Menaiki TANGGA sebagai salah satu aktiviti sukan anda!

stairs-264x300 copy

 

Anda tidak perlu pergi ke gimnasium semata-mata untuk bersukan atau susah payah mengganti pakaian sukan, TANGGA juga boleh dijadikan sebagai medium untuk anda bersukan.

 

1) Menaiki tangga adalah salah satu aktiviti sukan aerobik dimana jantung anda akan mengepam laju dan sistem dalam badan anda berfungsi dengan baik. Kaki anda juga akan menjadi kuat kerana menaiki tangga ada melibatkan bahagian otot terutama dibahagian betis dan juga peha.

2) Cuba mulakan dengan mendaki 25 anak tangga terlebih dahulu, anda boleh teruskan anak tangga yang seterusnya mengikut kemampuan anda sendiri. Berhenti seketika jika anda penat dan jangan terlalu memaksa diri. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan.

3) Kedudukan badan anda juga perlulah betul semasa menaiki tangga bagi mengelakkan sakit di bahagian tulang belakang. Pastikan belakang badan anda lurus dan halakan badan kehadapan sedikit bagi mengelakkan anda terjatuh ke belakang.

4) Mendaki dua anak tangga sekali gus pada satu masa adalah latihan yang baik untuk otot kaki utama (terutamanya quadriceps) dan punggung (otot gluteal). Tetapi mereka yang mempunyai masalah lutut perlu berhati-hati dengan langkah ini. Jika kaki anda pendek, anda mungkin risiko mencederakan otot paha anda.

5) Melangkah menuruni tangga juga adalah senaman yang baik. Ia menggunakan paha-otot quadriceps dan, sedikit sebanyak, hamstrings. Berhati-hati dan jangan terlalu mengunci lutut ketika anda turun ke bawah. Jika anda terlalu banyak menuruni tangga atau bukit, lutut dan quadriceps anda akan berasa sakit walaupon kesakitannya akan berkurangan dengan melakukan sukan ini secara praktis

6) Untuk meningkatkan kecergasan,selang selikan langkah anda dengan satu dan dua anak tangga pada kadar yang sederhana dengan selang ringkas pada kadar yang lebih cepat.

7) Jika anda pergi ke gimnasium, alat Stepmill adalah pilihan yang baik. Anda boleh meningkatkan daya tahan untuk meningkatkan latihan anda. Beberapa alatan yang lain juga akan memberikan kesan pada bahagian atas badan anda dengan menggunakan alatan pemegang bergerak. Bergantung pada pemegang tangga akan mengurangkan intensiti senaman anda.

SELAMAT MENCUBA!