Semangat yang kuat! – Nur Azyan Yusof

Baru-baru ini kami sempat lagi menemuramah seorang pelari yang hampir berhenti berlari tetapi giat kembali dalam sukan kerana beberapa faktornya sendiri. Ikuti kisah beliau dan sebabnya :

1. Biodata Diri

Azyan1Beliau di beri nama Nur Azyan Yusof atau nama mesranya lagi Yan @ Zyra. Gadis comel ini berumur 35 tahun dan masih bujang, tinggal di Shah Alam. Beliau memiliki Master of Science Computer di Universiti Malaya dan sekarang bekerja di Telekom Malaysia sebagai seorang pegawai eksekutif.

2. Sejak bila mula berlari dan apa yang membuatkan beliau aktif dalam sukan?

Sekitar tahun 2006, beliau mendapati berat badannya semakin naik dan terasa sangat sukar untuk mengekalkan berat badan. Beliau membuat keputusan untuk mula berlari di Standard Chartered KL Marathon (5km) pada tahun 2010. Oleh kerana sejarah kesihatan keluarga yang kurang baik dan ramai keluarganya memiliki penyakit obesiti serta penyakit 3 berangkai (jantung, diabetes, buah pinggang), beliau mengambil keputusan untuk mula berjinak dalam sukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat walaupun pada asalnya beliau seorang ulat buku di sekolah. Beliau cuba mula berlari secara berperingkat dengan jarak yang paling dekat 5KM, 10KM, 21KM dan full marathon 41KM.

3. Mengapa berhenti berlari?

Beliau berkata, marathon ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Sekurang-kurangnya perlu berlatih berlari dengan jarak 15KM – 20KM pada setiap hujung minggu. Manakala di hari biasa pula sepatutnya perlu berlatih 3 kali seminggu dengan jarak 5KM – 7KM. Di sebabkan beliau terlalu sibuk dengan hal kerja dan keluarga, beliau berehat seketika selama 2 tahun kerana tidak boleh fokus pada larian.

4. Kesan apabila berhenti berlari

Kesan yang paling kritikal adalah berat badan naik dengan mendadak. Selalunya selepas habis kerja beliau ada membuat aktiviti fizikal kerana baginya itu merupakan salah satu caranya untuk melepaskan stress dan tekanan kerja. Apabila berhenti, beliau lebih mudah marah dan murung. Beliau juga kadang kala menghadapi masalah susah untuk tidur pada waktu malam.

5. Siapa yang memberi dorongan? Ada mendapat tentangan dari mana-mana pihak?

Ramai kawan-kawan memberi sokongan dan dorongan. Cuma ibu bapanya tidak gemar beliau bersukan dengan berpakaian ketat walaupun memakai baju yang menutupi semuanya kerana masih mendedahkan aurat

6. Pencapaian terhebat dan target akan datang

Beliau berjaya menamatkan larian Full Marathon dengan set masa 5 jam 27 minit  dan targetnya yang seterusnya untuk memecahkan rekod terbaru dalam larian full marathon akan datang dengan memakai pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat

Testimonial beliau tentang produk Nashata :

” Pakaiannya labuh, longgar dan dibuat daripada material yang sport-oriented! Pakaian saya yang dulu pun bukan senang nak cari. Skirt pendek saya beli daripada tennis skirt. Arm-sleeve saya beli daripada golf sport. Semua saya campur-campur untuk dibawa berlari marathon. Bertuahnya sekarang, semua Nashata dah sediakan! Tak payah survey banyak kedai dah. Lengkap segalanya! “

7. Antara cadangan yang beliau utarakan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan stamina seorang wanita untuk lebih cergas dan sihat

Lakukan aktiviti yang menggembirakan diri sendiri dan memperbanyakkan aktiviti sukan seperti badminton, berbasikal, zumba, yoga dan sebagainya. Beliau sangat gemar melakukan body combat kerana beliau terasa seolah-olah boleh melepaskan geram kerana kata beliau, tugas seorang wanita sangat berat dan mungkin menghadapi banyak masalah dan tekanan. Bagi menggalakkan lebih ramai kaum ibu dan isteri pula, beliau menyarankan berlari berkumpulan di adakan dengan satu (1) keluarga ikut turut serta.

azyan yusuf8. Antara program-program larian yang beliau telah sertai :

(a) Standard Chartered KL Marathon 2014 (Half marathon)

(b) Malaysia Women Marathon 2013 (Half Marathon)

(c) Standard Chartered KL Marathon 2012 dan 2011 (Full marathon)

(d) Standard Chartered Singapore 2011 (Full Marathon)

(e) Newton Challenge 2012 (25km)

9. Perbezaan pemakaian dari segi latihan dan marathon

Semasa latihan : Baju biasa bergantung kepada jenis latihan yang di lakukan

Semasa marathon : Baju cepat kering, ringan, serap peluh, mampat, tidak terlalu labuh

10. Berapa minit beliau membuat latihan dan berapa kerap beliau lakukannya?

Hari biasa – 45minit ke 1 jam (3x seminggu)

Hujung minggu – 2 jam ke 2.30 jam (Larian jauh)

1 jam tambahan (Weight training, bodycombat, bodybalance)

2 hari pula diperuntukkan untuk berehat

Perbazaan sukan atau tidak

 

 

 

 

 

 

Beliau ada menyusulkan cadangan lari sambil menolak stroller baby. How cute idea she have huh? Ramai orang tidak terfikir akannya dan mungkin idea ni menjadi seronok jika ada mana-mana pihak yang mencubanya di masa akan datang. Azyan seorang yang sangat kreatif dan sangat ceria. Terima kasih kerana kongsi segala pengalaman dan cerita yang menarik tentang anda bersama kami.

 

Active Bumblebees at SCORE RUN 2014

Yellow and Black were the common colors at the SCORE RUN. It looked like thousands of bumblebees were at the Padang Merbok Sunday 8 June 2014. There were only two categories at the fist SCORE Run; 10 km and 15 km. The run, participated by about 3,600 runners was organised by Mantra.

10km SCORE RUN 2014

The first flag-off was at 630am for the 15 km run. Five out of seven Nashata runners joined the 15 km runner slightly late. We later discovered the starting point was further up hill where the bigger Race Arch was. Many others missed the early bumble bee runners as they were waiting around the other race arch area.

By 610 am onwards, the crowd for the 10km run started to build up. There were a few 15 km late runners who got their way through the 10 km crowd and dashed off. Patricia Tan flagged the 10km runners off a couple of mins before 7am and so all the 3,600 runners ran their way through the cool and hilly route along Jalan Parlimen and Bukit Tunku area.

Many of us enjoyed the route as it was a cool and safe, and the roads were nice. Water stations were well managed and paramedics were seen along the way. In fact, a lady fell while running and the paramedics were close-by to give immediate help. Thumbs up for that. We love the happy cameramen from Amateur Sports Team known as RFF. They took awesome moment of happy runners!

The last landmark before the run ended was the Tugu Negara, a few hundred meters before runners grab finisher medals.
All in all, it was a great run.

There are few items would be nice to have:

  •  Visible Clock / Timer
    The RFID tag attached  to the bib is not utilized. (at least for us)

RFID BIB

  • Announcement about STARTING point at the main event area
  • We love efforts to safe the planet and love to see more use of recyclable cups at water stations. There were a mix of plastic and paper cups used at water station.

Here are some pictures of happy RUNNERS. To hijabists and sisters out there, keep an active lifestyle like our other sisters. Keep running and stay fit, modestly.

scoretotal

We look forward for more OUTSTANDING sporting events by SCORE. Below are a couple scheduled this year:

  • SCORE Cycle 2014
    9 November 2014 at Putrajaya
    SCORE CYCLE
  • SCORE Fit MOB
    Largest Zumba
    2 November 2014 at Dataran Merdeka
    SCORE ZUMBA

See you there InsyaAllah!

Awesome SCORE 2014 @ KLCC!

boothatscore copyWe are back again for a 2nd time! Fuihhh~ Selepas 3 hari berturut-turut kami berada di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 30 Mei – 1 Jun 2014, banyak aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan di dalam hall yang besar itu. Kami ada booth dan membuat diskaun istimewa khas untuk pengunjung-pengunjung yang menyerbu sepanjang event tersebut berlangsung. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dari semua pihak tidak kira dari event organiser, rakan-rakan exhibitor yang lain dan para pengunjung yang banyak memberikan sokongan kepada kami. TERIMA KASIH kepada anda semua! Adik-adik dan kanak-kanak juga ramai menyukai tudung saiz kecil kami. Adik-adik juga nak bergaya seperti ibu mereka.

4 copy2

Gambar-gambar diatas adalah antara pelanggan-pelanggan kami yang datang menjenguk ke booth Nashata.

Ramai pelanggan-pelanggan kami yang berkunjung di booth terdiri dari perserta Score Fit Mob sendiri. Hijabista di Fit Mob sememangnya hebat dan bergaya! Mereka banyak membeli tudung berwarna pink, turqouise dan hitam headband untuk dipadankan dengan baju t-shirt yang di beri dalam ‘race kit’. Mereka semua nampak bergaya dan BERTENAGA mengenakan pakaian sukan Nashata kami dan mereka semua sangat peramah dan sporting. Kalau nak catitkan orang-orang yang sangat penting kepada kami memangla panjang, tetapi kami amatlah terharu dikunjungi oleh Karen Loh, Stewart, Max Lim, Trainer JomKurus seperti Eda Fatimawati, Ridzwan, Wan Khaizuri dan Wawa, Azreen, Najmi, Azlina dan tidak lupa juga Hijabista-hijabista yang lain Pantas Berlari.  Kepuasan anda adalah keutamaan kami. Harap kita dapat berjumpa lagi di event-event lain yang akan datang.

 

Antara aktiviti-aktiviti yang menarik sepanjang 3 hari tersebut adalah :

Men of Steel” adalah pertandingan bina badan yang berlangsung selama 2 hari iaitu 30 Mei (Jumaat) & 1 Jun (Ahad). OPPS! Maaf, kami tidak dapat memaparkan gambar untuk acara ini kerana terlalu ‘cencored’. Pertandingan ini juga ada terbuka untuk kategori perempuan. Kagum bukan?! Badannya sememangnya sangat taf.

 

fitmob copyKelas BODYCOMBAT yang terbesar dan memasuki Malaysia Book of Records. Penganjurnya adalah dari Mantra Experiential yang bekerjasama dengan Les Mills. Score Fit Mob ini juga adalah salah satu jenis senaman yang kreatif yang mengamalkan kehidupan yang aktif dan sihat, juga di lakukan dalam keadaan yang penuh menyeronokkan! Sebahagian yuran pendaftaran akan terus di salurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA)

 

wallclimbingAktiviti Indoor Wall Climbing ini sering di adakan tiap kali ada pemeran yang melibatkan apa jenis sukan di dalam auditorium. Pengunjung yang ingin mencuba di kehendaki membayar ticket yang terbahagi kepada 2 pakej iaitu PAKEJ A – RM 25 (Boleh main kesemuanya) ; PAKEJ B – RM 15 ( 2 aktiviti memanjat/1 aktiviti cabaran)

 

Brazilian Jiu JitsuBrazilian Jiu Jitsu.. Ha.. nama yang sungguh pelik tapi sebenarnya ia juga termasuk dalam kategori sukan. Anda penah dengar sukan sumo bukan? Permainannya lebih kurang sama dengan sumo tetapi bukan di kira siapa terkeluar dari gelanggang tapi di kira siapa yang dapat pertahankan diri lebih lama. Sukan ini agak lasak tapi perempuan juga ada menyertai pertandingan ini.

 

capoiera copySukan Zumba dan Capoeira adalah sukan yang menyeronokkan. Kedua-dua jenis sukan ini dilakukan seiring dengan lagu yang di mainkan. Zumba selalunya di lakukan secara beramai-ramai dengan mengikut pelatih penari di hadapan. Capoiera pula seakan-akan silat tetap di lakukan dengan gerakan perlahan tanpa ada sebarang sentuhan sesama pasangan.

Larian SCORE RUN 2014 ini akan diadakan pada 8 Jun 2014 (Ahad). Pada mereka yang mengikut serta, GOOD LUCK pada anda semua! Kita jumpa anda lagi di sana. Siapa pulak fastest HIJABISTA di SCORERUN?

*Gambar-gambar di ambil dari sumber FB Score 2014