Badan NGO mana yang menjadi pilihan untuk menyalurkan sumbangan ke GAZA?

Seperti yang kami janjikan, jumlah kutipan derma sangat memberangsangkan dan kami berjaya mengumpul lebih daripada RM 1,000 dalam masa dua minggu pada fasa pertama dari penjualan TSHIRT Kemanusiaan sempena Hari Kemanusiaan Manusia baru-baru ini. Terima kasih kepada mereka yang mempunyai kesedaran dan niat untuk membantu saudara sesama kita. Kami mempunyai beberapa pilihan untuk menyalurkan sumbangan tersebut dengan mengambil kata sepakat dari pelanggan-pelanggan kami yang kami rase berhak menyuarakan pilihan mereka sendiri. Ini hanyalah sumbangan fasa pertama.InsyAllah, kami akan menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan.  Antara badan-badan tersenarai :

1) Mercy Malaysia

Mercy Malaysia

 

 

 

Sumbangan yang di kumpul oleh badan Mercy Malaysia akan di salurkan dalam beberapa bentuk seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, mangsa bencana, perlindungan, air dan kebersihan. Terdapat pelbagai program anjuran badan Mercy Malaysia ini dan salah satunya Palestine Relief Fund

2) Aqsa Sharif

aqsa sharif

 

 

 

Antara keempat-empat badan NGO yang tersenarai disini, AQSA SHARIF paling aktif membuat inisiatif untuk mengumpul seberapa banyak sumbangan ke Gaza sejajar dengan motif mereka “Memperkasa Ummah, Membebaskan Al-Aqsa”. Badan ini di kenali dan popular dikalangan orang ramai dan sentiasa mengemas kini perkembangan lanjut berkenaan mereka yang memerlukan. Badan ini juga banyak melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik merangkumi seluruh negeri di Semenanjung Malaysia antaranya Ramadhan Emergency Relief (Badr Operation), Ramadhan: Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka, kempen Penajaan Hafiz di Gaza, Pusat Kajian al-Quran dan sebagainya

3) Viva Palestina Malaysia

Viva Palestina Malaysia

 

 

 

Visi utamanya adalah menggalakkan resolusi adil, saksama, cepat dan menyelesai serta membantu konflik di Palestin, yang akan membawa kepada pembentukan sebuah negara bebas dan merdeka untuk negara Palestin.

Badan ini pula lebih fokus kepada bantuan untuk Gaza dan antara pengkhususannya :

  • Pengubahsuaian sekolah-sekolah
  • Pembiayaan Mikro
  • Wanita Vokasional
  • Nyalaan Gaza

4) Islamic Relief Malaysia Online Donation

My Sedekah

 

 

Untuk menderma dengan lebih fokus kepada cara islam, badan ini mempunyai 3 kategori yang jelas tentang sumbangan dan derma iaitu Zakat, Fidyah, dan Dana Umum. Bentuk sumbangannya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

  • Qurbani – Merentas Sempadan
  • Penajaan AL – Yateem
  • Barangan

Oleh itu, kami memerlukan pendapat anda yang mana satu badan NGO yang menjadi pilihan. Kami akan membuat lagi di masa akan datang untuk menyokong dan menyebarkan erti kemanusiaan. Kami juga alu-alukan sebarang cadangan dan komen untuk tujuan penambah baikan di pihak kami. Terima Kasih kerana memberi kerjasama.