Semangat yang kuat! – Nur Azyan Yusof

Baru-baru ini kami sempat lagi menemuramah seorang pelari yang hampir berhenti berlari tetapi giat kembali dalam sukan kerana beberapa faktornya sendiri. Ikuti kisah beliau dan sebabnya :

1. Biodata Diri

Azyan1Beliau di beri nama Nur Azyan Yusof atau nama mesranya lagi Yan @ Zyra. Gadis comel ini berumur 35 tahun dan masih bujang, tinggal di Shah Alam. Beliau memiliki Master of Science Computer di Universiti Malaya dan sekarang bekerja di Telekom Malaysia sebagai seorang pegawai eksekutif.

2. Sejak bila mula berlari dan apa yang membuatkan beliau aktif dalam sukan?

Sekitar tahun 2006, beliau mendapati berat badannya semakin naik dan terasa sangat sukar untuk mengekalkan berat badan. Beliau membuat keputusan untuk mula berlari di Standard Chartered KL Marathon (5km) pada tahun 2010. Oleh kerana sejarah kesihatan keluarga yang kurang baik dan ramai keluarganya memiliki penyakit obesiti serta penyakit 3 berangkai (jantung, diabetes, buah pinggang), beliau mengambil keputusan untuk mula berjinak dalam sukan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat walaupun pada asalnya beliau seorang ulat buku di sekolah. Beliau cuba mula berlari secara berperingkat dengan jarak yang paling dekat 5KM, 10KM, 21KM dan full marathon 41KM.

3. Mengapa berhenti berlari?

Beliau berkata, marathon ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Sekurang-kurangnya perlu berlatih berlari dengan jarak 15KM – 20KM pada setiap hujung minggu. Manakala di hari biasa pula sepatutnya perlu berlatih 3 kali seminggu dengan jarak 5KM – 7KM. Di sebabkan beliau terlalu sibuk dengan hal kerja dan keluarga, beliau berehat seketika selama 2 tahun kerana tidak boleh fokus pada larian.

4. Kesan apabila berhenti berlari

Kesan yang paling kritikal adalah berat badan naik dengan mendadak. Selalunya selepas habis kerja beliau ada membuat aktiviti fizikal kerana baginya itu merupakan salah satu caranya untuk melepaskan stress dan tekanan kerja. Apabila berhenti, beliau lebih mudah marah dan murung. Beliau juga kadang kala menghadapi masalah susah untuk tidur pada waktu malam.

5. Siapa yang memberi dorongan? Ada mendapat tentangan dari mana-mana pihak?

Ramai kawan-kawan memberi sokongan dan dorongan. Cuma ibu bapanya tidak gemar beliau bersukan dengan berpakaian ketat walaupun memakai baju yang menutupi semuanya kerana masih mendedahkan aurat

6. Pencapaian terhebat dan target akan datang

Beliau berjaya menamatkan larian Full Marathon dengan set masa 5 jam 27 minit  dan targetnya yang seterusnya untuk memecahkan rekod terbaru dalam larian full marathon akan datang dengan memakai pakaian yang lebih sopan dan menutup aurat

Testimonial beliau tentang produk Nashata :

” Pakaiannya labuh, longgar dan dibuat daripada material yang sport-oriented! Pakaian saya yang dulu pun bukan senang nak cari. Skirt pendek saya beli daripada tennis skirt. Arm-sleeve saya beli daripada golf sport. Semua saya campur-campur untuk dibawa berlari marathon. Bertuahnya sekarang, semua Nashata dah sediakan! Tak payah survey banyak kedai dah. Lengkap segalanya! “

7. Antara cadangan yang beliau utarakan untuk meningkatkan lagi produktiviti dan stamina seorang wanita untuk lebih cergas dan sihat

Lakukan aktiviti yang menggembirakan diri sendiri dan memperbanyakkan aktiviti sukan seperti badminton, berbasikal, zumba, yoga dan sebagainya. Beliau sangat gemar melakukan body combat kerana beliau terasa seolah-olah boleh melepaskan geram kerana kata beliau, tugas seorang wanita sangat berat dan mungkin menghadapi banyak masalah dan tekanan. Bagi menggalakkan lebih ramai kaum ibu dan isteri pula, beliau menyarankan berlari berkumpulan di adakan dengan satu (1) keluarga ikut turut serta.

azyan yusuf8. Antara program-program larian yang beliau telah sertai :

(a) Standard Chartered KL Marathon 2014 (Half marathon)

(b) Malaysia Women Marathon 2013 (Half Marathon)

(c) Standard Chartered KL Marathon 2012 dan 2011 (Full marathon)

(d) Standard Chartered Singapore 2011 (Full Marathon)

(e) Newton Challenge 2012 (25km)

9. Perbezaan pemakaian dari segi latihan dan marathon

Semasa latihan : Baju biasa bergantung kepada jenis latihan yang di lakukan

Semasa marathon : Baju cepat kering, ringan, serap peluh, mampat, tidak terlalu labuh

10. Berapa minit beliau membuat latihan dan berapa kerap beliau lakukannya?

Hari biasa – 45minit ke 1 jam (3x seminggu)

Hujung minggu – 2 jam ke 2.30 jam (Larian jauh)

1 jam tambahan (Weight training, bodycombat, bodybalance)

2 hari pula diperuntukkan untuk berehat

Perbazaan sukan atau tidak

 

 

 

 

 

 

Beliau ada menyusulkan cadangan lari sambil menolak stroller baby. How cute idea she have huh? Ramai orang tidak terfikir akannya dan mungkin idea ni menjadi seronok jika ada mana-mana pihak yang mencubanya di masa akan datang. Azyan seorang yang sangat kreatif dan sangat ceria. Terima kasih kerana kongsi segala pengalaman dan cerita yang menarik tentang anda bersama kami.

 

Leave a Reply