Kenapa Ramai Kembali Berlari di Pink Ultra

Heiiii ! Saya lari lagi di Pink Ultra edisi ke 4

Larian Ala Trail di Paya Indah Wetland, Dengkil

Tahun ni merupakan edisi ke 4 Pink Ultra dan merupakan kali ke 3 saya menyertai.  Edisi pertama (2015) dan ke-2 (2016) diadakan di Taman Saujana Hijau, Putrajaya. Edisi ke 3 (2017) di Taman Tasik Cyberjaya dan edisi ke 4 (2018) di Paya Indah Wetland, Dengkil.  Semua acara Pink Ultra adalah larian looping, berjarak 50km.

Pink Ultra dianjurkan oleh Team Pacat dan ia adalah untuk wanita saja. Tapi  peserta lelaki boleh jugak sertai dalam kategori duo; iaitu larian bersama peserta wanita dari awal sampai lah tamat larian. Selain itu ada kategori solo dan kategori relay.  Peserta diberi masa selama 10 jam untuk berlari dan perlu  dapatkan 50km untuk dapat medal dan finisher t. Tak habis lari tak dapat hokay !

Acara kali ini diadakan pada 4 Nov lepas. Saya menyertai kategori duo bersama Noi.  Kami di lepaskan pada jam 7.10 pagi.  Laluan kali ini lain dari edisi yang sebelum ini, kali ni 95% larian adalah trail. Kami kena berlari 1.5km ke check point dan pusing semula ke starting line melalui jalan yang sama.  Bermakna 1 loop adalah 3km.  Peserta duo dan solo diwajibkan untuk menghabiskan sebanyak 17 loops (51km) dalam masa 10 jam. Pemandangan di Paya Indah Wetland sangat cantik, dikiri dan kanan ada tasik dan katanya ada buaya juga.  (nasib baik masa hari tu tak ada buaya 😊  Kami tak akan rasa sunyi masa berlari sebab akan bertembung dengan runner lain berlainan arah. Tambahan pula, marshall juga selalu ulang alik untuk menjaga keselamatan peserta.

Noi dan Intan Berlari Kategori Duo di Pink Ultra 2018

Part ni memang best, makanan dan minuman yang banyak dan sedap. Ada nasi lemak, bubur ayam, mee hoon sup, buah-buahan, kek..dan bannyyaaaaakkkk lagi dan pelbagai air yang sentiasa sejuk berais.  Di Pink Ultra jurugambar mengambil gambar peserta-perserta yang kelihatan cantik-cantik belaka, hokay ! Marshall dan sukarelawan pula sangatlah peramah, banyak membantu dan sangat baik. Ini sememangnya tradisi Pink Ultra!

Bagi saya Pink Ultra memberi saya ruang untuk mencuba keupayaan saya berlari jarak jauh dan ianya ibarat training saya untuk acara larian lain yang akan datang.  Pengalaman berlari ditengah panas, mental diuji sebab route looping, sakit cramp, blister sana sini, penat, letih, rasa nak pitam, semua jadi satu kepuasan untuk saya.  Ramai yang memberi kata-kata semangat bersorak bersama, jumpa kawan baru.  Yes, bonding and more time together!

Larian Loop 50 km dalam masa 10 jam

Bagi saya Pink Ultra adalah acara yang sangat bagus untuk wanita yang ingin cuba berlari dengan jarak lebih dari marathon. Sebab semua rasa ada,  manis, masam, pahit dan pedas semua ada disini. Sedapkan? 😊 eh jom lah sertai Pink Ultra tahun depan!