Beribu sukan atlet dari 70 buah negara yang menyertai sukan komanwel yang diadakan di Glasgow pada tahun ini. Sukan ini merupakan acara terbesar bagi para atlet yang akan berlangsung selama 11 hari.
Tarikh Bermula : 23 Julai (Rabu) – 3 Ogos 2014 (Ahad)
Tempat perlawanan di adakan di 4 tempat yang berbeza :
1) East End Cluster
Acara perasmian akan di adakan di Celtic Park yang menjadi simbol stadium bola sepak di United Kingdom. Stadium ini juga akan di gunakan bagi semua acara yang melibatkan sukan berbasikal.
Perlawanan sukan hoki pula diadakan di Glasgow Green Hockey Centre manakala acara renang pula di adakan di Tollcross International Swimming Centre.
2) South Side Cluster
2 stadium terbesar di Glasgow terdapat di South Side Cluster ini iaitu Ibrox Stadium dan Hampden Park. Segala acara yang melibatkan track dan acara padang akan di adakan disini dan juga acara majlis penutup yang akan berlangsung pada hari Ahad, 3 Ogos 2014. Permainan Ragbi, Berbasikal gunung dan larian akan diadakan di stadium Ibrox.
3) West End Cluster
Acara Gusti, Wrestling, Judo, Gimnastik dalam air dan Bola Jaring akan diadakan di dalam dewan The Scottish Exhibition and Conference Centre. Manakala acara angkat berat pula di Clyde Auditorium. Sukan Tennis dan Squash pula di adakan di Scotstoun Stadium.
4) Satellite Venue
Ada 3 acara lain yang di pertandingkan di luar Glasgow iaitu triathlon di Strathclyde Country Park in Motherwell, acara menyelam di Edinburgh’s Royal Commonwealth Pool dan acara Menembak di Barry Buddon Shooting Centre in Barry.
Kini sudah masuk hari ke-8 sukan Komanwel berlangsung dan tinggal beberapa hari sahaja lagi akan sampai ke acara penutup. Keputusan terbaru yang di peoleh setakat ini ialah Malaysia berjaya mendapat 4 pingat emas untuk acara sukan badminton, renang, squash dan angkat berat. 6 pingat perak ; 2 perak untuk sukan bowling, renang, gimnastik, tenis dan angkat berat. 5 pingat gangsa dari Malaysia ; berbasikal, renang, 2 gangsa dari acara gimnastik dan juga acara menembak.
Sementara kita di sini rakyat Malaysia menyambut Hari Raya bersama keluarga dan sanak saudara, Para atlet kita sanggup berkorban di Glasgow demi berjuang mengharungkan nama Malaysia di pentas sukan dunia. Sebanyak 60% atlet wanita berjaya merangkul pingat kemenangan untuk sukan Komanwel kali ini. Antara atlet-atlet wanita tersebut adalah :
Nur Suryani Mohamed Taibi wakil penembak Malaysia sekali lagi berjaya merangkul pingat gangsa untuk acara tembak : Senapang udara 10M untuk wanita dengan scorenya sebanyak 184.4
Pandelela Rinong Pamg dan Nur Dhabitah Sabri berjaya menempatkan diri dalam pingat gangsa dengan pungutan mata sebanyak 300.12 untuk acara sukan menyelam secara bersama di atas platfom setinggi 10M.
Nicole David pemain Squash Malaysia masih lagi mengekalkan kejuaraannya untuk merebut pingat emas dan berjaya mengalahkan Laura Massaro pemain dari England sebanyak 3 – 0 untuk ketegori pemain wanita perseorangan Squash
Lee Rou You, Ho Ying, Ng Sock Khim, dan Beh Wee We memenangi pingat perak dalam ketegori Ping Pong Wanita Berkumpulan
Azlina Arshad, Nor Hashimah Ismail, Fidrah Nur Noh dan Emma Firyana Saroji mereka semua ini telah meranggkul pingat perak dalam acara sukan Squad Bowling Padang
Fatin Zakirah Jalany Zain Jalany, Wong Poh San dan Amy Kwan Dict Weng merangkul pingat gangsa dalam acara Gimnastik Berirama Wanita Berkumpulan. Wong Poh San juga memenangi pingat perak dalam kategori gimnastik ribon berirama.
Hebat kan? Ramai atlet kaum wanita Malaysia yang merangkul banyak pingat kemenangan membuktikan wanita juga berkebolehan dan mampu bergiat aktif setanding dengan lelaki. Ikuti acara penutup sukan Komanwel ini pada hari Ahad ini 3 Ogos 2014 untuk mengetahui ulasan keseluruhan sepanjang tempoh perlawanan diadakan.
Gambar-gambar di ambil dari sumber : zimbio.com, gettyimages and other different sources