Larian yang penuh MENCABAR @ Putrajaya Deuter Trail Run 2014!

Acara Deuter Trail Run yang diadakan pada 11 May 2014 semalam di Putrajaya Challenge Park Presint 5 berjalan dengan sangat lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai pihak. Peserta larian di anggarkan sebanyak 1000 peserta. Larian ini adalah sepanjang 10km di mana 80% larian menempuhi pelbagai jenis cabaran dan 20% larian di atas jalan raya. Program ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu :

1) Lelaki terbuka

2) Perempuan Terbuka

3) Kanak-Kanak Lelaki (13-17 tahun)

4) Kanak-Kanak Perempuan (13-17 tahun)

Apa yang menarik tentang acara larian ini?

Mereka yang pertama kali menyertai acara larian sebegini mungkin akan berasa benci dan mungkin tidak akan menyertainya lagi. Para peserta dikehendaki mengharungi halangan-halangan yang di reka oleh penganjur sepanjang larian termasuklah menggelongsor, mendaki bukit curam, melompat, mengengsot di atas tanah dan sebagainya. Apa yang pasti mereka yang sampai ke garisan penamat kesemuanya pasti dalam keadaan kotor dan sangat meletihkan. Mereka yang kelihatan bersih akan di keluarkan dari penyertaan serta merta kerana tidak mengikuti garis panduan yang telah di tetapkan. Program ini juga mendapat tajaan dari Nestle, Red Bull, Mountain Dew, Revive, Suunto, Coleman, Sport Tape, Nathan, 2XU and Running Malaysia. Jika enjoy, pasti seronok! Antara halangan-halangan yang mereka tempuhi adalah seperti dalam gambar yang di tunjukkan di bawah ini :

Cabaran2

Sebelum memulakan acara larian, kesemua peserta manjalankan senaman aerobik terlebih dahulu sebagai streching-up

senamerobik_1 senamerobik_2

 

Peserta-peserta lelaki terbuka berlepas di garisan permulaan pada pukul 7.30 pagi

Lelaki terbuka

Peserta-peserta perempuan pula berlepas 15minit selepas pelepasan lelaki

peserta perempuan

 

Sementara menunggu para peserta menamatkan larian ke garisan penamat, pengunjung yang datang di sana boleh berkunjung ke booth-booth yang terlibat antaranya booth Deuter, Suunto, ProGround dan Nashata, Power Bar dan sebagainya.

DSC_8480 DSC_8481

Tidak disangka salah seorang dari pelanggan kami iaitu Nina Aziz menyertai acara larian bagi kategori perempuan terbuka dan berjaya mendapat tempat ke-34. TAHNIAH diucapkan pada beliau kerana berjaya ke garisan penamat. Dan tidak juga lupa tahniah kepada kesemua peserta-peserta yang lain

Nina Aziz

 

Siapa kata lelaki sahaja boleh lakukan Trail Run ini? Perempuan juga boleh lakukan! Cabaran ini menjadi mudah jika anda betul-betul seronok lakukannya bersama teman-teman dan bukan kerana terpaksa. Bagi mereka yang belum pernah mencuba, mari sertai untuk acara trail run seperti ini akan datang!