Persediaan Larian Marathon di Cuaca Panas

Berlari di cuaca yang melampau dan panas boleh merbahayakan diri. Badan anda boleh mengalami dehidrasi dan menjadi terlalu panas dan boleh menyebabkan kekejangan haba, keletihan haba atau strok haba semasa larian marathon. Bayangkanlah berlari selama 3 – 6 jam di larian marathon semasa cuaca panas yang melampau.

background copy

Prepare Yourself For the Heat

Memandangkan cuaca terlampau panas dan matahari terik sehingga suhu mencecah 35°C, anda perlu membuat persediaan awal untuk mengelakkan daripada. mengalami masalah-masalah haba yang membahayakan diri.

 

Antara langkah-langkah yang boleh diambil:

1. Biasakan diri berlari di cuaca yang panas secara beransur-ansur, tidak terlalu lama dan tidak terlalu panas. Sebaik-baiknya sesuaikan diri anda dengan cuaca yang panas 8 hari sebelum acara larian marathon. Badan anda tidaklah terlalu terkejut dengan cuaca semasa larian.

2. Bawalah ‘hydration belt’ dimana anda boleh membawa air sebanyak 100ml ke 200 ml dan minum setiap 3km atau apabila perlu. Ketahuilah di mana letaknya stesen air sepanjang laluan larian.

hydration belt

hydration belt

3. Pakailah pakaian yang longgar dan ringan yang membolehkan pengaliran udara semasa berlari. Elakkan daripada memakai pakaian yang ketat dan berwarna gelap atau hitam

riada nahl

Pakaian yang longgar diperbuat daripada fabrik yang mengeluarkan peluh

4. Pakailah cermin mata hitam yang berUV dan juga topi ringan apabila matahari sudah naik. Silau boleh menyebabkan anda pening kepala. Pastikan anda sudah biasa berlari dengan aksesori-aksesori tersebut sebelum acara larian

Visor

Topi ‘Visor’ yang ringan

5. Sapukan dan bawalah sedikit ‘sunblock’ SPF melebihi 30 ke bahagian-bahagian yang terdedah kepada matahari.

Apa-apa pun, jika anda terasa pening, loya atau terasa suhu badan terlampau panas, anda perlu berhenti dan dapatkanlah pertolongan perubatan dengan segera.

Run safe!