Pinggang yang ramping menjadi idaman setiap wanita. Ikuti beberapa tips senaman untuk Pinggang di bawah ini :
1) Melompat Serong Berselang-Seli
- Sambil anda melompat, pusingkan pinggang anda ke kiri dan ke kanan
- Pastikan tubuh anda tidak berpusing sekali, hanya bahagian pinggang ke bawah yang bergerak
- Kedua belah tangan anda biarkan ianya berada selari dengan dada
2) Duduk Pusing Berselang-Seli
- Duduk dalam keadaan kedua belah kaki di bengkokkan sedikit dan kedua lutut dalam keadaan rapat
- Pastikan kaki anda tidak bergerak
- Hanya gerakkan tubuh badan anda dari pinggang hingga atas ke kiri dan ke kanan
- Mengiringkan badan dan biarkan tangan berada dalam bentuk ‘L’ untuk menampung badan anda
- Pastikan pinggang dan punggung tidak rapat pada permukaan lantai
- Angkat kaki ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan sambil tangan mencekak pinggang
- Ulang semula langkah yang sama untuk bahagian yang sebaliknya
4) Kayuh Basikal Berselang-Seli
- Gerakan ini dilakukan dalam keadaan punggung sahaja yang berada di lantai
- Tolak kaki kiri anda ke depan sementara kaki kanan ke belakang dan lakukan selang-seli
- Pusing badan anda ke kanan ketika kaki kanan anda juga berasa dekat dengan tubuh
- Biar kedua tangan di lepa kan di belakangg kepala
- Gerakan ini dilakukan dalam keadaan baring mendatar di atas lantai dengan muka dan tubuh menghadap ke atas
- Pastikan badan anda melintang tanpa bergerak
- Angkat kedua belah kaki membentuk huruf ‘L’ dan hayunkan ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan.