3 AMALAN berkesan untuk mengelakkan 5 PENYAKIT utama yang MEMBUNUH!

Mengamalkan gaya hidup sihat, mengawal pemakanan dan melakukan senaman secara berterusan dapat mengelakkan kelima-lima penyakit yang berhubung-kait ini antaranya ; Obesiti, Penyakit Jantung, Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi dan Strok.

Berdasarkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), antara 5 penyumbang masalah kesihatan yang kritikal adalah penyakit tidak berjangkit (NCDs). Seperti  di Negara-negara lain juga, Malaysia bergelut dengan masalah penyakit tidak berjangkit (NCDs) ini yang merangkumi penyakit jantung, kencing manis, strok, dan tekanan darah tinggi.

1) OBESITI

Dalam Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan (NHMS) pada tahun 1996:

(a) 4.4% orang dewasa yang mengalami obesiti

(b) 6.6% yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Untuk kajian yang terbaru pada tahun 2011 pula :

(a) Jumlah orang dewasa yang obesiti  meningkat kepada 4.4 juta (27.2%).

Sebanyak 49% wanita dan 44% lelaki Malaysia mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan. Mengikut kajian dari Institut Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan, sebanyak 19.9% kanak-kanak yang berumur 7 – 12 tahun mengalami masalah berat badan berlebihan.

Apa yang boleh kita lakukan : Elakkan mengamalkan diet yang tidak seimbang serta lakukan banyak pergerakan seperti senaman secara berterusan. Obesiti ini boleh mengakibatkan sakit jantung, strok dan penyakit-penyakit yang lain

2) PENYAKIT JANTUNG

Di Malaysia, penyakt jantung menjadi pembunuh nombor satu rakyat Malaysia akibat kolestrol. Mengikut Data National Cardiovascular Disease, sebanyak 16, 866 pesakit terlibat dari 15 hospital utama di Malaysia dari tahun 2006 – 2010, dan dari jumlah tersebut 10% di catatkan angka kematian di sebabkan serangan jantung.

Apa yang boleh kita lakukan : Golongan orang muda yang banyak akan menderita dengan masalah penyakit jantung dengan peningkatan jumlah perokok muda dan kanak-kanak obesiti. Perubahan sikap dan tingkah laku sangat penting untuk mengelakkan penyakit jantung ini.

3) KENCING MANIS

Penyakit kencing manis menjadi punca kematian tertinggi yang ke-7 di Malaysia pada tahun 2011. Ia mengakibatkan amputasi anggota badan, buta, kegagalan buah pinggang dan kegagalan jantung. Penyakit ini sering terjadi pada golongan umur 30 tahun ke atas akibat dari diet yang tidak seimbang selama bertahun-tahun sebelumnya yang membuatkan terhasilnya pemgumpulan gula dalam darah.

Apa yang boleh kita lakukan : penyakit ini bukan hanya dari penggunaan gula sahaja. Makanan yang tinggi kalori juga boleh meningkatkan tahap gula dalam darah. Ia boleh dihindarkan dengan mengambil diet yang sihat dan melakukan senaman fizikal

4) TEKANAN DARAH TINGGI

Tekanan darah tinggi menjadi pembunuh secara senyap kerana penyakit ini tidak memberi sebarang kesan atau petanda buruk. Kebiasaannya, orang yang menderita dengan serangan jantung dan strok berkemungkinan besar akan mendapat tekanan darah tinggi kerana penyakit ini amat berhubung kait antara satu sama lain.

National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2011:

(a) Umur antara 18 dan 30 tahun meningkat sebanyak 32.2% pada tahun 2006 kepada 32.7%.

(b) Golongan usia 30 tahun ke atas pula meningkat dari 42.6% kepada 43.5%.

Malangnya, 60.6% dari keseluruhan jumlah hipertensi tidak dapat dirawat. Punca utama tekanan darah tinggi tidak dapat di kenal pasti tetapi manjadi obes, tidak melakukan senaman fizikal, pengambilan garam berlebihan, stres, merokok dan pengambilan alkohol membuatkan anda menjurus mendapat penyakit ini. Pengambilan garam di kalangan rakyat Malaysia adalah 8.7g/hari dimana 1.7 kali ganda melebihi dari apa yang dicadangkan oleh WHO iaitu 5g/hari

Apa yang boleh kita lakukan : Cabaran untuk mengubati hipertensi ini adalh mengetahui kesan awal dan mempunyai kesedaran tentang tanda-tanda dan faktor risiko. Diet dan senaman memainkan peranan penting dan mereka yang sedia ada memiliki penyakit ini haruslah sering melakukan pemeriksaan yang berterusan.

5) STROK

Pada tahun 2012,sebanyak 50, 000 kes penyakit strok di catatkan dalam setahun.Kes ini meningkat sebanyak :

(a) 12% pada tahun 2003

(b) 55% pada tahun 2008.

Faktor risiko yang utama adalah hipertensi, di ikuti dengan kencing manis dan perokok aktif. Lebih kurang 6 kes strok baru di catatkan untuk setiap jam dalam negara

Apa yang boleh kita lakukan : Cabaran untuk mengurangkan penyakit ini bergantung kepada perubahan gaya hidup. Kesedaran perlu diterapkan kerana penyakit ini semakin meningkat di kalangan orang muda. Pengamalan gaya hidup yang tidak sihat akan memberi kesan mendalam ketika meningkat dewasa yang menyebabkan lebih banyak penyakit strok terjadi dalam golongan usia bawah 40 tahun.

Sumber dari Akhbar NST, September 16, 2014