Siapa kata tak boleh pakai MAKE-UP masa bersukan?

Boleh ke memakai MAKE-UP ketika bersukan?

Tiada apa yang mustahil di dunia ini. Sebagai wanita normal, sudah menjadi lumrah kehidupan untuk mereka tampak cantik dan menarik dalam apa jua keadaan walaupun ketika bersukan. Solekan memberikan ‘kuasa’ tertentu terpulang kepada persepsi masing-masing untuk mentafsirkannya. Sesetengah wanita tidak suka mengenakan sebarang make-up diwajah ketika bersukan tetapi tidak juga menjadi masalah untuk mengenakan make-up ketika bersukan. Solekan di wajah dapat memberi keyakinan diri setiap individu. Disini kita akan bincangkan topik berkenaan penggunaan make-up yang betul ketika bersukan sebagai ilmu tambahan kita bersama:

Moisturiser dan sunblock

Ini adalah sangat penting untuk melembabkan kulit muka anda dari kering dan mengelupas. Negara kita yang panas dan beriklim khatulistiwa akan memberi kesan UV yang tinggi yang terdapat pada cahaya matahari. Kini banyak terjual produk kecantikan yang melindungi kulit dari sinaran UV. Jika anda bersukan pada waktu malam tidak perlu lagi menggunakan sunblock.

Foundation

Penggunaan foundation juga tidak digalakkan ketika bersukan. Hal ini kerana penggunaan foundation akan menutup dan menyumbatkan ruang rongga di kulit. Tetapi ada sesetengah foundation yang masih boleh digunakan jika sesetengah kaum wanita ingin memberi warna dan tone sekata diwajah seperti contoh penggunaan Non-Comedogenic Foundation jenama dari Lancolm, Revlon Colorstay,  dan sebagainya.

Bedak

Tidak perlu mengenakan bedak dengan tebal di wajah kerana obses untuk kelihatan putih. Hakikatnya kulit anda akan tetap juga berwarna kulit yang asal. Memadai hanya memakai bedak secara sederhana. Pemakaian bedak yang tebal akan nampak tompok di wajah apabila anda berpeluh ketika bersukan. Antara bedak yang sesuai di pakai ketika bersukan ialah bedak yang mengandungi kandungan antiseptik bagi menyerap minyak di wajah seperti contoh bedak Dettol.

Eye-Shadow/Pembayang mata

Tidak perlu memakai warna yang terlampau gelap atau kombinasi warna yang terlalu cerah sehingga menjolok mata. Cukup sekadar memakai warna semula jadi yang bersesuaian dengan kulit asli anda. Sebolehnya tidak perlu mengenakan sebarang pembayang mata kerana dikhuatiri ianya menjadi cair dan merosakkan wajah anda. Cuaca di Negara kita tidak sesuai untuk menggunakan pembayang mata.

Maskara Kalis Air

Penggunaan Mascara jenis kalis air boleh digunakan ketika bersukan kerana ianya tidak akan memberi kesan walaupon dalam keadaan berpeluh mahupon ketika melakukan aktiviti renang. Yang pastinya mata anda akan kelihatan cantik dan make-up tersebut tidak cair dan membuatkan mata anda menjadi seperti mata hantu sebagai contoh produk dari Make Up For Ever (MUFE), L’oreal’s Infallible, Covergirl’s Hydrofuge, Maybelline mascara dan sebagainya.

Gincu Lips Gloss

Selain memakai gincu dengan warna yang kemerah-merahan di bibir, anda boleh menggantikannya dengan memakai lips Gloss yang hanya untuk melembapkan bibir anda yang kadang kala kekeringan. Adalah lebih baik menggunakan lips gloss yang mengandungi kandungan mentholatum yang memberi kesan sejuk di bibir dan yang pastinya bibir anda akan kelihatan lebih lembab dan sihat.

 

Kecantikan semulajadi semasa bersukan adalah yang terbaik. Tetapi, jika solekan ringan dapat menambah keyakinan semasa bersukan, apa salahnya kan? Yang penting anda mengguna barang kosmetik yang tidak menutup dan menyumbat ruang rongga di kulit dan kalis air. Oh ya, jangan lupa pula mencuci dan menanggalkan make-up anda sejerus selepas bersukan ya!

Leave a Reply