Pakaian Sukan Yang Sesuai Untuk Wanita

Kebanyakan wanita tidak peka tentang pemakaian untuk aktiviti sukan mereka. Disini kami mahu kongsikan bersama pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti sukan atau beriadah dan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan pakaian sukan anda antaranya :

1) Keadaan Cuaca

Mengikut kajian sains, warna hitam banyak menyerap cahaya matahari berbanding dengan warna terang. Maka digalakkan memakai baju yang terang ketika bersenam diwaktu siang. Alat-alat tambahan juga boleh digunakan bagi mengelakkan cahaya matahari semasa bersukan antaranya memakai cermin mata khas untuk larian, memakai losyen perlindung matahari yang memberi kesan perlindungan UV dan memakai jam tangan getah berbanding memakai jam tangan yang talinya diperbuat daripada besi.

2) Outdoor / Indoor

Bagi sukan outdoor pula, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang warna supaya tidak panas. Sebagai contohnya, jika anda boleh memakai pakaian sukan yang gelap untuk senaman aerobik indoor atau berlari atas ‘treadmiill’ di gimnasium, tetapi pakaian tersebut tidak sesuai dipakai untuk aktiviti yang sama di luar.

Apabila menyertai pertandingan larian, anda disarankan mengikut pakaian sukan yang dinasihatkan oleh tenaga pengajar sendiri atau mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan. Pakaian sukan mampatan yang sesuai dan selesa sedikit sebanyak akan mempengaruhi anda untuk menamatkan larian sehingga ke garisan penamat.

3) Kesesuaian Tempat

Ada sesetengah wanita minat memakai pakaian sukan yang bewarna terang tetapi bimbang terlalu menjolok mata. Untuk aktviti sukan yang biasa, anda boleh memakai sebarang baju sukan mengikut keselesaan anda sendiri tetapi jangan terlalu berlebihan yang mungkin membawa sebarang kemalangan. Anda boleh memakai baju terang ketika bersukan bersama rakan-rakan wanita anda yang lain.

4) Rekabentuk Baju Sukan

Setiap jenama pakaian sukan menghasilkan rekabentuk baju sukan yang berbeza. Sebagai contoh, sesetengah seluar sukan ada menyediakan poket dimana kebiasaannya si pemakai boleh meletakkan kunci atau telefon di bahagian poket tersebut semasa larian. Pamakaian skirt juga tidak terlalu labuh dan pemilihan tudung sukan haruslah menutupi bahagian dada yang mungkin membuatkan sesetengah orang lebih selesa.

5) Keselesaan

Apa-apa jua pakaian yang dipilih untuk bersukan perlulah selesa supaya boleh memakainya dalam tempoh masa yang panjang. Anda juga perlu pastikan pakaian tersebut tidak terlalu ketat dan juga tidak terlalu longgar yang mungkin akan mengganggu pergerakan anda semasa bersukan. Baju yang terlalu ketat mungkin akan menjerut peredaran darah dan mungkin akan terkoyak semasa melakukan aktiviti regangan terutama dibahagian celah kangkang seluar atau pon di bahagian celah ketiak. Maka pastikan memilih baju yang bersesuaian dan pilih saiz baju yang betul mengikut ukuran badan anda.  Tetapi, janganlah pula memakai pakaian yang gelebeh atau terlalu besar kerana dikhuatiri akan merentang arus angin, membahayakan keselamatan dan membataskan pergerakan aktiviti sukan anda.

6) Terang

Aktiviti sukan bukan sahaja boleh dilakukan pada waktu pagi dan petang. Ramai juga yang suka bersukan pada sebelah malam atau subuh mungkin kerana masa yang terlalu sibuk atau pon lebih selesa bersukan pada waktu malam dan subuh. Bagi mereka yang suka bersukan pada waktu malam ataupun subuh, digalakkan memakai pakaian sukan yang terang atau ada sebarang ‘reflective’ atau cahaya pemancaran pada pakaian anda bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak di ingini berlaku.

7) Kain yang sesuai

Kain yang digunakan juga perlulah di ambil kira. Kita bersukan mengeluarkan banyak peluh. Kain yang digunakan perlulah dari kain kapas yang menyerap peluh atau pun kain yang mempunyai aliran udara keluar dan masuk dengan baik. Ini juga penting bagi penjagaan kulit anda dan mengelakkan sebarang infeksi pada permukaan kulit akibat peluh. Kain tersebut juga perlulah ringan bagi memudahkan pergerakan dan tidak menambahkan beban tambahan pada badan anda ketika bersukan. Bergantung juga pada jenis aktiviti sukan yang dilakukan sebagai contoh, renang memerlukan pakaian yang diperbuat daripada spandex yang ringan apabila bertindak balas dengan air dan kebanyakan tempat kolam renang mensyaratkan pemakaian khas baju renang.

8) Tudung

Bagi mereka yang beragama islam, tudung sukan juga penting dalam melakukan aktiviti sukan. Kini terdapat pelbagai fesyen tudung yang dipakai oleh wanita. Selendang tidak sesuai digunakan sama sekali kerana terlalu panjang dan mungkin akan mengganggu aktiviti sukan anda. Tudung yang anda pilih untuk bersukan mestilah mudah dipakai dah tidak memberi kesan panas di bahagian kepala. Kain tudung yang sesuai digunakan ialah kain licra dan microfiber dimana kain tersebut akan mengikut ukuran bentuk kepala anda dan mengelakkan ia dari bergerak atau terjatuh. Penggunaan pin di tudung tidak digalakkan semasa bersukan kerana boleh mengakibatkan kecederaan di bahagian badan.

9) Kasut

Penggunaan jenis kasut berbeza mengikut aktiviti sukan yang dilakukan seperti contoh permainan badminton mempunyai rekabentuk kasutnya yang tersendiri dimana fungsi tapaknya dapat memberi kesan yang kuat dan mengelakkan dari tergelincir di atas gelanggang badminton. Kasut juga penting bagi mengelakkan pergelangan kaki dari terkehel. Jangan sesekali bersukan hanya menggunakan selipar atau kasut bertumit kerana ia tidak sesuai dan boleh mengakibatkan kecederaan dibahagian kaki. Sesetangah orang juga berasa malas atau tidak menghiraukan penggunaan stokin. Stokin penting bagi mengelakkan kaki dari melecet. Pastikan juga tali kasut anda sentiasa terikat rapi dan tapak kasut tidak haus untuk mengelakkan dari tergelincir terutama ketika berada di kawasan licin.

10) Sports Bra 

Anda digalakkan memakai sports bra semasa menjalankan aktiviti sukan. Selain daripada memberi keselesaan semasa bersukan, ianya penting untuk memberi sokongan yang baik di bahagian dada.

Ini hanya info secara am mengenai aspek pemakaian sukan untuk muslimah atau wanita yang ingin penampilan yang sederhana. Info terperinci coming soon!

 

2 thoughts on “Pakaian Sukan Yang Sesuai Untuk Wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *