Jom Berpuasa & Kekal Aktif

Di bulan puasa ini, saya tetap meneruskan latihan larian seperti hari- hari biasa untuk mengekalkan stamina dan memantapkan prestasi untuk acara2 larian selepas bulan Ramadhan. Saya merancang untuk berlari sekurang2 nya 42km seminggu dengan larian 6km setiap petang.

 

Diet Bagaimana?

Untuk kekal hidrat, saya mengambil 10 gelas air kosong antara waktu berbuka hingga waktu sahur dan elak minuman berais dan minuman manis. Semasa berbuka, nasi terhad kepada 2 senduk sahaja dan selebihnya protein dan fiber.Kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Untuk bersahur, saya mengambil roti wholemeal dan minuman oat untuk kekal kenyang. Saya mengambil sekurang2 nya 5 biji kurma sehari bagi mendapat nutrisi yang tinggi.

 

IMG_2682[1]

Lakukan regangan dahulu sebelum bersenam

Bagaimana untuk kekal aktif?

Sebagai seorang pelajar Perubatan tahun akhir, sememangnya jadual cukup padat, kelas yang panjang, dan perlu berulang alik ke hospital setiap hari. Untuk kekal aktif,di samping diet yg sihat dan pengambilan air yg cukup, saya meluangkan 40 minit setiap petang untuk berlari 6 -7km,iaitu 1 jam sebelum berbuka bagi mengekalkan stamina.

IMG_3299[1]

Cuaca yang baik untuk mulakan aktiviti larian 😉

Larian bermula seawal pukul 5 petang sebaik sahaja kelas tamat pada pukul 4.30 ptg. Saya mengambil masa 40 – 50 minit untuk larian sejauh 6-7 km. Pada jam 6 petang larian berjaya ditamatkan dan saya segera bersiap sedia untuk persiapan berbuka puasa. Alhamdulillah, selesai berbuka saya boleh meneruskan solat tarawih dan bertadarus bersama rakan2 seperti biasa. Di Kuching, waktu berbuka puasa ialah seawal 6.40 petang.

Lari cepat sebelum berbuka!

 

Ganjaran kekal aktif

Oh ya, saya lebih bersemangat apabila HotFM’s Cergas Ramadhan bersama AIA Vitality turut menggalakkan kita semua untuk kekal aktif di bulan Ramadhan. Dan saya juga begitu teruja untuk sertainya, begitu juga dengan anda bukan?

Jom sama2 kita sahut cabaran HotFM’s Cergas Ramadhan bersama AIA Vitality dengan upload gambar atau video anda melakukan aktiviti senaman di Instagram atau Facebook.

Berikan kepsyen kenapa anda pilih untuk kekal cergas di bulan Ramadhan untuk peluang menang baucer barangan sukan bernilai RM 300. Anda juga boleh upload gambar bersenam bersama rakan dan jangan lupa #sayapilihcergasramadhan dan #aiavitalitymy serta tag @hotfm976

IMG_2979[1]

Sweat is fat crying! Jom bersukan dan menangi contest ini 😉

мфо 1 займ без процентов