Yayasan TM Tower Run with the power of USA Potatoes

Assalamualaikum.

Pada hari Ahad lepas, 10 November, saya menyertai Yayasan TM Tower Run di Menara TM, Bangsar.  Konsep acara ini adalah peserta perlu menaiki tangga hingga ke tingkat 54  iaitu sebanyak 1296 anak tangga dengan ketinggian 200 meter.

 

Acara bermula seawal  jam 6 pagi dengan ucapan pembukaan, doa dan nyanyian lagu Negaraku.  Peserta di lepaskan seawal jam 7 pagi. Terdapat enam (6) kategori – Terbuka Lelaki (berumur 18 tahun ke atas), Terbuka Wanita (berumur 18 tahun ke atas), Veteran Lelaki (berumur 40 tahun ke atas) , Veteran Wanita (berumur 40 tahun ke atas), kakitangan TM Lelaki dan TM kakitangan Wanita. Semua pelari di lepaskan secara individu dengan selang masa lima (5) saat manakala untuk pelari elit, selang masa 15 saat.

Lokasi yang sangat convenience.  Saya pergi ke race site menaiki LRT laluan Kelana Jaya dan berhenti di Station Kerinchi.  Dari situ, saya berjalan lebih kurang 3 minit untuk ke race site.  Seawal jam 8.30 pagi saya sampai dan  terus saya menuju ke booth yang berada di situ.

U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake, and the meshed potatoes  was very delicious, perfect for pre-run or pre- workout breakfast.

Terima kasih kepada USA Potatoes salah satu penaja event pada hari itu dengan  beri free flow minuman dan meshed potatoes with gravy  secara percuma untuk semua peserta. Sedap and yeayy!!!

Saya menyertai dalam kategori Women Vateran dan dilepaskan pada  jam 9.40 pagi  Saya sangat teruja kerana ini adalah kali kedua saya menyertai larian menara, larian menara pertama saya adalah KL Towerthon di Menara KL pada tahun 2011.

Larian bermula dari dalam Menara TM, i just walk slow and easy. Ada 2 water station disediakan dengan air mineral dan isotonik.

They are so energetic, maybe they take energy drink and the meshed potatoes before the race. 🙂

Di Setiap tingkat, volunteer beri kata-kata semangat dan bersorak, hilang sikit rasa penat saya.  Saya dapat tamatkan acara dengan catatan masa 17minit 20 saat.  Bergambar kenangan di tingkat 54.

With Malaysia Airlines crew at the 54th floor.

Meshed Potatoes and U.S Purple Potatoes with Blueberry Boost Shake. I take it after the race too…Potatoes provides the carbohydrate, potassium, and energy you need at your best. A medium-size (5.2oz) has 3 grams of complete protein.

Kentang mengandungi karbohidrat, membekalkan 30% vitamin C dalam keperluan harian, Potassium yang lebih dari pisang bersaiz sederhana.  Kentang bersaiz sederhana (5.2 oz) hanya mempunyai 110 kalori.  No fat! No Sodium! No Cholesterol. Sebab itu lah saya rasa sungguh energetic!

Teruja saya bila dapat berjumpa dengan Soh Wai Ching! Pelari Menara No. 1 dunia! tahniah Wai Ching!

Soh Wai Ching (kiri) tempat pertama, dapat menghabiskan larian dalam masa 6 minit 9 saat.

Soh Wai Ching dinobatkan sebagai Pelari Menara No. 1 dunia dengan masa 6:09. Dengan kemenangan itu, Soh adalah Pemenang No.1 dunia dan perlumbaan akhir di Shanghai akan menjadi perlumbaan terpenting untuk beliau untuk mengekalkan gelaran  No. 1 dunia yang  mana rekod akan dikemas kini setiap bulan. Pelancaran Menara Antarabangsa Yayasan TM 2019 disahkan oleh Persatuan Dunia Towerrunning (TWA) dan Malaysia Towerrunning Association (MTA) dalam memastikan semua aspek keselamatan dan teknikal berjaya dilaksanakan. MTA adalah ilham Soh Wai Ching, seorang siswazah Sains Sukan Universiti Malaya. Towerrunning adalah senaman dan sukan yang cekap dan sangat berpatutan. MTA berfungsi sebagai Badan Nasional yang menetapkan tatacara dan peraturan untuk mempromosikan sukan yang sangat bermanfaat ini dan berharap dapat memperluakan lagi komuniti pelari menara.

With few of friends yang sama-sama berlari.. tahniah!

Yayasan TM International Tower Run acara yang sangat baik dan teratur. Saya harap ia akan diadakan semula tahun depan. Terima kasih kepada USA Potatoes kerana memberi saya peluang untuk mengambil bahagian dalam acara hebat ini. 

 “Real Food for Real Performance”!