Mizuno Wave Run 2014 berlangsung pada Ahad yang lepas, 24 Ogos 2014 di Dataran Putrajaya Presint 3 (Berhadapan dengan bangunan kehakiman negara). Ini adalah antara ketegori yang di tawarkan untuk para peserta :
A: Lelaki Terbuka (16 tahun & keatas) – 16km
B: Lelaki Dewasa (40 tahun & keatas) – 16km
C: Perempuan Terbuka (16 tahun & keatas) – 16km
D: Perempuan Dewasa (35 tahun & keatas) – 16km
E: Lelaki Terbuka (16 tahun & keatas) – 10km
F: Lelaki Dewasa (40 tahun & keatas) – 10km
G: Perempuan Terbuka (16 tahun & keatas) – 10km
H: Perempuan Dewasa (35 tahun & keatas) – 10km
Banyak tajaan yang di peroleh dari Mizuno Wave Run 2014 ini antaranya : World of Sports, Suunto, Perbadanan Putrajaya, Power Bar, Nestle Fitness, Gerdenia, dan Revive.
Kesemua acara yang melibatkan larian sepanjang 16km berlepas pada pukul 6.45am dan selebihnya pada pukul 7am. Sambutan amat menggalakkan dan kesemua peserta kelihatan bersemangat untuk memulakan larian di garisan permulaan.
Selepas acara larian tamat, ramai peserta bersembang, makan sambil borak, bergambar selfie dan pelbagai ragam yang lain boleh di lihat melalui gambar di bawah ini :
Apa yang lebih menarik, ada antara pelanggan-pelanggan kami menyertai acara larian ini dan memakai produk yang di beli. Mereka kelihatan begitu cantik dan penuh bersemangat dengan menggayakan produk Nashata. Jika anda ingin peroleh aura yang sama, boleh kunjungi online store kami di NASHATA.COM atau boleh tempah melalui WhatsApp +6012-3112489
Zarina memakai Black Amin Hijab – RM 89 Hakak Tucen memakai Black-Black Headband Iman HIjab – RM 89 Ida Kassim memakai Grey-Fuchsia Iman Hijab (RM 89) & Bluish Pink Ultra Top (RM 99), Sofiah memakai Grey-Black Iman Hijab (RM 89), Aina memakai Black Amin Hijab (RM 89) dan Black Ultra Top (RM 99)Sofiah menjadikan Larian Mizuno Wave Run ini sebagai persediaan dia untuk memasuki Full Marathon Penang Bridge Run (42.195 KM) yang akan datang. Mari kita memberi sokongan pada Sofiah dan rakan- rakan yang lain untuk memasuki acara larian yang lebih panjang untuk menambahkan stamina diri mereka.
TAHNIAH sekali lagi kepada mereka dan semua peserta-peserta yang lain kerana berjaya menamatkan larian sehingga ke garisan penamat. Mereka sangat aktif berlari, anda takkan hanya sekadar melihat? Ubah gaya hidup anda yang sihat. Amalkan bersukan!