Mengapa perlu TIDUR yang cukup?

Tidur adalah sangat penting untuk badan mendapat rehat yang secukupnya setelah penat melakukan aktiviti harian. Jika anda aktif melakukan segala aktiviti sukan atau menyertai pertandingan seperti larian marathon, tidur merupakan salah satu elemen yang sangat penting untuk di titik beratkan untuk mengumpul kembali tenaga yang hilang. Dibawah ini ada beberapa panduan dan tips untuk anda mendapatkan tidur yang cukup:

Tempoh tidur mengikut usia :

table

 

1) DISIPLIN – Setkan setiap hari berapa jam yang wajib anda tidur & hindarkan tidur siang.

2) SENAMAN TERATUR – Pastikan lakukan senaman secara konsisten setiap minggu

3) SUASANA TENANG – Boleh juga mendengar musik lembut. Suasana sunyi & senyap

4) JAGA PERUT – Jangan biarkan perut lapar atau terlalu kenyang

5) TENANGKAN PERASAAN – Lakukan teknik meditasi atau senaman pernafasan

6) ALAT BANTU TIDUR – Gunakan penutup mata (eye mask) atau penyumbat telinga

7) WANGIAN – Gunakan teknik bau-bauan yang menenangkan (aromaterapi)

8) JENIS BANTAL – Pilih yang bersesuaian tanpa menyakitkan bahagian leher

9) GAYA TIDUR – Pastikan posisi tulang belakang dan tulang leher adalah selari

10) KUALITI – tidak kisah tidur singkat tapi pastikan terasa segar selepas bangun!

 

Aturkan masa anda dengan sebaiknya. Mulakan pola hidup yang sihat!

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *