Pening & Sakit Kepala itu MERBAHAYA

Kajian mengenai kejadian sakit kepala di Malaysia menunjukkan 51.9% dan 55.7% penghidap migrain dan sakit kepala akibat ketegangan menyatakan kerana mereka terdedah kepada panas matahari, kata Professor Tan Chong Tin dari Jabatan Neurologi University Hospital.

Ramai tidak menganggap serius tentang penyakit ini dan tidak berjumpa doktor  untuk membuat pemeriksaan lanjut. Antara PUNCA-PUNCA yang sering membuatkan sakit kepala ialah :

  • Stres
  • Corak tidur yang berubah
  • Senaman fizikal yang bersungguh-sungguh
  • Kelaparan
  • Makanan-makanan tertentu, contohnya makan coklat berlebihan
  • Pengawet-pengawet makanan, misalannya nitrat dalam sosej
  • Kesan pengunduran dari kopi (kafein)
  • Ubat-ubat tertentu – runding dengan pegawai farmasi anda
  • Perubahan hormon, misalannya semasa haid, pengambilan pil perancang keluarga
  • Persekitaran yang sesak, misalannya bilik yang berisi asap atau bersepah

Lebih baik mengamalkan cara hidup yang sihat selain bergantung harap pada ubat semata-mata. Di bawah ini adalah beberapa cara mengelak  atau mengurangkan sakit kepala dengan berkesan:

  • Belajar untuk beristirehat
  • Singkirkan stres dengan merancang aktiviti-aktiviti anda terlebih dahulu dan biarkan keluarga anda membantu anda.
  • Senam selalu dan jadilah bertenaga.
  • Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang selalu.
  • Dapatkan tidur yang tetap dan secukupnya.
  • Pakai cermin mata gelap untuk mengurangkan silau.
  • Minum air yang secukupnya, terutamanya semasa cuaca panas.
  • Jangan ambil ubat penahan sakit yang terlampau banyak.
  • Periksa mata anda dengan seorang doktor pakar.
  • Tuam dengan ais di bahagian kepala yang terasa sakit
  • Tonggeng kepala untuk membiarkan darah terus mengalir ke bahagian kepala
  • Urut dengan minyak panas secara perlahan-lahan

Oh! Terlampau banyak bukan? Tetapi apa 3 perkara yang PALING PENTING jika pening datang secara tiba-tiba?

1) Makan ubat tahan sakit seperti Panadol atau Paracetamol sebelum tunggu doktor

2) Tidur dalam keadaan yang aman tanpa sebarang gangguan.

3) Tuam kepala dengan ais atau urut perlahan-lahan menggunakan minyak panas

Jika tiap kali anda bersukan, anda sering kali terasa pening, itu menunjukkan petanda yang tidak baik dan di nasihatkan terus pergi berjumpa doktor. Jangan sesekali meneruskan aktiviti sukan atau mungkin anda boleh pitam secara tiba-tiba. Anda juga dinasihatkkan jangan melakukan sukan pada waktu tengah hari terik ini kerana cahaya UV yang kuat membuatkan salur pembuluh di bahagian otak mengembang secara melampau.

 

Sources :

http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130827/kn_01/Urutan-legakan-sakit-kepala
http://www.efarmasi.com.my/contents/selfcare/selfcare.asp?sfcrb=sakitkepala.htm

 

Leave a Reply