Assalamualaikum
Hari Ahad lepas (17/11/2019) saya berlari di acara Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah (LHKSNS) Kuala Kangsar, Perak. Acara ini edisi ke 5 LHKSNS dan untuk saya ini adalah tahun ke 3 berturut saya sertai. Acara yang ditunggu-tunggu oleh runners, sebabnya ia ibarat hari raya bagi kami semua. Apabila pendaftaran dibuka, hanya mengambil masa 2 jam sahaja dan slot telah ‘sold out’, walaupun pada tahun ini penyertaan untuk semua kategori ditambah dengan total keseluruhan 6000 slot. Macam goreng pisang panas! Kenapa? Sebab ia ada tarikannya tersendiri! Memang seronok!

Waktu ambil race kit di Dewan Jubli Perak, jam 6.30 petang masih ramai, rata-rata yang datang dari luar Kuala Kangsar.

Gambar kenangan selepas ambil race kit. Depan saya ramai lagi yang beratur untuk ambil gambar disini.
Pagi itu saya terus ke starting line, sangat mudah bagi saya sebab Masjid berdepan dengan Dewan Jubli Perak, mudah nak solat subuh.
Saya dalam kategori 15km wanita vateran, starting point di Jalan Tun Razak, Kuala Kangsar pada jam 7.00 pagi. Penyertaan pada tahun ini sangat meriah kerana ramai runners datang dengan berbagai jenis pakaian, termasuk saya sendiri.
Larian pada hari tu, saya cuma nak berlari santai, jumpa kawan-kawan, dan bergambar saja. Kami berlari di kawasan kampung, seronok bila berlari dapat jumpa dengan orang kampung yang bersorak, di jamu dengan kuih tradisional. Selain itu kami boleh berhenti untuk sama-sama main congkak, batu seremban, ada live band untuk hiburan kami semua. Orang kg Kuala Kangsar sangat awesome! Ini bukan race! Ini larian hari raya!
Kami berlari di kawasan bendang. Untuk saya yang duduk KL ni, nak tengok sawah bendang ni memang setahun sekali je. Ya Allah! dah jakun sangant rupanya. Masa hari tu sawah bendang jadi tempat photoshoot. Meriah!
Di km10 saat yang paling kami tunggu,trademark LHKSNS ialah dapat minum air kelapa free!!! #satukepalasatukelapa, seronokkan, bila penat berlari, dengan hari yang semakin panas dapat basahkan tekak dengan air kelapa muda.
Di Dataran Lembah pula, seperti berpesta, kami dihiburkan dengan lagu joget, ada kumpulan tarian dan sesiapa boleh menari bersama. Kami juga di jamu dengan air dan kuih muih, makanlah seberapa banyak.
4km ke Finish Line, berlari santai-santai, suasana di bandar yang agak sibuk dengan kenderaaan, namun keselamatan kami semua masih di jaga dengan baik. Polis dan Rela sangat-sangat memebantu dan sportingnya orang Kuala Kangsar!
Suasana berlari yang macam ni, memang saya tak pernah dapat rasai dimana-mana, cuma di sini. Dengan yuran penyertaan cuma RM35, berbaloi dengan rasa kepuasan berlarii disini! Sebab itu, saya tak akan ketinggalan untuk sertai setiap tahun. Jumpa lagi LHKSNS 2020.