Be Inspired : 17% Berat Badan Hilang dalam 3 Bulan. Ketahuilah bagaimana Cik Masriena lakukannya

Ada masalah berat badan dan anda sudah cuba pelbagai cara untuk kurus?

Kami berpeluang untuk menyingkapi bagaimana Cik Masriena Ja’afar berjaya menguruskan badan dan megekalkan gaya hidup yang aktif. Beliau berjaya mengurangkan berat badan sebanyak 13.3kg atau 17% daripada berat badan dalam masa 3 bulan.

Beliau bukan sahaja dapat menguruskan badan, tetapi juga dapat menjalinkan Persahabatan dan menguatkan Stamina melalui aktiviti beliau.

1) Latar Belakang Hidup

Cik Masriena dilahirkan di Selangor dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Ayah beliau Ja’afar Hassan bekerja di Kedutaan Switzerland, manakala ibunya, Maimunah Mat sebagai surirumah. Beliau merupakan anak sulung dari 5 orang perempuan. Bersekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur dan sambung diploma dalam bidang perakaunan di Institut Profesional Baitulmal, usahasama UITM. Kini beliau bekerja di Gleneagles Hospital dan hampir mencecah 7 tahun pada tahun ini. Beliau mula naik sejak dari Darjah 6, seterusnya ke sekolah menengah, kolej dan sekarang, di alam pekerjaan. Berat badan beliau tidak sesuai dengan ketinggian yang hanya 151cm.

Mari kita ikuti kisah perjalanan Cik Masriena Ja’afar yang penuh semangat dan kesedaran dalam proses penurunan berat badan beliau. Bukannya susah untuk melakukannya jika betul-betul fokus untuk mencapai matlamat yang di ingini.

 

2) Bilakah mula bernekad untuk menguruskan badan?

Hujung tahun December 2013, saya mula diperkenalkan dengan Facebook Kevin Zahri. Saya mula mengikuti perkembangan aktiviti beliau, iaitu Jom Kurus 1 Malaysia (JK1M) cabaran 6 minggu. 11 Januari 2014 saya sendiri menyertai program JK1M bersama Kevin di bawah pimpinan team leader Ampang-Setapak-Wangsa Maju, Eda Fatimawati & Mohd Ridwan. Dalam program ini, saya berkenalan dengan 50 orang ahli yang mempunyai niat, azam & semangat yang sama, iaitu NAK KURUS !

3) Apakah yang menyebabkan bernekad untuk menguruskan badan?

Latar belakang ibu ayah memainkan peranan penting untuk saya kekal sihat dan cergas. Tambahan pula, saya mempunyai 4 orang adik perempuan. Persaingan antara kami, yang bergelar perempuan juga salah satu faktor untuk saya menguruskan badan. Perubahan yang mendadak, dari seorang yang aktif sukan terus ke pasif. Saya juga ingin kelihatan cantik dari segi dalam dan luar.

4) Apakah program dan aktiviti yang dilakukan untuk menguruskan badan? Berapa kerapkah anda bergiat dalam aktiviti tersebut?

Tuahnya saya di bawah Eda & Wan ialah, mereka juga seperti kami yang lain, pernah gemuk dan berjaya menguruskan badan mereka. Dengan berlatarbelakangkan pelari marathon, kami dilatih dan didedahkan dengan aktiviti larian. Program JK1M fokus kepada aktiviti bersama pada hujung minggu, antaranya 3 jam Jom Fit di Tasik Titiwangsa, ‘circuit training’, running clinic di Taman Layang-layang, ‘trail run’ di TTDI, 13km ‘hike-run-walk’ di FRIM, dodgeball, ‘dumble & running challenge’ di Tasik Keramat. Secara tidak langsung, rasa seronok untuk berlari telah dipupuk. Pada hari biasa, saya berlatih berlari pada Selasa & Khamis di Tasik Titiwangsa bersama rakan JK1M. Selain itu, badminton, futsal dan ‘circuit training’ juga antara aktiviti yang kami lakukan.

5) Apakah target anda apabila anda mula-mula bernekad untuk menguruskan badan?

Target saya cuma satu pada waktu itu, NAK KURUS ! Tetapi apabila telah menyertai program ini, kami mengubah target untuk kurus dan kekal aktif dengan pemakanan dan hidup yang sihat.

6) Adakah anda dapat mencapai ‘target’ pertama anda dan bila?

Penyertaan dan fokus saya dalam aktiviti ini tidak sia sia. Selepas tiga minggu dalam cabaran ini, saya boleh muat pakai semula baju kurung moden kegemaran. Perasaan ketika itu memang tidak dapat digambarkan. Semangat untuk teruskan usaha turunkan berat badan bertambah. Tambahan, saya memenangi cabaran 6minggu ini dengan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 8.8kg bersamaan 11%. Ini merupakan satu bonus bagi saya.

7) Apakah perbezaan berat badan anda dulu dan sekarang?

Berat saya pada 11 Januari 2014 ialah 78.9kg dan sekarang, 12 April 2014, 65.6kg.

PhotoGrid_1398003122937PhotoGrid_1395494859506

 

8) Apakah perasaan anda apabila dapat mencapai target menguruskan badan?

Perasaan syukur dan gembira yang tidak terhingga. Perasaan ini membuatkan saya bertekad untuk terus kekal aktif dan capai kepada berat ideal saya.

PhotoGrid_1398004991031

9) Bagaimanakah anda mengekalkan berat badan dan terus aktif dalam aktiviti sukan?

Acara larian pertama yang saya sertai bersama rakan JK1M ialah ‘MERCY RUN 7km’. Tidak pernah sesekali terfikir yang saya akan menyertai acara-acara larian seperti ini. Antara acara larian lain yang akan saya sertai pada 2014, agar sentiasa kekal aktif ialah ‘Malaysian Woman Marathon Fun Run 5km’, ‘Autism Run 10km’, ‘Malaysian Breakfast Run 7km’, ‘Run for Peace 5.5km’, ‘Brooks 10km’, ‘Score Run 10km’ dan ‘Standard Chartered 10km’. Saya juga berazam untuk berlari half marathon (21km) pada hujung tahun ini di ‘Penang Bridge International Marathon’. Selain terlibat aktif dalam acara larian, saya bersama rakan mencuba aktiviti baru iaitu ‘Boothcamp’, di mana ia lebih tertumpu kepada ‘body weight’ aktiviti. Sebagai pemenang JK1M 1, saya telah diberi peluang untuk melanjutkan program ini ke musim ke-2 secara percuma. Peluang ini saya ambil untuk meramaikan kenalan dan secara tidak langsung menambahkan semangat dan ilmu dari team leader yang lain.

10) Bagaimanakah anda membahagi masa untuk bersukan dan bekerja?

Program ini secara tidak langsung membuatkan saya kembali aktif dalam bidang sukan. Pembahagian masa adalah sangat penting supaya saya dapat menjayakan azam saya ini dengan cemerlang. Walauapapun, keluarga dan kerjaya adalah perkara utama yang akan saya dahulukan selepas aktiviti sukan.

11) Siapakah dan apakah yang mendorong untuk terus bergiat aktif?

Keluarga saya sudah semestinya menjadi tunggak utama dalam ‘success story’ saya. Selain mereka, team leader, Eda & Wan serta rakan-rakan saya dalam JK1M #ampangvipers terutama kepada Jas, Iera, Farah, Azrul, Apie, Zira, Kak Fanim, Kak Jazz, Kak Shamy serta team leader, Marini Amin dan dan rakan rakan JK1M musim 2 #wangsawarriors. Eda , Wan & Marini juga pernah mengalami masalah berat sebelum ini. Success story mereka membuatkan saya lagi bersemangat dan percaya ‘nothing is impossible’. Jika mereka boleh berjaya dan kekal aktif sehingga sekarang, kenapa tidak saya? Mereka adalah insan yang meyakinkan diri saya untuk terus success.

12) Apakah teknologi  yang anda guna untuk aktiviti sukan? Ianya termasuklah teknologi yang digunakan untuk berhubung dengan rakan sukan, gadget dan aplikasi yang digunakan.

Laman social Facebook & Instagram. Telegram & Whatsapp untuk kami bertukar pendapat dan berhudung berkaitan aktiviti kami. Peralatan di gym seperti trademill, cross training, body weight, cycling.

13) Bagaimanakah pula dengan pemakanan anda? Dulu dan sekarang, adakah ianya berbeza atau sama?

Saya pernah mengamalkan diet, tetapi dengan mengikat perut. Cuma makan waktu tengahari sahaja dan mengambil pil kurus dan bersenam dengan menjadi ahli pusat gym. Tapi itu semua hanya sementara, seperti hangat-hangat tahi ayam. Berat badan saya naik mendadak pada tahun 2013 apabila saya berhenti makan sejenis ubat kurus yang agak popular.  akhirnya saya putus asa dan makan apa sahaja yang saya ingin. Tetapi dengan program ini, saya telah diberi segala ilmu berkaitan pemakanan diet, iaitu ‘eatclean’ dengan makan 5 kali sehari. 3 kali makanan utama (sarapan pagi, tengahari & malam) dan diselangi ‘snack’ di antara makanan utama. Dengan cara ini, kite berasa kenyang walaupun dengan kuantiti yang sedikit tetatpi kerap.

14) Apakah 3 kelebihan yang paling penting yang anda kecapi apabila aktif dalam sukan?

Mempunyai stamina yang aktif. Persahabatan. Kepuasan.

Jom Kurus

15) Apakah matlamat anda seterusnya?

Matlamat saya untuk kekal aktif dan sihat serta mencapai berat badan ideal sesuai dengan ketinggian saya. Full Marathon in shaa allah. It is still along journey for me but never give up till I achieve my goal.

Kita akan sokong dan ikuti perkembangan beliau sehingga ke full marathon.

Nashata is always behind any women who seek an active lifestyle.

Leave a Reply