Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Hal Ehwal Manusia melaporkan, sebanyak AS $ 367000000 diperlukan untuk membantu 490,000 pelarian di Gaza. Jumlah itu meningkat hari demi hari untuk keperluan tempat tinggal, makanan, sokongan dan bantuan perubatan.
1. Bagaimana dapat kita membantu?
Dengan bantuan anda, kami mengumpul dana untuk mendapatkan makanan dan tempat tinggal. Apabila anda membeli baju T-Shirt Kemanusiaan, anda boleh Menderma, Mendidik dan menjadi penyampai tentang erti KEMANUSIAAN. Hasil jualan akan disumbangkan kepada rakyat Palestin melalui badan-badan kemanusiaan di Malaysia. Baju ini direka bersama oleh rakan sekerja kami, rakan-rakan dan pelanggan yang berfikir kita harus Ambil Tindakan dan Membawa Perubahan.
2. Hari Kemanusiaan Sedunia
Usaha ini adalah untuk menyokong Hari Kemanusiaan Sedunia yang disambut setiap 19 Ogos sejak dari tahun 2003. Ini adalah untuk mengingati sukarelawan yang menghulurkan bantuan kemanusiaan dan untuk menggalakkan lagi usaha-usaha kemanusiaan oleh orang lain.
3. Mengapa memilih rakyat Palestin di Gaza?
Kami memilih untuk menyokong rakyat Gaza kerana 86% daripada 1,814 orang awam terbunuh dan 63% daripada 9,500 yang mengalami kecederaan adalah dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Dalam masa sehari sahaja, dari 3-4 Ogos 2014, bilangan pelarian keluarga dengan ketiadaan sebarang perlindungan, meningkat sebanyak 1,000+, manakala jumlah yang diperlukan untuk membantu jua terus meningkat. Penduduk Gaza sangat memerlukan bantuan kemanusiaan yang sangat besar.
Sebarkan keperluan kemanusiaan #duniamemerlukanlebihlagi #keamanan #belaskasihan #kemanusiaan
4. Reka Bentuk T-Shirt
Bahagian Hadapan: burung merpati itu mewakili keamanan yang diperlukan di dunia ini, dan keamanan yang perlu dipulihkan di Palestin.
Bahagian Belakang: #FreePalestine (bebaskan Palestin) dan #ItIsAboutHumanitarian (Segalanya tentang kemanusiaan) menyerlahkan lagi keperluan kemanusiaan sebanyak 490,000 pelarian di Gaza. Penderitaan orang-orang ini dan keperluan untuk membantu adalah sangat penting untuk terus hidup.
Jenis Kain: Mikrofiber yang ringan dan mempunyai jaringan kecil
Kami mengambil TEMPAHAN AWAL dan baju akan dihantar bermula pada 15 Ogos 2014 dan keatas. Penghantaran adalah PERCUMA untuk penghantaran dalam Malaysia manakala penghantaran ke Singapura dan Brunei adalah SG7 untuk maksimum 4 barang sahaja
Ambil tindakan segera dengan membeli baju ini SEKARANG dan sama-sama berkongsi maklumat ini pada yang lain 🙂
5. Jenis Kain
Gambar Rajah kain dari jarak dekat ( Klik untuk lihat secara jelas)
6. Keperluan Kemanusiaan & Kerosakan di Gaza
Sila Layari http://bit.ly/humanitarianshirt untuk menderma.