa Menikmati Alam Sekitar

Terasa susah hati? Bosan? Terasa tertekan? Cuba mendaki bukit dan anda akan lebih menghargai diri anda sendiri dan waktu yang anda ada sekarang. Apabila anda meluang masa menerapikan diri dengan menikmati alam semulajadi. Anda akan berasa segar dan bertenaga selepas meluangkan masa bersama alam semulajadi.

Apatah lagi apabila di atas bukit, pusat graviti semakin jauh dan menjadikan suhu makin rendah dan udaranya nyaman. Udara juga kurang pencemaran berbanding dengan atas jalan raya biasa

5) Merasa Rendah Hati

Apabila anda sampai ke puncak gunung, cuba toleh ke bawah. Kesemuanya kehidupan anda lihat seperti semut yang hakikatnya kita memang tersangat kecil. Anda akan terasa lebih insaf dan rendah diri walaupun anda kaya, berpendidikan tinggi, dan memiliki segala-galanya.

10653804_10204558202252787_1467854854005080942_n

6) Mengukuhkan Ikatan Persaudaraan

Mendaki gunung bukan aktiviti perseorangan kerana ianya banyak risiko berbahaya. Oleh kerana anda mendaki secara beramai-ramai, anda lebih yakin dan terasa lebih selamat kerana jika anda hadapi sebarang masalah, rakan-rakan lain akan berikan bantuan. Selain itu juga, anda akan lebih bersaing dan berlumba-lumba untuk sampai ke puncak dahulu. Anda juga dapat menyokong antara satu sama lain untuk sampai ke puncak.eda1

7) Menjadi kebanggaan untuk diri sendiri

Bukan mudah untuk sampai ke puncak gunung, bergantung juga kepada ketinggian gunung yang didaki. Tetapi jika anda berjaya melakukannya, anda seorang yang HEBAT!

low's peak

8) Rasa ingin tahu yang tinggi

Kita sememangnya tidak tahu apa yang ada di sepanjang jalan dan juga puncak bukit dan pastinya ingin tahu! Dengar dari mulut orang lain belum tentu sama dengan apa yang kita akan lihat sendiri. Maka teruskan usaha anda untuk sampai ke puncak dan terus menerokai semangat ingin tahu anda. Banyak yang anda dapat pelajari semasa mendaki bukit atau gunung.

10635962_360032860821941_1274924006077063539_nEda Fuzi berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu dengan memakai Ultra Top Hitam, Ultra Heather Top Oren dan Pink Compression Armsleeves Nashata. Tahniah kepada beliau.
Gambar-gambar di atas adalah sumbangan Eda ketika mendaki Gunung Kinabalu pada 1 September 2014.

Anda bukannya berseorangan, Jika anda tidak tahu di mana untuk mula, anda boleh cuba untuk mencari kumpulan-kumpulan yang aktif mendaki seperti GunungOnline dan sebagainya. Anda juga secara tidak langsung dapat menambahkan kenalan lebih ramai lagi. Mari Mendaki!

 

Cara memilih BRA SUKAN

Tak pasti bra sukan yang mana sesuai untuk aktiviti sukan anda? Kalau anda sedang mencari bra sukan, kami ada sedikit sebanyak panduan untuk memilih bra sukan yang sesuai untuk anda.

 

1) Mengukur lilitan dada dan lilitan buah dada secara selari

7

 

A – Ambil ukuran panjang lilit di bawah buah dada dalam ukuran Inchi dan tambahkan jumlah tersebut dengan lagi 5 inci.

6

 

B – Kemudian ambil ukuran di buah dada yang paling maksimum dan pastikan ukuran diambil dengan selari

 

C – Jumlah B tolak (-) dengan jumlah A = ukuran bra (inci)

Perbezaan (C)   1″   2″   3″   4″   5″
Cup size   A   B   C   D   DD

 

Contoh kiraan : Ukuran lilit dada 28” + 5” = 33”

Ukuran lilitan buah dada 36”

Saiz Bra = 36”-33”=3” (Maka size bra anda adalah jenis cup 36C)

 

2) Pilih jenis bra sukan yang bersesuaian

5

3) Pilih warna yang tidak terang

Bra sukan yang berwarna gelap akan kelihatan ketara di baju apabila anda berpeluh. Pilih warna yang lembut serta tidak terlampau bercorak sehingga boleh nampak di baju. Ini adalah penting untuk mereka yang ingin kelihatan sederhana dalam pemakaian. Pastikan anda tidak memakai baju yang tebal di bahagian luar untuk mengelakkan panas.

 

4) Pad

Fungsi utama pad adalah untuk mengelakkan kesan jarang, memberi sokongan dan membuatkan buah dada kelihatan besar bagi mereka yang mempunyai buah dada yang kecil. Sesetengah wanita memang tidak selesa memilih bra sukan yang mempunyai pad bergantung pada setiap individu.

padded

5) Pelbagai rekabentuk bra sukan dan jenis tali bra di bahu

Pilih tali bra sukan yang mempunyai lebar yang besar untuk mengurangkan tekanan pada bahagian bahu semasa bersukan. Mereka yang memiliki size buah dada yang besar, anda digalakkan memilih tali yang bersaiz besar dan lebar bagi menyokong buah dada anda dengan baik. Terdapat pelbagai design dan jenis tali yang terdapat di pasaran. Terdapat juga tali yang boleh di ubah suai mengikut kesesuaian anda (adjustable straps). Di bawah ini adalah antara koleksi bra sukan yang menarik mengikut rekaan dan warna :

4

 

6) Mengenal pasti jenis senaman yang kerap dilakukan

Terdapat reka bentuk dan design untuk memberi sokongan yang berbeza. Anda digalakkan memakai bra “Shock Absorber” di mana dengan pemakaian bra ini buah dada anda tidak akan bergoyang semasa melakukan aktiviti sukan lasak seperti Aerobik dan mangakibatkan ketidak selesaan. Bra “Less/No Bounce” pula membantu anda bersukan dengan penuh keyakinan dan sesuai untuk sukan impak rendah dan sederhana.

      Impak rendah       Impak sederhana       Impak Tinggi
  • Berjalan
  • Berbasikal
  • Angkat Berat
  • Yoga
  • Mendaki sederhana
  • ski
  • Sukan luncur
  • Berlari
  • Aerobik
  • Mendaki gunung

No / Less Bounce

Shock Absorber

 

7) Regangan di bahagian bawah dada

Pastikan anda tidak memilih ‘band’ yang terlalu ketat sehingga  mengganggu pernafasan. Pilihlah ketegangan band yang selesa untuk anda. Terdapat band yang kelebarannya besar dan ada juga yang kecil. Ketebalan ini ada yang mengikut fesyen sahaja dan ada juga yang berguna untuk memberi sokongan yang sesuai mengikut saiz badan.

8

 

8) Jenis kain yang sesuai

Ada terdapat bra sukan yang mempunyai satu dan dua lapis seperti yang di tunjukkan dalam gambar dibawah. Kain didalamnya kapas (pink cotton) dan diluarnya Polyster oren untuk tampak lebih aktif. Kain cotton penting bagi pemakai yang sensitif dengan kain sintetik seperti polyster dan nylon. Pilih kain yang memberi tekanan (compression) agar dada anda tidak bergerak semasa melakukan sukan lasak dan pastikan ianya selesa di pakai.

IMG-20140109-WA0001

 

9) Penggunaan Bra Besi (Underwire)

Walaupun majoriti pemain sukan menyukai bra sukan yang tiada sokongan besi kerana ianya lebih selamat dan selesa, terdapat juga sesetengah wanita yang selesa memakai bra sukan yang mempunyai sokongan besi. Ianya bergantung kepada pilihan dan keselesaan masing-masing kerana ada yang mendapati sokongan besi lebih kuat kepada buah dada semasa bergerak ketika bersukan.

 

Pakailah bra sukan yang sesuai untuk menjaga kecantikan badan semasa bersukan. Banyak pekara yang perlu anda teliti sebelum memilih dan membeli bra sukan, bukan? Jika anda ada tip-tip yang berguna, silalah comment atau share.