5 Jenis Senaman Loncatan

Berapa banyak lemak anda terbakar bergantung kepada aktiviti sukan yang anda lakukan, berat badan anda dan berapa lama anda melakukan sukan tersebut. Anda boleh kira berapa lemak anda yang terbakar semasa melakukan sukan lompatan di bawah ini di SINI. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan boleh dilakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan yang lain. Boleh melompat juga mengikut rentak lagu yang bersesuaian. Sukan lompatan ini dapat membakar lemak, memberi ketahanan pada kaki, dan membetulkan kedudukan tulang badan.

1) LOMPAT BINTANG

lompat bintangBerdiri tegak dengan tangan kedua belah di sisi peha. Loncat dengan kaki terbuka sedikit dan tangan mendepa secara selari seperti gambar di atas. Kemudian loncat dengan kaki tertutup dan tangan melurus ke atas. Ulang langkah tersebut sebanyak 8 kali secara teratur.

 2) LOMPAT TEPI

lompat sideLompatan ini hanya melibatkan sisi kiri dan kanan. Kaki meloncat ke kiri dan ke kanan selari dengan tangan. Hanya sebelah kaki menjejaki tanah dan sebelah lagi terangkat. Ulang secara selang seli sebanyak 8 kali

3) LOMPATAN TENDANG

lompat kedepan

Lompatan ini amat mudah. Ia di lakukan seperti menendang ke hadapan. Tekniknya ala-ala membuat latihan taekwando. Pastikan kaki anda berada pada tahap 90 darjah dan lurus di hadapan untuk memberikan kesan regangan yang berkesan pada bahagian peha. Ulang selang seli pada kaki kiri dan kanan.

4) LOMPAT LUTUT “L”

lompat lutut

 

Langkah ini lebih kurang seperti lompatan tendang cuma yang membezakannya adalah posisi kaki anda. Kaki anda akan membentuk ‘L’ kehadapan. Ulang langkah ini sebanyak 8 kali

 5) LOMPAT SETEMPAT

Lompat setempat bermaksud anda melompat pada tempat yang sama. Anda boleh melompat pada kadar yang rendah dahulu dan jika anda mampu, anda boleh melompat dengan lebih tinggi bergantung pada daya kekuatan anda sendiri.

Mari kita sama-sama MELOMPAT dengan riang! Tambahkan kekuatan pada kaki anda dan kurangkan lemak di badan! Lihat VIDEO ini. SELAMAT MENCUBA!