Acara Malaysia Women Marathon yang awesome!

ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan lancar untuk Pertunjukan Fesyen dan pelancaran Nashata yang pertama kali dalam program Malaysia Women Marathon (MWM) pada 15 Mac yang lepas yang di adakan di Royal Theater Shah Alam. Kami akan berkongsi cerita yang menarik bersama anda!

HARI PERTAMA | 14 MAC 2014 | JUMAAT

Program ini berlangsung selama tiga (3) hari berturut-turut bermula dari 14 sehingga 16 Mac 2014. Booth kami terletak di bahagian kanan pintu masuk dewan Royal Theater. Hari Jumaat tersebut mula di penuhi ramai pelanggan dan pengunjung yang datang untuk menyaksikan sesi dialog wanita dan sekaligus memberikan sumber inspirasi kepada para wanita yang lain untuk terus maju ke hadapan. Antara penceramah yang hadir ialah :

1) YB Rodziah Ismail, Exco Selangor untuk Kebajikan Wanita

2) Catherine Ndereba, Pemenang Marathon Dunia sebanyak 7 kali

3) Eliza Noordin, Usahawan Perniagaan Online

4) Alecia Heng, Pengasas Gorgeous Geek

Women Dialogues

HARI KE-DUA | 15 MAC 2014 | SABTU

Kami mengambil kesempatan ini untuk membuat pelancaran NASHATA untuk pertama kali. Segala produk terbaru, kami peragakan oleh model-model professional. Antaranya baju Riada Peplum, T-Shirt Lengan Pendek Keep Calm, Baju Ultra A-Cut, Tudung Amin Hijab, Seluar Aktif Riada, Bag Sukan dan Bag Kasut. Pertunjukan Fesyen ini di meriahkan lagi dengan kehadiran tetamu istimewa iaitu Nur Suryani Mohd Taibi, Penembak Negara Olimpik yang merasmikan pelancaran dangan menulis tanda tangan di baju A-Cut Nashata yang berwarna kelabu. Ratu Muslimah Dunia 2013, Obabiyi Aishah Ajibola juga membuat penampilan semasa pertunjukan fesyen tersebut.

tandatnagn suriyani

Tandatangan Nur Suryani

Fashion Show

HARI KE-TIGA | 16 MAC 2014 | AHAD

Semua peserta larian berlepas dari perkarangan Dataran Merdeka Shah Alam. Kami menaja larian 5KM Fun Run yang disertai oleh pelanggan setia dan  kaum wanita yang lain dari perbagai umur. Acara larian tersebut telah di lepaskan oleh Catherine Ndereba dan disertai oleh YB Elizabeth Wong, YB Dr. Daroyah dan ratusan kaum hawa.

IMG_8178

Walaupun keadaan cuaca ketika itu tidak begitu baik dengan jerebu, aktiviti larian tetap di jalankan seperti yang di rancangkan, tetapi jarak larian dikurangkan ke 3km. Belon Nashata yang menarik dapat memberi semangat untuk para peserta barlari dengan gembira. Percaya atau tidak, pelatih industri kami Iman Aida Amirah berjaya membuat larian sebanyak 10km kerana tersilap memilih lorong larian gara-gara jerebu dan tidak nampak dengan jelas.

IMG_8173

Larian_1

Di kesempatan ini, kami dari pihak warga kerja Nashata mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan larian ini terutamanya penganjur Iron Girl Sdn. Bhd dan penaja utama Tourism Selangor.

Ikutilah juga liputan blogger dan media berikut:

Nota : Setinggi-tinggi penghargaan juga buat Asia’s Leading Online Cycling News Portal, baikbike.com untuk beberapa gambar yang digunakan untuk blog ini
 

TERIMA KASIH

 

Rahsia Kelihatan Awek Muda Menerusi Acara Sukan Larian

Intan Suraya adalah seorang ibu kepada dua orang anak. Beliau seorang Muslimah yang aktif dalam acara marathon dan kami berpeluang menemuramah beliau untuk berkongsi pengalaman beliau bersama dalam menjalani aktiviti sukan secara berterusan dan mengorek rahsia apa yang membuatkan beliau mempunyai minat yang mendalam dalam acara larian ini. Mari kita menyingkap rahsia Intan yang dapat mengekal paras rupanya yang muda, cantik dan cergas untuk kita amalkan bersama.
gambar both

Apakah aktiviti sukan yang anda sertai?

Saya menyertai sukan larian.

Berapa kerap anda bersukan?

Saya bersukan (berlari) sekurang-kurangnya 3-4 kali seminggu.

Anda selalu bersukan bersama siapa dan mengapa?

Saya suka berlari bersama kawan-kawan kerana ia lebih seronok. Saya dapat menambah ilmu pengetahuan dan juga berkongsi pendapat. Selain itu, saya dapat mempertingkatkan keupayaan dalam larian saya. Biasanya saya berlari bersama kawan-kawan pada hujung minggu. Walau bagaimanapun, kadang-kadang saya terpaksa berlari sendirian kerana faktor masa dan kelapangan.

Apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan aktiviti sukan?

Saya memilih larian sebagai aktiviti bersukan saya. Bagi saya larian adalah sukan yang paling mudah. Saya cuma perlukan pakaian dan kasut sukan. Berlari boleh dimana-mana sahaja. Di taman, kawasan rumah, padang dan sebagainya. Saya bersemangat untuk bersukan kerana saya sangat menjaga kesihatan diri saya. Faktor utamanya adalah sejarah kesihatan keluarga saya yang tidak baik. Ibu saya mengidap sakit jantung, darah tinggi dan diabetis, begitu juga arwah bapa saya yang mengidap sakit jantung dan darah tinggi. Dikalangan saudara mara ada yang mengidap cancer. Dimana kesemua penyakit berkenaan mudah diwarisi. Secara umumnya saya melihat, keluarga saya tidak mengamalkan aktiviti sukan pada awalnya. Justeru itu, saya bertindak untuk bersukan bagi mencegah dari mewarisi penyakit seperti mereka selain mengamalkan permakanan yang sihat. Selain itu saya merasa puas sekiranya pada setiap acara larian yang saya sertai saya dapat habiskan larian saya, dan bonus bagi saya sekiranya saya dapat pecahkan rekod larian saya sendiri pada satu-satu acara.

Bila anda mula menyertai aktiviti larian ini?

Saya menyertai acara larian ini semenjak dibangku sekolah lagi iaitu pada tahun 1990-an saya suka berlari, saya menyertai acara merentas desa. Semasa saya di IPT saya banyak menyertai acara larian sebagai aktiviti bersukan. Saya menyertai acara larian (perlumbaan) pada tahun 2009, apabila salah seorang rakan sepejabat mengajak berlari bersama pada acara larian tersebut.

Berapa acara larian yang anda cadang untuk sertai sepanjang tahun ini?

Pada setiap tahun saya bercadang akan berlari sekurang-kurangnya 12 acara larian (satu acara dalam satu bulan). Saya bercadang untuk menyertai 2 acara marathon (42km) dan yang selebihnya saya akan memilih acara yang bersesuaian dengan tempat dan masa.

Bagaimana persiapan diri anda untuk acara larian ini?

Saya akan pastikan saya sihat, dan tidak mengalami kecederaan semasa larian saya. Saya akan berlatih 3-4 kali seminggu. Setiap latihan saya akan catitkan masa dan jarak larian saya.

Apa matlamat anda dalam bersukan?

Matlamat saya adalah ingin sentiasa sihat dan cergas untuk saya menjalani tugas harian saya. Selain itu juga, dalam acara larian saya suka mencuba keupayaan diri saya sehingga saya dapat tamatkan larian.

Apa pakaian yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda bersemangat untuk melakukan latihan?

Saya memakai pakaian yang selesa, dan mengikut kesesuaian sewaktu acara larian saya. Sekiranya acara larian yang melebihi 10km saya akan memakai baju dan seluar compression. Saya juga suka pakaian sukan yang berwarna dan corak yang menarik.

Apa yang anda pakai dan apa yang membuatkan anda perlukan untuk bersemangat dalam acara marathon?

Semasa marathon, saya akan pakai 2 pasang baju. Bahagian dalam saya akan memakai baju compression berlengan panjang. Bahagian luar saya memakai tshirt dari fit yang ringan dan menarik. Saya akan memakai seluar compression dan running skirt. Selain itu saya juga memakai tudung. Bagi saya untuk bersemangat saya perlukan pakaian yang selesa, saya perlukan tudung yang ringkas, selesa dan menarik.

Ada sebarang nasihat kepada rakan-rakan wanita di luar sana yang inginkan kehidupan yang aktif?

Kepada semua muslimah, bagi saya kesihatan yang baik adalah anugerah yang tidak terhingga.  Kita boleh mengubah dan mencegah penyakit dengan melakukan aktiviti bersukan. Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti bersukan sekurang-kurangnya seminggu 3 kali selama 30 minit.

Semoga ilmu dan pengalaman yang beliau kongsikan bersama kita semua dapat sedikit sebanyak memberikan semangat dan kesan yang mendalam untuk kita sama-sama lakukan aktiviti sukan bagi mengekalkan kesihatan yang baik sentiasa. Mari kita contohi Intan Suraya sebagai mentor terbaik bagi diri kita semua!